Sunday, August 23, 2009

salam ramadhan

baru-baru ini aku gagal test JPJ aku. aku terbabas sedikit sewaktu nak berhenti atas garisan kuning atas bukit tu. terpaksa ambil semula tahun depan.

memang memalukan. aku rasa mahu ambil lesen terbang saja.

[...]

aku ada satu formula tentang kereta yang mempunyai nombor plat bermula dari J (orang Johor).

mereka ini mesti memandu dalam kelajuan yang amat rendah. kalau nak dibandingkan dengan kereta plat W, ataupun B ataupun D.

contohnya, kalau aku balik kampung aku di Johor, mesti bapak aku terikut-ikut balik dengan orang-orang Johor yang lain yakni memandu sangat perlahan. hanya sebab tu, perjalanan aku balik kampung menjadi 4 jam lebih tanpa berhenti rehat.

mungkin aku melebih-lebihkan cerita, tapi kenapa aku rasa macam semua orang Johor memandu dalam 20 km/h walaupun dekat lebuhraya?

kalau duduk di Johor takpa-lah. ini kalau terjumpa pulak plat J ni dekat tengah-tengah Subang. berani pulak dia memandu lorong paling kanan. aku rasa mahu sodok saja kereta tu kasi hantar balik JB.

lepas ini kau memandu atas jalan raya, cuba perhati kereta-kereta misteri berplatkan J ni.

[...]

aku rasa laksa johor mak aku memang yang terbaik dalam dunia. nasib baik aku sempat makan sebelum balik ke Moscow.

Sunday, August 16, 2009

berpuloh-puloh jam aku bermain Wii waktu cuti ni, akhirnya aku terseliuh tangan aku sebab tersiku kawan aku waktu main tenis.

amaran untuk jangan bermain Wii dengan aku. kalau nak jugak, sila berada dalam jarak 3 meter sebab aku boleh jadi agresif.

sangat agresif.

Wednesday, August 5, 2009

sempena nisfu syaaban, ayuh istiqamah amal ibadah dalam buku amalan yang baru

pagi tadi hujan lebat. plan aku ke sunway lagoon terpaksa batal. hanya mampu luncur ais saja untuk beberapa jam, lepas tu dah termengah kepenatan.

aku perlu exercise lebih. kita mula esok.

[...]

sebab hujan lebat berdentam-dentum atas atap rumah aku, badan aku otomatik bangun awal. telinga aku tak tahan bunyi bising. aku pantang masa aku tidur ada benda bising-bising ni.

kalau sumber bunyi tu datang dari manusia, dah lama aku tampar.

[...]

lepas minum kopi panas, aku belek-belek suratkhabar Star. speed-read tajuk-tajuk utama, lepas tu pilih mana yang nak baca dulu.

mata aku pantas menangkap artikel dalam StarTwo bertajuk "Sex, Lies and Videoclips."

artikel tu secara dasarnya menyiarkan tentang bagaimana remaja zaman sekarang sudah mampu untuk membuat video porno sendiri.

mengikut artikel tu, Farah (bukan nama sebenar tetapi beragama Islam) yang berumur 19 tahun mengaku mendapat kepuasan yang ekstra sekiranya video seks bersama balaknya berjaya dirakam oleh sebab risiko yang wujud.

kata beliau lagi, dia rasa gembira kerana dapat tahu balaknya masih boleh menatap tubuh badan beliau walaupun tinggal berjauhan. lebih-lebih lagi, video itu bertindak sebagai bahan evaluasi untuk beliau memantapkan teknik seks beliau di ranjang, disamping sudah mempunyai timbunan dvd porno yang dimuat turun daripada internet.

[...]

aku hampir tersembur kopi panas aku.

adakah seks sebelum kahwin tidak menjadi perkara taboo lagi dalam kalangan masyarakat kita?

untuk seorang Muslim pulak secara terang-terangan memberitahu satu Malaysia yang dia telah berzina, aku memang tabek spring.

memang 1Malaysia-lah kita. (aku tau takda kena-mengena)

Saturday, August 1, 2009

demo siber

antara cara paling mudah untuk menghalau penjual-penjual yang terlalu bersemangat di pc fair:

"Eh, takpa-lah bang, saya dah ada benda ni dekat rumah."

