Thursday, January 29, 2009

akhu hum fillah

salam. Alhamdulillah ana berjaya menambah koleksi cop luar negara di atas passport. jaulah ke Mesir (bumi para anbiya dan aulia) semestinya padat dan syumul dengan ilmu serta kesedaran dan sesungguhnya jalan dakwah itu tidak berpenghujung.

aiwah mentang-mentang baru balik Mesir nak ber"ana" dan menggunakan istilah Arab yang kompleks. peduli.

pendek kata, aku belum terasa nak tulis tentang kembara aku sekitar Mesir. tunggu sahajalah pos aku kelak tentang Hurghada (tempat yang diharamkan oleh Al-Azhar), Iskandariah, Fayyoum (penempatan masyarakat Badwi), Sinnai dan Kaherah.

[...]

buat masa sekarang, boleh tatapi gambar-gambar dan menghantar surat jeles/benci kepada aku kerana telah melawat hampir kesemua makam Nabi Allah dan wali-wali.

notakepala: dedikasi untuk orang yang hebat di bumi Mesir sana, Ustaz Zul dan Ustaz Najhi dari Universiti Al-Azhar, kerana telah memimpin serta membuka mata kami. Saddam dan Athirah dari Kuliyyah Tib Alexandria, kerana telah memberi beg Timberland berharga mahal (mungkin) dan Syamir dan Fasha dari Kuliyyah Tib Universiti As-Syams, bagi penceritaan tentang Mesir dalam bahasa Sabah yang indah dan susah.







































Monday, January 19, 2009

sukahati

[1]

budak moscow, merujuk kepada yang Islam sahaja, secara amnya terbahagi kepada dua kelompok.

satu, yang masih mempercayai kebanyakan emulsifier itu haram. secara lumrahnya ke, setelah ditokok-tambah ke, ataupun setelah mengalami perubahan sifat organik kimia secara kompleks.

mereka ni mudah saja dikenalpasti. selalunya yang mengikuti usrah secara serius semenjak kecil.

mereka tidak makan daging ketam Ashan, dimana emulsifiernya diperbuat daripada sisa hancuran 1001 jenis serangga.

malahan, bukan ketam sahaja, tetapi aiskrim dan coklat juga jarang sekali disentuh. kerana bimbang akan emulsifier yang mungkin terkandung dalam makanan-makanan tersebut. oleh sebab ini, mereka jarang memakan coklat dan aiskrim, dan sering mendakwa diri sebagai seorang yang anti-aiskrim.

walaupun sudah jelas emulsifier itu dilabel di bahagian nutrisi, namun mereka tetap enggan memakan sesetengah produk yang mempunyai emulsifier tersebut.

contoh emulsifier yang kontroversi adalah E476. yang boleh bersumberkan babi ataupun lesitin soya. kebanyakannya menjadi pening, dan selalunya terus berputus asa untuk membeli produk tersebut.

oh sebelum aku lupa, mereka juga tak menghadam roti Harry's, kerana dikhuatiri kandungan alkoholnya yang mampu memabukkan sesetengah orang.

tapi aku tanya kepada golongan ni, jadi kalau kau punya berhati-hati-lah kan sewaktu membeli produk-produk ni, kau yakin ke sos dalam lavash dan shaurma yang kau beli tepi jalan tu tak mengandungi emulsifier-emulsifier ni?

golongan yang kedua pula, adalah golongan yang mempercayai semua emulsifier tu halal untuk dimakan, mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Eropah.

yang ni, aku tak payah ulas banyak-lah. buat penat mengerah hidrosis jari-jari aku jer.

mereka ni makan semua benda. dari emulsifer serbuk serangga sehinggalah E476. aku yakin mereka juga dah rasa Baskin Robbins dan roti Harry's.

golongan ni tak banyak, tetapi masih wujud.

persoalan "halal ke haram E ni?" sudah lama luput dalam kotak pemikiran mereka. sebab kalau masih memikirkan benda tu, haram-lah mereka makan benda tu.

kalau diajukan soalan "kau yakin ke ni?", mereka akan sering menjawab, sapa-lah kita nak lawan Majlis Fatwa Eropah.

