ada satu lagi usul aku nak cadangkan. sistem tali pinggang patut dimandatorikan di dalam setiap bas awam.
sebab seingat akulah, zaman dolu-dolu aku balik bermalam, tak pernah ada bas yang ada sistem tali pinggang dipasang pada kerusi. StarMart mungkin ada, tapi bas-bas awam yang menjadi kegemaran ramai pelajar MRSM/SBP seperti Konsortium dan TransNasional hanya boleh mengeluh.
bila kemalangan berlaku, tu yang berpuloh orang mati. cuba kalau ada tali pinggang, selamat walafiat semua.
melainkan bas tu terjunam dalam gaung, sepertimana dalam kes di lebuhraya utara-selatan, kadar survival tu teramat sangatlah tipis. kalau hidup pun kat bawah tu, mungkin akan mati selepas bas tu meletup di depan muka kau, ataupun dimakan binatang buas dalam hutan tu, atau nak lagi tragik, dibawa lari orang Bunian ke alam mereka.
selamat datang bulan Mac.
Saturday, February 28, 2009
mari membaca
[1]
untuk hari jadi aku yang seterusnya, aku nak mintak ebook reader boleh tak? bapak cool ada benda tu. lebih kurang 11000 ruble jer. layan ah kumpul duit satu batch buat dana untuk aku.
bagi aku, hobi membaca buku tak mendefinisikan aku sebagai seorang nerd/geek/sekutunya. kalau yer aku tak peduli pun. bagi aku, membaca tu nak dapatkan ilmu. tak kisah ah novel Nisah Haron ke Mark Haddon ke Utusan ke. dari nonfiksyen kepada sains fiksyen semuanya boleh kau ekstrak ilmu.
tengok eh. dengan membaca, kau dapat ilmu. dengan ilmu, ada kuasa. bila dah berkuasa, boleh dakwah. kena sebijik muka kau.
[2]
memandangkan ebook reader tu sangat ringan, dan boleh upload up to 32 gig (tengok memory card kau berapa), bukankah lebih baik kalau masa depan budak-budak sekolah menggunakan teknologi ni?
senang cerita tak payah nak fikir bawak buku teks sejarah, pendidikan Islam, BM dan BI (yang tak penting langsung), matematik dan lain-lain. semua boleh bawa 1 ebook reader jer. buku latihan tu lain cita ah. kalau tu pun malas sangat nak bawak pergi kerja 7-11 ah.
masalah generasi masa depan semakin pendek akibat membongkok jer membawa beg Swan yang hiperbesar pun selesai.
cikgu nak marah anak murid lupa bawak buku? dah jadi zaman dolu dah tu. tak mungkin budak-budak ni lupa bawak buku sekarang. (alasan paling popular untuk budak sekolah pun lenyap ditelan zaman)
tapi ada satu masalah jerlah, kalau semuaorang pakai ebook reader, dah takleh conteng-menconteng dalam buku dah. takda nak conteng nama awek, nama pasukan bola kegemaran ke, nak melukis komik Dragon Ball dalam tu.
melainkan ebook reader zaman tu dah keluar dalam edisi PDA. aku rasa tu zaman cicit aku kot.
nak pikirkan, bankrap jugaklah pengeluar highlighter dan DBP. confirm-lah semuaorang sedut jer file .pdf buku teks tu. orang Malaysia ni pantang nampak benda free. terus terjah.
ala boleh jer kerajaan caj dalam yuran persekolahan budak-budak tu.
kalau buat camtu, bising pulak pembangkang.
banyak pulak permasalahan dalam satu idea ni. nantilah aku ikhtiar. bawa berbincang dengan Menteri Pendidikan. mesti nama aku masuk arkib negara.
[...]
aku masih nak ebook reader untuk hari jadi aku ya. lebih tepat, yang ke-18.

tertipu lagi
laporan terkini.
segerombolan 68 orang pelajar ex-mrsm tertipu setelah menerima tawaran SPC ke Rusia.
tertipu beramai-ramai tu. jangan cakap aku tak warning ah junior. puas aku hasut kau orang jangan datang sini.
tengok sapa menyesal nanti. aku gelak jer kat korang nanti bila dapat tau tentang sistem peperiksaan Rusia, bagaimana orang dia benci pendatang asing, trafik jam dll.
zaman intec jer macam indah belaka. 7 bulan terbaik hidup aku tuh. rindu gua.