[...]

kenapa perkhidmatan lrt tak berhenti di masjid jamek pada 1 ogos? habis kalau orang nak pergi solat macammana?

selamba saja menghalang orang nak pergi menunaikan ibadah semata-mata ingin mengurangkan jumlah orang menyertai demo itu.

ala, kalau nak tengok online pun boleh. grafik visual ni bukan untuk yang berfikiran sempit lagi jumud.

nah, http://dmppt.blogspot.com

Saturday, July 25, 2009

a true Malaysian gone

tadi aku pergi majlis solat jenazah Yasmin Ahmad dekat masjid abu bakar, ss19. 5 minit dari rumah aku.

gila ramai artis tempatan aku jumpa.

aku harap aku keluar melodi nanti. aku rasa aku sempat dapat screentime.

Sunday, July 19, 2009

aku habis baca Langit Ilahi, New Malaysian Essays 2 dan Aku Terima Nikahnya dalam masa 5 jam 24 minit.

cuti ni aku banyak membaca. sebab aku nak compensate balik masa aku dekat rusia dulu takda bahan bacaan sebab semuanya dalam bahasa Rusia.

sebab masalah di Rusia semua novel Inggeris telah diterjemah dalam bahasa Rusia. aku tak hairan pun sebab semua movie Hollywood pun orang Rusia ni berani dub dalam bahasa mereka sendiri.

betapa bangganya mereka dengan bahasa ibunda mereka.

tak macam orang Malaysia.

antara buku yang aku nak sekarang tapi kering poket nak beli:

*kemaskini 21/7/2009:

1. Travelog Dakwah, Muhd Kamil Ibrahim.
2. Rooftop Rant, Hlovate.
3. Tulang-tulang Berserakan, Usman Awang.
4. Hamas, Ustaz Maszlee Malik.
5. Siri Cerita-lah 1,2 dan 3, Karim Raslan.
6. Kumpulan Cerpen: Mencari Gayung

jadi, sapa yang tak berkesempatan kasi aku hadiah hari jadi tahun lepas sebab aku di Rusia, sila-lah membeli buku-buku tersebut untuk aku.

[...]

ramai yang fikir aku ni lame sebab baca novel-novel Melayu.

sekarang aku cakap sastera Melayu memang mantap. penulis-penulis sastera underground Melayu semua dah mula naik scene.

so, kalau kau setakat baca chick-lits, Twilight ataupun Sidney Sheldon, tak payah-lah nak berangan cakap dengan aku tentang novel-novel Inggeris.

bila dah khatam semua karya Palahniuk, Coelho, Murakami ataupun paling koman Grisham-lah, baru datang jumpa aku cakap hi.

drama budak-budak

aku ada prinsip hidup dimana aku mesti buat seorang atau dua kenalan dimana-mana tempat aku singgah atau pergi supaya senang nanti pada masa depan bila ada apa-apa hal.

aku akan cuba untuk berbaik dengan semuaorang. contohnya hari tu aku balik ke INTEC. kak guard tu masih kenal aku, dan drebar bas yang kamceng dengan aku nyanyi lagu rock kapak sinar fm pun masih ingat aku. apatah lagi kakak kafe yang tak pernah tahu nama sebenar aku dan suka panggil aku Anas terus belanja aku nasi goreng ayam.

oleh sebab itu, aku ada rangkaian kawan yang agak ekstensif, terutama di Subang.

hari Khamis lepas seperti biasa aku lepak di kedai mamak. kali ni, dengan member-member baik aku dulu sebelum aku lompat PTS.

kadang-kadang aku rasa menyesal lompat PTS sebab berat hati meninggalkan member aku. walaupun petang-petang masih jumpa dekat padang, hujung minggu masih lepak sama-sama, waktu rehat sekolah pun masih makan sama-sama, tapi of course dah berbeza sedikit sebab dah tak kamceng macam dulu.

cerita lain. aku terjumpa balik kawan perempuan aku yang kita panggil AN sahaja. aku ada kisah hitam dengan dia ni. tolong jangan fikir lucah.

adalah ditakdirkan pada suatu hari tu aku tengah naik bas balik ke rumah selepas sekolah agama sesi pagi. rumah AN ni dekat saja dengan rumah aku.

dia ni pun jenis macam ada ADD dan tak sabar-sabar nak balik rumah. jadi dia ni pun bergayut depan pintu bas tu. drebar bas yang bertauliah ni pulak tak pergi tutup pintu bas.

sebab nak sampai rumah aku dah, aku pun beratur-lah kononnya dibelakang dia.

sekali lagi, dia sedang bergayut dekat pintu bas tu. maksudnya, dia dah turun dekat tangga-tangga menuruni bas tu. aku pulak masih di atas, dan tak turun pun lagi tangga.