[...]

kedua-dua golongan ini tidak boleh duduk bersama, apatah lagi makan bersama.

terlalu banyak konflik dan persoalan yang akan timbul yang bakal menujah kepada resolusi dimana takda sapa pun dibenarkan makan.

[2]

kalau di US pulak, member aku cakap ulama kat sana ada isu kan satu fatwa ni. hukum dia katok tak silap aku. (bukan katok dalam kelantan)

fatwa ni macam menghalalkan ayam-ayam atau daging lembu yang tak disembelih secara Islam untuk dimakan.

benda ni aku agak terkejut jugak. padanlah ada member aku kat vanderbilt tu sesuka hati jer makan makanan kafetaria dia. Chicken Sandwich lah, Chicken Salad lah, apa-apa chicken lah. semua dia bedal jer.

dengar bunyi cam syok jer.

aku sendiri kurang arif pasal benda ni. tanya ustaz-ustaz kat mana-mana blog lah yer. janji bukan aku. sebab nanti kau orang sesat.

habit orang moscow (bukan pelajar malaysia) 2

kau tau apa yang boleh mengaktifkan sel neuron otak kau waktu pagi?

waktu kau masih mamai mimpi tidur kau semalam walaupun dah mandi pagi dan solat subuh?

bau-bauan minyak wangi orang rusia dalam metro.

pergh, semerbak sial. kalah Taman Bunga Rashidah.

[...]

aku rasa-lah, sebab winter ni mereka malas mandi sikit. jadi, pagi-pagi keluar rumah selalunya mereka basuh muka, gosok gigi dan sembur minyak wangi mahal, sekurang-kurangnya, 5 ml.

sekali semburan.

mereka jutawan, biarkan-lah.

paling aku selalu terbau adalah produk eksperimen kimia mereka tersendiri dengan mereaksikan ester-ester itu untuk menghasilkan fragran yang dikehendaki.

contohnya, bau kamomil bercampur dengan lavendar dan dicampur lagi dengan jasmin kerana risau tak cukup "oomph", maka terhasil bau yang lebih dikenali sebagai "Kavenjas" (petunjuk: bau kasta India)

tapi kau kena berhati-hati, sebab bau ni mampu menimbulkan sindrom mual, rasa kurang selesa, dan kalau sudah kronik, migrain dan muntah.

dan seiringlah kau sekarang dengan pakcik-pakcik mabuk yang menjadikan gerabak metro sebagai rumah kedua mereka sekiranya kau memuntahkan semua asid hidroklorik dan jus bail ke atas lantai metro.

[...]

polemik kali ni tidak ada unsur korupsi ya. percayakan saja.

forte

budaya rusia hanya pantas/cepat/tangkas dalam dua perkara sahaja.

metro. dan pejalan kakinya.

yang lain, kita boleh berbangga sebagai rakyat Malaysia.

Sunday, January 18, 2009

kesunyian? perlukan teman? sms nadhir secara free!

khas untuk sesapa yang merindui aku di Malaysia, dan tak mampu untuk menghantar mesej yang banyak sepertimana dulu kau boleh buat.

[...]

1. buka laman web www.megafonmoscow.ru

2. jangan terkejut sebab semua dalam bahasa rusia! sabar. takyah nak pergi bukak kamus rusia ataupun babelfish.

3. lihat di sebelah kanan laman web tu, tekan togle dan skrol ke bawah.

4. nampak "Сервисы"? dan bawah tu pulak "Отправить SMS , MMS"?

5. ok, bawak butang tetikus kau dan tekan tu.

6. selesai membuka laman web tu, masukkan nombor rusia aku, +79268713057.

