Friday, July 9, 2010

5

Rasa gian nak pergi bulan tiba-tiba.

*

Sementara itu, mana semuaorang?

Sunday, July 4, 2010

4

Bukan ke buku teks sains form 1,2 dan 3 dah banyak ajar tentang seks? Bab 4? Cara mencegah pun dah ada tak silap aku.

Dalam subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral pun ada dah.

Tak cukup ke?

Kalau masukkan pendidikan seks dalam silibus sekolah, nak ajar apa lagi pun? Cara melakukan seks oral? Ataupun bahayanya seks tanpa condom? Maaf kalau vulgar tapi macamlah budak-budak zaman sekarang tak tahu.

Internet di hujung jari jer.

*

Nak tangani isu seks rambang ni, first sekali kena tackle core akidah Islam dalam diri remaja dulu. Benda yang paling asas itulah yang kita patut reinforce lagi.

*

Tapi kalau nak ikutkan statistik, majoriti kes buang bayi atau seks rambang berlakunya dekat kawasan kampung atau yang kurang pendidikan.

Maksud aku, even dekat Subang member aku yang sosial nak mati tak pakai tudung tu pun tak pernah nak buat seks lagi. Yang pergi clubbing pun aku boleh guarantee tak pernah nak terlanjur.

Aku rasa sebab at least ada kesedaran melalui pendidikan tinggi or good upbringing daripada keluarga (bukan dari segi Islam, tapi manners, attitude etc.)

*

Media massa Malaysia! Please move on already to a more significant topic.


Thursday, July 1, 2010

3

Wimbledon tahun ni penuh dengan kejutan. Macam Akademi Fantasia dah aku rasa.

Tanpa Ana Ivanovic dengan Maria Sharapova, aku rasa mana-mana Grand Slam dalam dunia ni pun takkan jadi meriah.

*

Hari tu Venus Williams (pemenang 5 kali kejuaraan Wimbledon) kalah dalam 4th round Wimbledon. Seketika lepas tu, team doubles dia pulak (defending champion) kalah buat julung-julung kalinya. Orang semua komen, dia dah umur 30 dan patut berhenti saja dan kasi can kepada atlet-atlet wanita muda yang baru hendak naik. Kononnya, dia sudah hilang oomph dalam tenis.

Semalam, Roger Federer (berumur 29 tahun) kalah secara mengejut dalam QF. Orang komen,

"Champions sometimes fall too, but don't worry, he will conquer the US open ! WE BELIEVE IN YOU RF"

Aku komen; racism.


2

Bangun-bangun sudah tengahari. Mata lebam, handphone punya banyak miss call. Gentel mata sampai merah dan berair, kemudian sambung tidur.

*

Malam semalam;

"Hi bro, pekena teh tarik jom!"

*

Ulang sampai habis cuti musim panas.

1

Setelah ramai orang mendesak.

Dan sempena menunaikan janji, sudah masuk 1 hb Julai.

*

Kenapa dunia ni terlalu banyak haters ?