bas pun meluncur dengan laju di kawasan perumahan SS19 melalui selekoh tajam dekat dengan SS19/5D tu.

dengan riangnya aku tengah meloncat-loncat di atas bas tu. biasa-lah budak-budak kecik.

tiba-tiba, AN yang sedang menikmati udara segar Subang Jaya tu hilang daripada pandangan aku. terkejut aku bukan main.

aku ingat dia ada kuasa teleportasi.

aku lari ke belakang bas dan aku nampak dia terdampar dekat bahu jalan selekoh tu. aku jerit kat drebar bas tu suruh gostan. semua budak-budak dalam bas tu turun.

visual grafik yang ngeri menyusul. AN tengah berlumuran dalam darahnya sendiri. baju kurung yang putih suci tu habis dinajisi dengan darah merah pekat. pipinya, calar-balar.

lepas habis saspen dalam 5 minit semua mulut ternganga, pakcik bas tu angkat dia naik atas dan hantar dia ke depan pintu rumah.

petang tu aku pergi sekolah rendah seperti takda apa-apa berlaku. aku tak rapat dengan dia jadi tak ramai yang tanya aku apa terjadi.

[...]

keesokan harinya aku pergi ke sekolah agama seperti biasa. si AN ni sekelas dengan aku.

aku bagitau ustaz apa terjadi. dia pun faham. aku ingat budak-budak lain pun faham.

rupa-rupanya lepas rehat, aku dengar cerita yang si AN ni tuduh aku tolak dia jatuh bas.

dan cerita tu cepat tersebar menjadikan aku watak antagonis yang cukup popular zaman tu.

bayangkan, aku dikecam sebagai budak kecik yang bersikap sadis dan mempunyai potensi menjadi pembunuh bersiri. yang aku tak boleh terima, ustaz-ustaz terlalu tampak beri perhatian lebih kepada aku selepas insiden tu.

hanya kawan-kawan rapat aku saja yang mempercayai aku dan tahu cerita sebenar. yang penting, aku masih dapat join geng "police and tree" dan "galah panjang" dekat padang pasir sekolah tu.

aku pergi rumah AN, dan mintak maaf walaupun aku tau aku tak bersalah. intuisi budak-budak yang mendorong aku buat macam tu. kalau sekarang, jangan harap.

tapi lepas tu aku tak cakap dengan dia dah.

sehinggalah hari tu aku jumpa dia dekat kedai mamak hari Khamis lepas.

Thursday, July 16, 2009

kenapa khutbah Jumaat sekarang semuanya berbaur politik?

sekarang terpaksa aku percaya "The Khutbah Diaries" karya Shanon Shah dalam New Malaysian Essays 2.

Wednesday, July 15, 2009

tutup mulut

aku memang sedia maklum KL sekarang ni menjadi pusat penyebaran virus H1N1.

tapi malangnya, aku tak tahu kenapa hari ini aku terlupa untuk melekatkan pernyataan tu dalam otak aku.

sepetang di Timesquare berakhir dengan aku yang keliru untuk berasa salah ataupun kasihan.

plot dan konflik cerita mudah.

aku dan member-member aku tengah merayap di Timesquare sambil mencari tempat makan tengahari yang sesuai setelah puas menonton filem Public Enemy.

(filem itu, kalau ada yang bertanya, memang mantap dan impian aku menjadi doktor telah berubah kerana sekarang ini mahu jadi seperti John Dilinger, seorang mafia yang macho, hebat dan berjaya.)

sedang member aku sibuk bercerita, rongga-rongga hidung aku mula terasa miang.

mula-mula garu sedikit, tak hilang-hilang jugak.

ini sah-sah bukan kes bulu hidung panjang dah.

aku sambung garu untuk tempoh yang agak lama, tak hilang-hilang jugak.

tiba-tiba, aku terbersin.

impuls dari otak aku untuk memulakan refleks tangan menutup mulut aku seperti biasa memang sepantas kilat.

tapi kepala aku tak cukup laju untuk memalingkan kepala aku betul-betul 90 darjah ke arah kiri, konon nak bersin ke arah syaitan-syaitan jahanam, jadi dia terberhenti dalam agak-agak 45 darjah.

tengok-tengok dekat arah 45 darjah, bukan syaitan, tapi ada seorang pakcik cina ni tengah lepak-lepak di atas kerusi panjang pusat membeli-belah. berbaju bunga, berseluar kargo pendek, dan gaya teramat sempoi. kalau lihat dari jauh, muka nyaris tak tumpah macam Chin Peng.