7. taipkan mesej-mesej cinta kau kepada aku, dan tekan butang "Отправить сейчас" kat bawah tu.

8. selesai! tahniah, kau berjaya berhubung dengan orang yang paling hebat dalam semesta.

[...]

sebenarnya aku tak pasti orang di Malaysia boleh guna ataupun tidak cara ni.

sebab ni sudah tentu menjadi alternatif utama bagi budak moscow yang tiada duit untuk topup kredit.

megafon mahal nak mati.

la tahzan 2



kau tak payah nak bajet macho konon tak sedih tengok video ni.

[...]

terima kasih kepada teknologi, aku dapat tengok faizal tahir menang 3 anugerah dekat anugerah juara lagu tadi. gila haper. mesti lepas nih Nizam ataupun Nas (mana-mana mulut busuk dalam tabloid gosip negara) menimbulkan kontroversi seperti "Faizal Tahir guna tangkal", ataupun "Faizal Tahir pakai bomoh"

[...]

ada jer suara-suara sumbang dalam ym tadi yang kata "umat Islam di Palestin sedang dibunuh, rakyat Malaysia boleh pulak tengok Anugerah Juara Lagu"

haa? apa kes? habis yang kau pergi meronggeng kat shopping complex atau tengok apa-apa rancangan dalam tv boleh pulak?

takkan kau nak aku tengok "Watch Muslims being killed live on D3str0yPaL3stiNeZz.com"?

ni sama jugak macam kes, "eh, kesian budak-budak kat afrika tu miskin takda makanan" untuk mengomen sesapa yang membazir makanan.

kepada entiti yang berkenaan, kalau aku ada duit yang mencukupi untuk membuat pos laju MAS ataupun pakai DHL dan hantar ke budak yang bernama Ukuregenzi di Sudan atau mana-mana negara Afrika yang didakwa sedang kebuluran, aku akan buat. faham?

Friday, January 16, 2009

la tahzan

amaran: bersedia dengan bantal! sebab nukilan hari ini akan melelehkan air liur basi kau.

[...]

Alhamdulillah final bioorganic chemistry telah berjaya dihabiskan 2 hari yang lepas. ada yang dapat keputusan otlichno ataupun 5 (mantap tahap dewa), harasho ataupun 4 (boleh-lah hebat), dan ada juga dapat udobna ataupun 3 (tak bodoh tak pandai).

pertama-tamanya, tahniah-lah aku ucap kepada semuaorang. taknak-lah kepada yang dapat 5 jer. yang dapat 4 dan 3 layak dapat pujian tak ikhlas juga.

cuma aku terkejut, tadi ramai member aku yang agak down. dapat 4, ok-lah tu. Allah s.w.t dah tetapkan keputusan kita. mungkin takda rezeki, nak buat macammana. janji dah usaha.

apa sangat yang ada pada 5 tu? aku tanya kau balik. penting sangat ke?

waktu dolu awal-awal aku masuk M1, semuaorang cakap aku gila nak dapat 5. tapi lepas tu aku sedar. apa sangat signifikan 5 tu dalam hidup kau kat moscow?

adakah dengan 5, kau boleh dapat diskaun barangan di Zara?

ataupun mendapat potongan harga secara mendadak di Ashan?

takda-kan?

jangan-lah lekas alpa, kerna ilmu yang kita dapat tu yang penting. kalau dulu dekat maktab, boleh-lah kau cakap kau nak kejar A tu. sebab nak dapat gred yang bagus kononnya lepas tu berjaya mendapatkan tajaan biasiswa JPA/MARA dan belajar sehingga menara gading di luar negara berserta dapat main salji sambil kahwin dengan orang tempatan lalu mendapat anak dan mengharumkan nama kampung sekaligus.

itu dolu. kalau pemikiran kolot kau masih tersekat pada zaman tu, aku memang bersimpati dengan kau.