jaguh pecut
hari tu aku mimpi aku jadi The Flash dalam DC Comics. bukan macam Daphne dalam Heroes. dia tak best sebab tak cukup laju nak cross dimensional time zone. kalau The Flash boleh cross time daripada Golden Age comics ke Silver Age comics.
dalam mimpi tu sumpah real aku macam laju nak mati. kalah Powell dan Bolt digabungkan sekali. ada adegan dalam mimpi aku tu yang macam bila Spongebob dapat power Speedster tu dalam Adventures Of Mermaid Man and Barnacle Boy. dia tak gerak pun tapi tetiba dah ada barang yang dia nak ambik atas tangan dia.
dahlah aku tengah selamatkan dunia dalam mimpi tu. cool sial aku. adakah ini petanda untuk aku bertukar kerjaya? menjadi Superhero? jujur aku sanggup buang biasiswa MARA kalau dapat superpower. serius, The Flash adalah superhero paling cool dalam dunia. Green Lantern ngan Hawk Girl pun tak boleh lawan.
keseronokan aku dapat kuasa tu temporari jer sebab aku tetiba terbangun dek alarm kejut Subuh roommate aku. tak sempat aku nak menikmati lagi kuasa aku. rugi rugi.
kalau real life aku ada kuasa macam tu, senang pergi kelas. tak payah nak berhimpit naik metro. boleh gerak pukul 8.59.50 kalau kelas start pukul 9.00 pagi.

Friday, February 27, 2009
sang murabbi
hari ni secara rasminya pintu hati aku dah tertutup.
sebab dah tak pergi solat Jumaat tiga kali berturut-turut.
kelas aku habis lambat sangat lah.
doakan aku dapat ikhtiar nak selesaikan masalah ni.
ya Allah, ampunkanlah dosa kami.

Wednesday, February 25, 2009
dadih
[1]
adalah jugak beberapa orang yang tak puas hati tengok badan aku sentiasa kurus. sampai ada komen yang, mengguris perasaan aku. contohnya seperti, "dhir, kau amek dadah ke?" atau "weh, kau boleh sorok belakang tiang lampu tu siot kalau kena kejar orang".
untuk menebus maruah, kepada semua; tak, aku tak amek dadah. dan baguslah aku boleh sorok belakang tiang lampu tu. ingat senang ke aksi tu. James Bond tak boleh buat pun.
aku makan banyak, cuma, tak membesar. jangan tanya aku kenapa. mungkin aku ada saka warisan atau perut kedua, mana tau.
[2]
mengikut norma group 15, biasanya lepas kelas Latin di Ismailovskaya yang habis pukul 12.30, kami akan berlenggang-lenggok ke kelas Histology di Ahotni Ryad yang bermula pada pukul 2.30. ada 2 jam masa untuk tak berbuat apa-apa, jadi telah menjadi tradisi untuk makan tengahari di Svarro (kedai makan Piza terkemuka) selagi diskaun untuk Pizza Margarita masih ada.
29 ruble weh. pizza saiz tapak kasut Yao Meng pulak tu. memang orgasm bila makan. selalunya order 3 sekali.
oh sebelum tu, Pizza Margarita tu diperbuat daripada keju jer, takda arak dan daging atau bahan-bahan haram lain. kami dah check, jangan nak gelabah.
jadi lepas melantak 3 pizza sekaligus, aku mula sakit perut. sebenarnya aku memang dah sakit perut sejak pagi tu. tambahan ada control Biologi pagi tu. lagi lah menusuk-nusuk sakit tu.
nak jadikan cerita, aku memang tak tahan. muka berkerut gila. bau-bauan busuk pun mula tersebar. ketiak berpeluh. hidung kempas-kempis. berbekalkan tisu dan botol air aku cepat-cepat pergi tandas Svarro. nasib baik bersih. sedang aku syok membuang hajat aku, ada orang ni pulak tak sabar-sabar ketuk pintu tandas aku.
aku taknak meneliti sangat kejadian yang berlaku sewaktu tu. part aku meneran sphincter anus aku kasi, bersih.
long story short, mamat Rusia yang nak robohkan pintu bilik air aku sebenarnya nak hisap dadah. mula-mula waktu aku tengah basuh tangan, dia tunjuk aku benda yang semacam herba kehijau-hijauan atas tangan dia.
pastu dia tanya aku, "tei znaesh?" (do you know what is this?)
aku pun jawab, "kaneshna ya znayu vot shto! eta ovashi! (gelak) tolka shutka." (of course i know! vegetables, right?! ok just kidding.)
sambil menawarkan sedikit, dia bertanya, "tei lyubish?" (do you like it?)
aku pun jawab, "aa nyeet. ya stan vrachom!" (aa no. im a future doctor)
dia pun cakap, "i nada." (its ok then)
pastu aku pun perhatikan dia hisap dadah tu. mula-mula dia taruk dalam vestibulum dia. terkejut gak aku sebab macam cara baru. tak pernah aku tengok lagi. selalunya terus sedut kat hidung. tapi mungkin lagi syok kot bubuh kat vestibulum tu. nanti dia meresap pergi carancula lingualis terus lalok 3 hari 3 malam.
lepas habis dia hisap dadah, aku keluar sekali ngan dia. member aku kat meja makan pizza semua terkejut sapakah gerangan mamat tu.
aku pun cakap, "tu laa supplier dadah aku".
[3]
belia benci dadah. world tak aku?
apa-apapun, ambil dadah ibarat memakan tahi sendiri saja.
[Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya. (2:172)]