satu benda aku peroleh kat sini, belajar niat kena betul. lilahitaala. dan belajar untuk ilmu, bukan kejar 5.

arif saja-lah, sistem pemarkahan dekat rusia ni bukannya adil dan saksama sangat. sama saja macam pengundian calon MPP mana-mana IPT di Malaysia.

kalau lecturer hari tu mood ceria teletubbies, seronok-lah kau. lagi-lagi kalau dia ghairah tengok kehenseman kau. memang 5 lah jawabnya tak kisah teruk mana kau jawab pun.

malang tak berbau, sesetengah daripada kita dapat pulak lecturer yang gagal mendapat kepuasan daripada suami malam semalam. kau jawab secemerlang mana pun, harapan jerlah nak dapat 5.

orang yang study bersengkang mata sampai nak mati, kalau Allah dah tetapkan dapat 4, maka 4-lah.

orang yang study gitu-gitu jer, main game jer lebih, kalau Allah dah tetapkan dapat 5, maka 5-lah.

konsep kun faya kun. mudah jer. kalau tak faham boleh tengok movie Indonesia tu.

secara tuntasnya, confirm-lah sipolan yang study untuk ilmu tu bakal berjaya dalam hidup berbanding sipolan hanya menjilat punggung lecturer dia.

kita belajar untuk menjadi doktor, bukan ahli politikus. jadi takda maknanya kalau kau belajar sambil lewa. sebab bila jadi doktor nanti, sapa yang merana waktu housemanship taktau apa tu acetyl salicylic acid? atau takyah tengok jauh-jauh. bila kau tahun ke empat nanti, masa belajar topographic anatomy, padan muka kau kalau crista conchae pun taktau apatah lagi dinding-dinding segitiga inguinal.

lagipun, kalau kau perhatikan, pengertian markah 4 dan 3 hampir sama. takda maknanya walaupun wujudnya margin yang begitu nano. sama ada kau pass, ataupun tidak.

jangan-lah bersedih, sesungguhnya Allah s.w.t bersama kita. apa-apahalpun, back to the Al-Quran, sepertimana banyak yang tertera diatas button-button jualan BADAR.

[..]

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (2:216)

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (2:286)

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (3:139)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (1:45)

[...]

selamat jalan kepada member-member aku yang bakal membuat mini eurotrip untuk membawa diri pasca peperiksaan. jangan malukan batch waktu kat prague, vienna ngan budapest nanti. aku menantikan cerita adventur, dan lighter daripada tempat-tempat tu.

ujian itu tarbiyyah!

Wednesday, January 14, 2009

48 jam

dah lebih 24 jam aku tak tidur.

penat memikirkan masalah saudara sefiqrah nun jauh di Palestin.

dan bagaimana dalam masa beberapa minggu saja, orang Rusia Babi telah meletupkan kepala seorang pelajar Korea, menikam 4 orang pelajar China sehingga seorang mati katak, dan memukul pelajar-pelajar Malaysia yang tak bersalah.

"Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang sedia ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentera langit dan bumi dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana" (48:4)

[...]

bahagian aku tak tidur 24 jam tu memang betul. dan akan diteruskan sehingga tercetaknya markah final bioorganic chemistry di atas buku zachot aku.

44 jam lagi. apa-lah sangat.

Monday, January 12, 2009

hiatus-lah sangat 2

kalau zaman mrsm dulu, sewaktu penganjuran minggu bahasa, mesti semua orang berdebar-debar. ada yang mula tak makan makanan DS, mula tak turun padang, sampai ada yang tak tidur 3 hari 3 malam.

mungkin tak semuaorang kot, ada yang lebih cenderung kepada SUZON dan robofair. macam aku, nadwah islamiah dan minggu bahasa memang sebati dengan jiwa aku. (tolong jangan muntah atas blog aku, walau geli manapun ayat tu)

jadi dalam minggu bahasa, acara yang dinanti-nantikan sudah tentu debat ala parlimen/debate parliamentary style. benda ni yang aku terpanggil nak ulas sikit.

aku andaikan bahagian "ala parlimen" tu mestilah berlandaskan negara Malaysia. yerlah, kalau ala parlimen british macam dalam WORLDS, sudah jadi lain. hanya ada 2 speaker. itu format dan cerita lain.

bayangkan, kalau betul-betul-lah, format debat tu ikut parlimen Malaysia sekarang ni. mencabar bukan?

YB Taiping: "Tuan Speaker, YB Pasir Salak pada hari ni tidak mematuhi tatacara pemakaian yang digariskan! Dewan sepatutnya menghalau dia keluar!"

YB Pasir Salak: "Apakah? Jangan menipu fakta YB Taiping. YB tertinggal cermin mata ke hari ni? Cermin diri sendiri dulu-lah!"

YB Taiping: "Sidang dewan, sudah jelas, terang dan nyata YB Pasir Salak sudah lari dari usul pada hari ni. Sudah-lah kesalahan ini tidak mahu diakui!"

Sidang dewan memberi tepukan yang gemuruh untuk YB Taiping.

Jauh dalam benak hati YB Taiping, dia menyimpan hasrat untuk menang anugerah pendebat terbaik.

Tapi semuanya akan musnah dalam masa beberapa minit dek tindakan bodoh kedua-dua YB ini.

YB Pasir Salak pun panas. Suasana semakin genting. YB Serting dan YB Balik Pulau tak berani bersuara.

Muka YB Pasir Salak mula menunjukkan ciri-ciri macam ayam berak kapur. Sudah tersesar jauh dari usul. nasib baik, otak dia masih bergeliga. Tindakan seterusnya difikirkan dua kali. Alang-kepalang usul aku ditolak, baik aku buat kecoh dalam dewan persidangan hari ni.

YB Pasir Salak mula menapakkan kakinya yang kontot ke arah YB Taiping. Termengah-mengah. Lalu dengan sekali go dia menyondol YB Taiping sehingga tersungkur ke tanah.

Terengsot-engsot YB Taiping bangun semula. Berdarah abdomennya. Sekerajaan kutu pun terbebas daripada badan YB Taiping. Tindakbalas YB Taiping mengejutkan semuaorang.

Serangbalas dilancarkan. YB Taiping menyepak YB Pasir Salak sehingga terpelanting sehingga ke hujung dewan.

Gegar gempita-lah sidang dewan pada hari itu.

Nasib baik, sesi penggulungannya dibuat sendiri oleh Tuan Speaker Dewan yang tersohor itu. Beberapa ayat saja yang dikeluarkan, tetapi cukup bernas untuk menangguhkan persidangan pada hari itu.

Dia mengarahkan semua untuk bertenang, dan jangankan-lah dicampuri hal-hal haram ini. Nanti payah perlu samak.

Mereka tu lain lah. dah sama spesies.

[...]

cuma aku risau, nasib YB Langkawi. takkan-lah dia mahu turut serta dalam pergaduhan kelas bawahan seperti ini? hilang-lah keayuannya.

melainkan idolanya Rafidah Aziz. sudah tentu dia merajai persidangan rimba setelah transformasinya menjadi harimau betina.

anjing dan babi pun tak berani bersuara dah.

apatah lagi menyebarkan kutu-kutu haram mereka ke atas orang lain.

[...]

pada pendapat aku-lah, format ini lebih bagus kot berbanding format debat peringkat mrsm sekarang. at least, dapat asah skil pertahankan diri.

daripada debat tanpa percanggahan konflik dan sesi pembidasan, dan kedua-dua belah pihak menyokong usul yang sama, baik tukar nama jadi forum perdana terus.