Sunday, February 22, 2009
untuk adinda
ke hadapan adinda,
apa khabar adinda di Malaysia? sihat walafiat? Alhamdulillah kakanda sihat-sihat saja disini. saja kakanda nak tulis surat balik ke kampung halaman. masa lapang ada, usahlah risau.
nanti bila kakanda dah mula pening kepala dengan peperiksaan silih berganti tiap minggu, jangan harap kakanda nak balas surat-surat cinta adinda.
yang penting sekarang ni, adinda kenal pasti prioriti adinda. yang paling utama, mestilah menolong kakanda dalam apa jua bidang selagi tak melanggar hukum syariah agama.
oleh sebab tu, kakanda ada satu hajat yang sangat besar! bukan nak buang air besar ya hehe. adinda ni fikir bukan-bukan pulak. kakanda nak adinda poskan novel terbaru karya Faisal Tehrani tu. ala yang bertajuk "Saasatul Ibaad". boleh tak? boleh lah pleasee.

nanti balik Malaysia kakanda belanja ais krim, gula-gula getah dan batang lolipop. apa sahajalah yang adinda kehendak. nak suruh kakanda cuci tandas adinda pun boleh. kakanda sanggup!
janji, adinda buat hantaran tu ya. kakanda kempunan sangat ni. lebih kempunan dari durian dan tempoyak mak kakanda.
adinda dinasihatkan memakai pos laju tau, sebab boleh sampai dalam 10 hari. nak selitkan surat-surat cinta atau kata-kata motivasi lain pun takpa. kakanda terima seadanya.
eh! ayam goreng kakanda dah hangus dekat dapur! kena bergegas pergi! sampai sini sahaja lembaran kakanda buat kali ni. jangan nakal-nakal ya.
salam penulisan.

patah tumbuh hilang berganti
bila hati kau penuh dengan amarah, mesti ada skop perasaan yang kau cuba kejar semula. biar diri kau kembali normal. dan tidak menimbulkan hasad buruk ruang lingkup sosial kau.
dogma penenang diri. ubat lali.
kemungkinan benda tu berpaksi pada fantasi kau.
perasaan yang aku alami masa tengah mendaki Gunung Sinnai pada tengah malam, hanya ditemani lampu suluh Energizer, dan muzik rock kapak daripada mp3 aku, memang menjadi peri nostalgik aku dalam derapan perasaan aku sekarang.
14 minggu lagi. atau mungkin lebih. dan aku boleh pandang tepat pada bebola mata dia.
abaikan garapan jantan ni. ralit. berkumat-kamit.

Saturday, February 21, 2009
metamorfosis seorang Babushka
tak semua yang kita nak dalam kehidupan ni akan kita dapat. hidup ni penuh asam garam. aku sedih memikirkan macammana gadis Rusia yang memang cun nak mati akan bertukar menjadi seorang babushka yang rasa nak tolak jer jatuh metro.
cuba tengok ni. sedih bukan? daripada ni:

terus berubah menjadi ni:

[...]
tapi tu-lah kehidupan. samaada kau nak bukak mata dan terima benda tu ataupun hidup dalam masa lampau selama-lamanya.
kau hidup penuh dengan kuasa ke, atau papa kedana ke. lahir dengan muka yang hensem ke, atau awek tak cun ke, semuanya akan menjadi sama rata.
akhirnya jadi tanah jugak.
[...]
tanah yang hina. begitu hina sehingga setan enggan tunduk sujud kepada kita. gah konon dengan apinya.
tapi Allah s.w.t isi kita dengan roh yang mulia dan suci. 2 elemen tu bergabung untuk mewujudkan kestabilan sistem manusia. macam yin dan yang. baik dan jahat. Pak Lah dan Anuar Ibrahim. apa-apa jerlah yang mempunyai antonimnya sendiri.
kau boleh pilih, nak memuliakan diri sendiri atau terus berada dalam keadaan hina. sebab tu kita kena cari roh Islam dalam dunia ni. pilihan semua dalam tangan kita.
macam Celcom pulak terasa. tapi aku serius ni.
apa-apahal pun, aku cuti hari Isnin minggu depan.
sorakan gemuruh untuk aku sebab dapat tidur sampai pukul 2 petang kelak pada hari Isnin walaupun ada exam Bio pada keesokan harinya.

7 Perkara Yang Kau Perlu Tahu Tentang Babushka Sebelum Datang Melawat Aku Di Moscow
secara literalnya, babushka adalah nenek dalam terjemahan bahasa melayunya. kebiasaannya, babushka adalah lebih ganas dari nenek-nenek biasa kau nampak kat Malaysia. mereka menjadi golongan majoriti Moscow, sebab kadar mortaliti rendah dan kelahiran pun rendah. terwujudlah golongan ni yang kian merempit di jalanan Moscow tidak kira siang ataupun malam.
disebabkan mereka mempunyai saham yang tinggi dalam mobiliti sosial penduduk Moscow, maka dengan bangganya aku mempersembahkan 7 perkara yang kau patut tahu tentang mereka dan ambil sebagai pengajaran bila kau dah tua dan mempunyai perancangan untuk mati di Moscow.
1. Mesti Ada Tongkat Sendiri Untuk Self-Pleasure
tongkat ni seringkali digunakan untuk menghambat remaja seperti aku didalam bas. babushka ni ada beberapa jenis. ada yang tak suka bercakap. mungkin sebab malu takda gigi. tapi yang penting, sebab mereka tak suka nak menyuarakan pendapat, tu yang mula pakai tongkat nak hambat remaja naik bas. lambat konon, kita dituduh. piirah. kita lumba lari. tengok sapa terkincit tengah jalan.
kau jangan terkejut kalau tongkat tu tetiba berubah menjadi senapang patah. mati kau kena tembak tengah jalan habis kena gilis ngan trolleybus. kisah benar ya.
2. Kalau Takda Tongkat, Pakai Bag Plastik Ashan.
babushka ni pantang kalau dalam metro/bas, kau tak kasi tempat duduk kau. masalah utamanya, babushka ni suka hati bontot dia jer nak target immigran. padahal banyak jer remaja Moscow yang bontot besar taknak bangun dalam metro tu. kita jugak jadi sasaran.
pernah sekali, aku ternampak babushka sorang ni naik metro. aku dengan tangkas berpura-pura tidur sambil dengar MP3. hei, aku dah diri 11 stesen. aku layak menerima tempat duduk dah ok. dah tu aku mula nak terlelap secara serius, ada benda dok hentak aku kat kaki. aku pun pelik ah ingat ada orang terlanggar aku.
makin lama, makin kuat hentakan tu. celik-celik mata aku nampak babushka tu tengah hempas aku dengan beg plastik Ashan dia yang besar. sakit kau tau tak? kau isi lemak kau ke dalam tu? kalau ya nak gerak aku tak payah la macam nak bunuh aku.
3. Ada Jugak Babushka Yang Bermulut Murai
hok ni, tak perlu tongkat ke beg plastik Ashan ke apa-apa. dia pakai mulut jer buat bising. yang ni tahap annoying dia tinggi mengalahkan budak tadika. yang dia tau, merengek dalam bahasa Rusia. ada member aku pernah kena, ni aku tolong translatekan lah.
"Young people should not be taking the bus. You should be walking! You are young!"
tu kalau babushka tu dengki kau dapat naik bas dulu dari dia.
nenek, aku tak kisah nak jalan. masalahnya aku dah bayar dah pun tiket bas ni. sukahati lah aku nak jimat tenaga ke tak. zaman kau muda dulu dah berakhir. terima hakikat tu.
4. Pusat Operasi Adalah di Ismailovskaya.
Ismailovskaya, tempat aku belajar yang jauhnya 1 jam 30 minit dengan menaiki metro, dengan popularnya telah menjadi HQ para babushka Moscow. kat sini, memang kau pandang atas bawah kanan kiri, semuanya babushka.
City of Babushkas. Persatuan Babushka Seluruh Moscow. PBSM. apa-apa kau nak gelar.
selagi kau berada dekat sini, nyawa kau memang terancam. yerlah, kau masuk teritori musuh. mana taknya. semua akan jeling kat kau, dan mula jeles dengan awet muda kau. mula-lah lepas tu diorang nak stalk muda-mudi macam aku ni.
5. Mempunyai Tenaga Fizikal dan Batin yang Sangat Kuat
peliknya, babushka kat Moscow ni suka sangat berjalan. kalah orang muda. kalau kat metro ke mana-mana lah, mesti kau akan nampak sekurang-kurangnya 10 babushka.
boleh bayang tak, kau naik LRT pergi KLCC atau KTM pergi Midvalley, pastu nampak nenek kau tengah berhimpit macam sardin dalam tren tu. bukan nenek kau sorang jer, nenek-nenek kawan kau pun ada. pastu nenek jiran kau, nenek cikgu kau, nenek kepada nenek kau pun ada. semua tengah berhimpit dalam tu nak pergi jalan-jalan.
malangnya, tu yang berlaku kat Moscow.
pesanan untuk babushka sedunia, duduk jerlah rumah buat tanaman hidroponik ke apa. yang excited sangat nak pergi redah ribut salji tu apa kes.
6. Masih Tak Sedar Rokok Bukannya Eliksir Kehidupan
dah tua kerepot masih boleh lagi hisap rokok Marlboro 20s dll. gila haper. golongan babushka hisap rokok ni banyak boleh didapati di Ismailovskaya, dimana mereka tak akan dicemuh kerana semua ahli persatuan mereka menghisap rokok.
aku rasa tu dah jadi aktiviti rasmi persatuan. mentang-mentang rokok murah kat sini.
tengok-tengok dah paku diri sendiri dalam kubur. semoga kau hidup panjang lah yer.
7. Hidup Keseorangan Dan Menjana Pendapatan Hidup Melalui Bisnes Tepi Jalan
aku rasa ni faktor utama/tunjang/teras yang menyebabkan babushka-babushka bersikap no 1-no 6.
diorang ni kebanyakannya dah ditinggalkan oleh anak-anak. anak sorang dua jer pon. semua lari kahwin tinggal tempat lain dah.
dah emotionally-rejected, financial constraints menghantui mereka pulak. duit pencen sikit tak cukup nak sara hidup dalam bandar paling mahal dalam dunia ni. ciput jer kerajaan Rusia nih. aku jual pisang goreng kat Shah Alam kaya lagi.
dah tu, mulalah nak berjinak-jinak dengan bisnes. sebab tu kalau datang Moscow, senang mata nak nampak babushka menjual apa-apa sahaja di tepi jalan. dari barang terpakai sehinggalah sayur tanam belakang rumah sampaikan seluar dalam terpakai pun diorang jual.
dalam kesejukan pulak tu sibuk menjual. memang anytime boleh jatuh rebah kena pneumonia.
tapi diorang tabah. bisnes tetap bisnes. duit mesti masuk. kalau tak macammana nak beli tongkat baru yang hip dan bergaya.
nanti malu ah dalam kalangan geng dia. nak ketuk immigran pun rasa bersalah sebab tongkat buruk.
aku rasa sikit jer aku rumuskan. ada apa-apa tambahan datang sendiri tengok. jumpa kau kat Moscow dalam 4 tahun.