Sunday, January 11, 2009

hiatus-lah sangat

aku tertarik dengan bahan yang sahabat aku kasi dari Volgograd.

the paradoxical commandments. ubahsuai dari Mother Teresa punya versi.

baca ya, dan hayati. tapi jangan praktikkan lagi.

[...]

People are illogical, unreasonable, and self-centered.
Love them anyway.

If you do good, people will accuse you of selfish ulterior motives.
Do good anyway.

If you are successful, you win false friends and true enemies.
Succeed anyway.

The good you do today will be forgotten tomorrow.
Do good anyway.

Honesty and frankness make you vulnerable.
Be honest and frank anyway.

The biggest men and women with the biggest ideas can be shot down by the smallest men and women with the smallest minds.
Think big anyway.

People favor underdogs but follow only top dogs.
Fight for a few underdogs anyway.

What you spend years building may be destroyed overnight.
Build anyway.

People really need help but may attack you if you do help them.
Help people anyway.

If you find serenity and happiness, there may be jealousy;
Be happy anyway.

You see, in the final analysis, it is between you and God;
It was never between you and them anyway.

[...]

aku kurang setuju dengan commandments sebegini. memang-lah motifnya sesuci debu. kearah kebaikan. dah kata hasil karya Mother Theresa.

tapi dalam Islam ada mengatakan, habluminallah dan habluminanas.

hubungan antara Allah, dan hubungan antara manusia.

2 benda tu kita tak boleh pisahkan. macam yin dan yang. gula dengan semut. israel dan palestin.

ada sesetengah commandment tu seolah-seolah mahu mengatakan "lantak kau orang manusia, asal hubungan aku dengan Tuhan bagus"

tafsiran aku, macam tu-lah. namun, ada juga-lah kebenaran sikit. contohnya kalau ya pun kau bersetuju untuk tidak berapa menjaga hubungan dengan member, mestilah cuma to a certain extend. takkanlah sampai kau mengguris hati perasaan member hingga ke ulu hati sekaligus memutuskan tali persahabatan.

tapi, kalau nak hidup macam tu, maksudnya kau akan hidup sorang-sorang. betul tak? sapa nak kawan dengan kau macam tu.

tak payah pusing kiri kanan, aku sendiri akan sisih, dan pulaukan kau.

limit, mesti ada. jangan sampai hilang kawan, itu yang penting. terutama kalau hidup luar negara. family takda, awek pun takda. nak bergantung kepada sapa?

Allah s.w.t ngan member jerlah.

tak faham apa aku cuba selatankan? bagus. dah nama paradoks.

Saturday, January 10, 2009

permanganat gajah

bersempena hiatus aku seketika bagi menghadapi minggu peperiksaan akhir, aku sertakan gambar ni untuk kau tatapi kalau rindukan aku. (bioorganic chemistry jer pun)


kawan nadhir, gajah salji, nadhir, kawan nadhir

doakan aku kejayaan yah. aku betul-betul mahukan 5 kali ni.

[...]

aku dah ketagih game facebook; geo challenge, word challenge, dan who has the biggest brain?

semalam aku main 6 jam berturut-turut walaupun tau ada final minggu ni. hebat kan?

nasib baik-lah dapat no 1 untuk word challenge. berjaya kalahkan ikmal!

tapi geo challenge dengan who has the biggest brain? belum berjaya lagi. takpa teruskan usaha.

untuk yang ini, tolong doakan aku juga ya? aku betul-betul mahu kalahkan ikmal.

serius ni.

p/s: macammana nak hilangkan ketagihan ni? cold turkey?

Yang Geek,
Bioorganic Nadhir Chemistry.

Wednesday, January 7, 2009

justifikasi

sebelum darah persahabatan tertumpah, dan ikatan ukhuwah terlerai, aku rasa mandatori bagi aku untuk menyuarakan beberapa klarifikasi. (supaya aku senang tidur malam ni jugak)

1. Isu Couple

berhubung dengan komen-komen aku yang kontroversi dan boleh tahan pedas dan direct di blog ijo (www.pascaspm.com), aku nak minta maaf dulu awal-awal. serius, aku takda niat nak buat orang sakit hati atau terasa. mungkin itu gaya aku, untuk menegur secara langsung seperti yang telah dinyatakan dalam entri sebelum ni.

couple tu haram. tipu aku cakap kalau aku tak puas hati tengok member aku yang still couple. tapi takdalah pulak aku benci diorang. aku taknak berbalah sampai terputus tali persahabatan. at least, aku dah cuba guna kuasa yang ada pada aku. biarlah hanya selemah-lemah iman aku membenci dengan hati. aku redha.

aku ni pun bukannya aktif sangat dalam gerakan anti-couple. wujud ke tak wujud gerakan tu persoalan lain. abang usrah aku pernah cakap, kalau nak tackle isu couple zaman sekarang memang susah. memang boleh tak cakap dengan member 2 bulan. sebab tu dia cakap baik tackle terus dasar Islam tu sendiri dekat orang tu. sebab kalau itu dah diperbetulkan dalam diri dia, maka dia akan fikir sendiri, betul ke tak aku couple selama ni?

jalan dakwah memang pelbagai. aku sedar, apa yang aku komen tu ada cacat-celanya jugak. banyak dipengaruhi darah muda aku. egois, konon. pengalaman aku yang sikit pun tak membantu dalam perkara ni.

sekali lagi, aku nak minta maaf.

2. Isu Politik

perkara ni sama taraf pentingnya. aku nak tegaskan aku bukan ahli PKR, dan aku tak sokong mereka. aku pun turut tak sokong UMNO. pasok momogun, SUPP atau DAP, lagilah. mak bapak aku? aku tak pernah tau diorang sokong apa. sungguh, aku tak kisah pun.

aku neutral saja. semua gimik yang aku buat di intec dulu hanya sekadar menimbulkan kontroversi. tak seronok-lah hidup kalau takda percanggahan konflik. aku ok saja selagi konflik tu satu benda yang sihat.

jadi jangan-lah pelik kalau nampak aku menyertai pertubuhan UMNO luar negara dan aktif pulak tu mengibarkan pelanduk UMNO di bumi Moscow. bukannya bermaksud aku sokong ideologi dan kepala mereka.

3. Isu Gosip

aku pantang bila orang gelar aku Raja Gosip. aku nak ingatkan semuaorang, gosip tu bukan oksigen aku.

bukannya salah aku kalau kau yang bersikap indifferent terhadap persekitaran kau. aku ambil inisiatif untuk lebih peka terhadap orang lain. salah ke?

aku tak pernah dengan sengaja mengorek rahsia orang lain untuk tujuan gosip. semuanya datang kat aku, secara natural. sekali lagi, sebab aku peka.

dan orang lain pulak gemar berkongsi gosip dengan aku. aku nak buat macammana? kalau suruh dia cakap dengan tangan aku, rasa biadap pulak. layan sudah-lah.

fitrah manusia, aku dengar dan simpan dalam hati. tapi takda aku biarkan gosip tu bersatu dengan tubuh aku.

bila orang nak tanya, aku tak kisah. tapi mestilah aku cuba elakkan, sebab mungkin mendedahkan keaiban orang.

apa-apa hal pun, bagi aku, itu satu penghargaan bagi diri aku yang hiperpeka ni.

sekian, harap maklum.