jatuh bangunnya seorang patriot
kalau dah qadha' dan qadar, siapalah kita nak melawan.
arakian-lah kisah aku ke kelas general chemistry di ismailovskaya, dan berlakulah satu kes pencabulan maruah ke atas diri aku sendiri.
gelak tawa-lah kau selagi mampu. rekod bersih aku telah dikotori lumpur ais.
disaksikan separuh ahli kelas aku, akhirnya, aku telah jatuh tergelincir di atas jalanan ais bumi Moscow ni.
setelah hampir 5 bulan memegang rekod, dan hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum jatuh (kau tunggu!), aku gagal meneruskan perjuangan.
dahlah jatuh 2 orang sekaligus. kau bayangkan jerlah, semuaorang tengah dok kalut turun bas no 34 tu. member aku yang turun depan aku ni tergelincir dan jatuh. aku ingat normal-lah kot sebab dia yang jatuh.
malang tak berbau aku pulak mangsa seterusnya terjatuh berbekalkan kasut Zara yang memang tak sesuai untuk menjalankan aktiviti ekstrem.
2 orang tergolek. kaki terkangkang. orang Rusia keliling pandang sebab terdengar bunyi gedebup yang sangat kuat. 2 kali. dan ahli kelas aku hanya tau nak gelak.
yang drebar bas tu entah mana dapat lesen nak jugak parking depan jalan yang mampat dengan ais -9 darjah celcius.
mungkin kau tak nampak apa yang nak dimalukan. sekejap aku ulang lagi.

Thursday, February 12, 2009
mengemis Khamis
"Tetapi khuatirlah bila anda mula menikmati pujian itu, bila anda mencari-cari tepuk tangan orang yang mengagumi anda, ketika anda kesal bila pujian itu tak kunjung tiba. Bukan kalimat indah yang ada pada bibir orang lain, melainkan rasa nikmat dalam diri anda yang meruntuhkan anda sendiri. Biarkan jutaan pujian datang, namun jangan biarkan ia masuk ke dalam hati. Pujian itu bagai kertas tisu yang rapuh, mudah hancur biarpun dapat mengusap keringat dan menghilangkan rasa lelah." - kapasitor.net
Wednesday, February 11, 2009
Sajak Raden untuk Cendera Kirana
pada jagoan bisu,
biar pingin injak,
titi realiti,
walau desakan tumpu,
tidak mengalu.
kerna
merjan-merjan kesabaran,
telah kembali meneran,
darah pujangga,
di tanah kencana.
demi bicara,
tanpa lupa,
biar kita mendamba,
manhaj kasih,
antara
mayapada,
yang agam indah,
terpasak,
akar terataknya.
semoga sebelum tiupan Israfil,
atau jemputan peribadi Izrail,
termungkin bersua.
Ulitsa Volgina,
Moscow,
2235.
biar pingin injak,
titi realiti,
walau desakan tumpu,
tidak mengalu.
kerna
merjan-merjan kesabaran,
telah kembali meneran,
darah pujangga,
di tanah kencana.
demi bicara,
tanpa lupa,
biar kita mendamba,
manhaj kasih,
antara
mayapada,
yang agam indah,
terpasak,
akar terataknya.
semoga sebelum tiupan Israfil,
atau jemputan peribadi Izrail,
termungkin bersua.
Ulitsa Volgina,
Moscow,
2235.
Monday, February 9, 2009
populasi sel
"Switch on your imagination." Garyachikna, 2009, Histologi.
teringat pulak adegan dalam kartun Spongebob Squarepants. alah, yang span kuning tu main dengan tapak sulaiman warna pink tu dalam kotak magik yang si sotong hijau tak dapat nikmati sebab takda daya imaginasi tinggi sepertimana span kuning dan kawan baiknya dengan senangnya mengeluarkan pelangi dari tangan.
selamat hari jadi ke 19 Neils Isaac.

Saturday, February 7, 2009
bila spring nak menjelma
jalanraya masih dipenuhi salji. sungai Moscow tak cair-cair lagi. orang ramai dah bosan main snowball. rembesan peluh masih belum keluar dari ketiak. winter sale di pusat membeli-belah masih belum reda. belakang badan kau penat terketar dek penghasilan haba.
spring belum sampai!
mengingatkan kepada aku, pakar kaji cuaca meramalkan esok suhu akan jatuh sehingga -38 darjah celcius. bukan fahrenheit ya, tak usah khuatir lagi.
[...]
cekak pinggang. angkat kening blonde. mundar-mandir seketika.
aduh. tepuk dahi sendiri! dasar proksi primat berakal. esok dah mula semester barulah!
labcoat tak basuh lagi.
[...]
nampaknya dengan jadual semester baru aku yang ketat, dukacita diumumkan kepada semua bahawa aku tidak mampu untuk menunaikan solat Jumaat seperti semester 1.
melainkan waktu Zohor masuk pada pukul 2 petang. tang tu insyaAllah boleh.
kalau nak lihat secara positif, aku takda kelas hari Sabtu dah. masyuk!
boleh mula memanipulasi neuron otak aku untuk berada dalam keadaan pasif setiap pagi Sabtu.