Yang Hebat,
Nadhir, 48kg (misi 50kg tahun 2008 gagal)

Sunday, January 4, 2009

kalau nak pos, aku mahu kailan malaysia

[1]

aku rindu-lah zaman aku boleh betulkan pronunciation (takda aksara "o" ya diantara "n" dan "u") orang lain dengan begitu sahaja.

tak payah risau, dicekam dan dijeling.

in fact, orang cari aku lagi untuk belajar menyebut perkataan-perkataan Inggeris yang membelit lidah. bukanlah nak cakap aku hebat. tapi tahu-menahu jugak-lah.

dulu dekat maktab, secara halalnya aku boleh berbuat sedemikian sebab aku diberi kuasa autoriti sebegitu. mula-mula, memang-lah segan. nampak macam memperbodohkan member sendiri. tapi daripada kau malu depan bapak mertua kau atau panel interview, baik malu depan member baik kau yang sama-sama kongsi baldi maggi.

tapi semenjak aku keluar maktab, semakin hambar pulak gerakan aku ni. dahlah aku dicampak dalam lautan pelajar yang bukannya graduan-graduan British Council. jadi aku tak bolehlah nak salahkan diorang kalau sebut berterabur sedikit.

aku memang terasa, ada tanggungjawab nak betulkan. tapi, entah lah. hati aku tak cukup kering kot. (tahniah Moscow! kau berjaya mengubah aku)

biarlah aku dilabel poyo, tapi aku betul-betul nak menegakkan satu utas jer benang yang basah kali ni.

wahai batch aku, perkataan "matured" yang kau orang suka bawak dalam dialog harian dan kecoh-kecohkan, bukannya disebut "may-chert".

tapi, "muh-chuwerd".

[2]

minta maaf sebab aku tak berani tegur depan mata korang.

tapi jangan risau, kalau ada sambal tumis terlekat kat gigi ke kobis cina terlekat celah-celah gigi ke atau sisa-sisa coklat Alpen Gold tertinggal, aku akan menjadi orang pertama untuk kasi tau kau perkara tu sebab bab tu aku muka tebal sikit.

itu aku boleh gerenti. dan kau tak perlu susah payah ucap terima kasih kat aku tang tu.

[...]

aku pernah dengar, keakraban seseorang dengan kawan dia boleh diukur pada tahap sekiranya dia berani untuk menegur kawan dia bahawa ada brokoli atau apa-apa sahaja terselit di antara celahan gigi dia.

maka, ramainya orang dah jadi sahabat karib aku.

[3]

aku rasa kau dah jadi matured, kalau kau berhenti tanya orang sekeliling kau samaada kau dah matured ataupun tidak. khas untuk orang yang masih mengalami krisis identiti walaupun umur sudah menjejak 20-an.

selamatkan palestin

klik untuk nenek kau nampak

selamat datang ke bilik aku, 726!

kotak derma beroperasi 24 jam selagi tidak dibuang dari hostel Pushkin oleh mama Mongolia.

target 1 euro seminggu (boleh ke?)

ayuh budak-budak scholar, kita gunakan duit rakyat ke jalan Allah.

dan bukannya untuk shopping di Topman dan Zara. (tak kisah-lah winter sale)

untuk maklumat lanjut, boleh pergi: imamrsc-moscow.blogspot.com

notakaki: buat-buat taktau kalau ternampak gambar aku di bahagian entri autumn gathering di laman web tu.

Friday, January 2, 2009

koktel dan arak

[1]

Sang Drakula mengganas kembali! (semuaorang terkejut, sebab dia terlalu aktif!)

kali ini, dia lengkap dengan bom buatan rumah, Molotov Cocktail.

dahlah memang takda cahaya matahari masa tu, jadi balingan dia agak tepat mengenai sasaran.

maka, sebahagian seluar kawan aku pun terbakar. tapi mereka sempat lari. Alhamdulillah.

mencabarkan duduk Rusia? libur!

[2]

kalau nak tengok bandar mati, datang ke Moscow pada 1 Januari apa-apa tahun.

aku boleh gerenti, rusia kalah perang kalau musuh serang masa ni.

semua hangover jer pagi-pagi.

tu-lah, main mercun cucuh langit sampai pukul 4 pagi.

walaupun legal, tak payah-lah menyusahkan aku tidur waktu malam.

tolong hormat pendatang asing.