kenali huruf M
[1]
berderau darah aku. dengar jer perkataan Mongolia atau sekutunya. shh jangan salah faham. bukan pasal Tok Dalang N kat tanah tumpah darah aku tu. itu cerita lain.
Mama Mongolia (MM) buat hal lagi. Abu dan Ali (memang bukan nama sebenar) pulak kali ni jadi mangsa kena buang Pushkin. masalah remeh-temeh jer tapi perlu diperbesarkan. mungkin memang dalam pigmen hemoglobin orang-orang Mongolia ni kot suka buat hal. dah kata ada campuran Asia.
sekurang-kurangnya kena buang pergi Spartiv. adalah tulang kerelaan tu dilonggarkan sikit.
lepas ni kalau buat hal lagi aku rasa satu batch terus kena buang negeri dengan MM. jumpa kat volgo kita semua nanti. dapat jugak aku cuit kaki Mamayev Gurkan nanti.
[2]
Moscow ni walaupun dikenali sebagai rumah jutawan-jutawan dunia, tapi jurang sosioekonomi antara kelas atasan dan bawahan masih izhar.
contohnya, golongan atasan sudah tentunya anak jati Moscow yang memang darah dan muntahnya tertumpah atas bumi Moscow ni setiap kali mereka mabuk. mungkin kadang-kadang termuntah atas kereta Porsche atau BMW series mereka. tapi sudah tentu mereka ada lebih daripada satu kereta mewah.
dan disini jugak, berlakunya double standard yang boleh ditentukan dengan jenama kereta. sesiapa jer yang memandu kereta nasional Rusia, iaitu Lada, akan secara otomatik ditendang ke golongan kelas bawahan.
biasanya, golongan atasan ni berkulit putih seperti Edward Cullen, berambut blonde seperti Pamela Anderson, tinggi lampai seperti orang Eropah, berkaki seksi (bagi perempuan), dan perlu memakai sekurang-kurangnya sehelai pakaian daripada Zara, Lacoste, Bershka dan Topshop digabungkan sekali.
itulah golongan atasan.
golongan bawahan pulak biasanya merupakan campuran daripada pelbagai bangsa. secara komannya adalah campuran Asia dan Rusia. contohnya orang-orang dari Mongolia tu. ada jugak yang berasal daripada negara-negara yang berakhir ngan "tan", seperti Uzbekistan, Tajikistan, dan apa-apa "tan" lah. ada jugak ketumbukan dari Tanah Besar China dek one child policy yang diamalkan negara China.
mereka pun impikan keluarga bahagia yang terdiri daripada 4 orang anak. lebih-lebih lagi kat Rusia ni dapat insentif daripada kerajaan sekiranya anak lebih daripada 2. siapalah yang taknak.
jadi, geng ni ramai jugak. seringkali bergerak dalam gerombolan seperti hendak membunuh orang. mereka suka pakai snowcap daripada pasar, kalau boleh mesti ada jata negara Rusia atau bendera Rusia diatas snowcap tu supaya tidak dicop sebagai pendatang asing.
jaket winter lebih digemari jika berkilat, dan diperbuat daripada kulit haiwan sintetik. semuanya mesti dibeli di pasar berdekatan rumah mereka. kadang-kadang, kalau kau bernasib baik, boleh nampak mereka memakai kasut berjenama seperti Nike dan Adidas. itu lepas dapat bonus kerja buruh mereka.
berambut hitam pekat, bulu kening lebat, berkulit sawo matang sedikit, dan mengeluarkan bau, er, minyak wangi murahan pasar.
itulah cara mengenal pasti golongan bawahan.
kalau kami sebagai pelajar negara asing ni, seringkali disalah anggap sebagai kelas bawahan. lebih-lebih lagi yang rupa macam Melayu campur tu. ada member aku tu kalau pergi Ashan jer, mesti kena tegur dalam bahasa Rusia. bawak bersembang macam rakyat jati pulak.
tapi memanglah orang Moscow cakap bahasa Rusia jer. bahasa lain berterabur. mana taknya, semua benda nak translate kepada bahasa Rusia. wayang-wayang Barat semua kena dub jadi bahasa Rusia. novel Inggeris semua alihbahasa kepada bahasa Rusia. nak cari novel Inggeris tu memang tunggu anak aku lahir baru ada kot. itu cerita lain.
kalau muka aku kat sini, orang akan ingat Vietnam. dah 3 atau 4 kali rasanya dianggap macam tu. biasanya aku balas balik dengan bahasa Vietnam. ala, bunyi-bunyi kuali berlaga tu. senang jer.
ada jugaklah insiden sekali tu orang ingat aku dari Afrika. bab tu aku tak reti sangat buat bahasa dia. jadi aku layan cakap aku dari Afrika Selatan pulak. orang percaya jer.
aku jarang-jarang mengaku Malaysia. jangan tanya kenapa.

Friday, February 6, 2009
perak oh perak
kemaskini (8/2/2008): aku tak menyebelahi mana-mana pihak. aku cuma mahukan keadilan dan demokrasi.
jujur, aku malu dengan Malaysia sekarang ni.
kemelut di Perak yang sebenarnya boleh diselesaikan dengan senangnya sudah menjadi semakin buruk. mempermainkan Sultan dan titah-titahnya. derhaka kau orang semua.
BN pun nampak sangat macam lalang. dulu, mencemuh dan mengkritik ahli-ahli politik yang lompat katak ni. takut kononnya dulu didakwa 30 ahli politik BN bakal menjadi katak kolam, katak depan rumah dan katak longkang untuk menyeberang ke arah PR.
tengok sekarang ni, dia pulak dengan yakinnya nak menerima katak-katak hingusan tu. tak berpendirian. tak malu ke? unethical.
yang melompat tu pulak, rakyat penat dok undi kau untuk parti tu, lepas tu kau khianat. dasar penghidap neurosis. katak-katak ni patutnya yang kena buang negeri.
satu hal lagi, si BN ni pulak dahlah tergesa-gesa sangat. hari ni lompat, hari ni jugak nak keputusan kemenangan. apa takut kalah lagi sekali ke macam dekat Permatang Pauh dengan Kuala Terengganu?
MB Nizar tu dah baik-baik mintak Sultan bubarkan DUN, supaya langsungkan balik pilihanraya secara adil dan demokratik. tapi kau orang taknak. takut kalah ke apa aku taktau apa alasan. kepada Encik N, kau memang tok dalang terkemuka zaman ni. aku boleh confirm nama kau terpahat dalam glosari buku sejarah cucu aku nanti.
terkejut tak terkejut, Sultan Perak pulak dah kena saman dengan Karpal Singh. lepas ni apa pulak, YDPA daripada bangsa lain?

kontradiksi
wajarkah Encik Erdogan diberi jolokan Al-Fateh? adapun akhiar yang dipamerkan, tapi semuanya berlandaskan sistem sekularisme yang disanjung-sanjungnya sejak dahulukala. takkan kita dah lupa, beliau dengan angkuhnya memisahkan sistem pentadbiran dengan sistem keagamaan di Turki sampaikan masjid dan sekolah (yang dulu menjadi kebanggaan Turki sebagai sistem pendidikan yang ulung) telah ditalakkannya.
tapi itu pasal Turki. jadi kalau umat Islam memilih untuk menutup sebelah mata dan mempercayai khilafah beliau berkaitan isu Palestin, maka sekali lagi janganlah kita lupa, Turki itu sudah berkurun lamanya menjadi hub logistik dan ketenteraan bagi negara Bush itu.
mungkin dialah antara yang paling berani dalam kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam yang kecut perut, bukan seperti pemimpin-pemimpin Mesir yang memijak kepala rakyatnya sendiri dalam isu Palestin.
Encik Erdogan, kaulah yang pertama dengan lantangnya menyuarakan nasib umat Islam sekarang sehingga kedengaran dicelah gua kemanusiaan. biarpun perkataan jihad itu masih samar-samar dalam bebelan mulut pemimpin-pemimpin Islam yang masih terdempet pada kokun lembik zionisme, umat Islam mengharapkan kau.
janganlah kau jadi boneka seperti Hosni Mubarak, kerana kau sudah dianggap sebagai Solahudin Al-Ayyubi zamankini. taktik peperangan beliau, misi-misi yang dilancarkan sepatutnya kau jadikan modul asas. janganlah hanya lantang bersuara tetapi tangan masih lembut untuk mengerjakan himpunan jihad umat Islam.
apa yang difikirkan lagi? terus sahajalah kau menghantar tentera Turki itu yang dulu seringkali digerakkan dalam perang sesama umat Islam Kurdish sendiri. tebus maruah mereka kembali dan seru semua pemimpin umat Islam untuk bangun dan betul-betul melaungkan jihad itu yang lahir dari hati.
wahai Erdogan, semoga logamaya syurga menjadi batu api kau untuk menghantar armada ketenteraan berjihad ke bumi Palestin sekaligus menjadi antidot kepada barah kemanusiaan yakni Zionisme.
ya Allah, bebaskanlah Palestin.

Subscribe to:
Comments (Atom)