yang aku terkejutnya, setua-tua pakcik tu, refleks badan dia lagi laju nak elak daripada terkena percikan hingus aku.

dalam sekelip mata, dia bangun secara mendadak seperti orang disergah dan berlari ke arah dinding tepi kerusi panjang itu, sambil menutup muka dengan kedua-kedua tapak tangan.

aku tercengang.

pak cik ni, kes melatah ataupun terlalu berhati-hati dengan virus H1N1?

terpaksa

cuti ni aku terlampau banyak jalan-jalan sampai tak cukup tidur.

masa yang aku peruntukkan untuk tidur hanyalah sewaktu menunggu KTM/LRT dan perjalanan menuju destinasi di dalam KTM/LRT.

kadang-kadang, aku terlepas stesen sebab terlalu masyuk dibuai mimpi. contohnya hari Isnin sewaktu perjalanan balik ke Subang dari KL Sentral, aku terbabas sampai Shah Alam.

memang-lah tak jauh mana. 2 stesen saja pun. tapi aku kalau dah terbabas tu, jangan harap-lah nak tunggu KTM balik. sebab duit tiba-tiba melimpah dan terasa kaya seperti dalam videoclip Ka Ching nyanyian Shania Twain, aku pun naik cab sampai SS19, Subang Jaya.

tapi aku dah serik.

nasib baik, di Moscow aku sudah dilatih secara gerila untuk tidur sambil berdiri di dalam Metro.

hebat bukan?

aku kasi amaran, bukan calang-calang orang boleh menggayakan aksi tu. muka kena tebal. daya konsentrasi kena tinggi. postur kena betul.

sebab kalau kau tersungkur, kawan-kawan kau hanya akan gelak, lari dan buat bodoh. kalau dengan nota-nota anatomi dan histologi jatuh bersepah, lagi-lah. bersedia untuk diherdik oleh babushka.

di atas dakwaan memalukan nama Malaysia, nama kau juga akan dipotong daripada senarai jamuan spring BBQ di Kedutaan.

jadi sekarang ini, dengan mengaplikasikan teknik aku yang diadaptasi daripada kehidupan di Moscow, bukan sahaja aku dapat memberi tempat duduk kepada orang kurang upaya, perempuan mengandung ataupun orang tua sambil melelehkan air liur basi aku, malahan aku dapat elak daripada terbabas stesen sehingga ke Pelabuhan Klang lantas menjimatkan duit untuk bayar cab.

Sunday, July 5, 2009

Monday, June 29, 2009

seorang demi seorang

kemaskini Wimbledon:

ana ivanovic kalah dengan venus williams selepas hanya sempat main 2 game.

dia kompelin, kaki dia memang sakit yang menusuk-nusuk. jadi, dia call aku suruh datang urut dan bawak obat. tapi aku tak sempat-lah pulak nak fly pergi sana. duit pun tarak.

aku simpulkan, sebab aku gagal datang-lah dia terpaksa bersara daripada meneruskan game dengan juara wimbledon 2008 tu.

semua pemain feveret aku kalah. apa cerita?

marabahaya

di depan mata aku sekarang ini ada roti pisang, neslo ais, tempat buang abu rokok, bekas simpan sudu garfu besi, dan kotak tisu. oh, dan aku juga dinyamankan dengan semburan mikropartikel air daripada kipas bergerak sambil menonton ulang tayang bola final confederation cup.

soalan cepumas, dimanakah aku?

ok-lah tak payah jawab pun. aku saja nak buat sesi interaktif dengan pembaca.

eh kalau tak dapat jawab, memang kita patut putuskan hubungan saja.

[...]

tadi di kedai mamak*, member aku tiba-tiba bawa keluar satu fakta ni secara spontan dan tak diduga;

"orang Melaka memang suka kahwin dalam keluarga sendiri kan? at least 2 pupu, atau 3 pupu-lah. kalau tak pun, kahwin dengan orang sekampung, tapi mesti Melaka jugak."

aku cuba kesan balik salasilah keluarga emak aku yang berasal dari Melaka.

datuk aku, seorang mualaf cina, kahwin dengan nenek aku, yang dulunya tinggal sekampung di pelosok Melaka mana entah. lepas kahwin, datuk aku pindah untuk membina perkampungan baru, lantas berjaya menamakan jalan memasuki kampung aku itu bersempena namanya. (walaupun takda kena mengena, aku nak tunjuk datuk aku ni hebat gila dulu)

dapatlah anak 5 orang. termasuklah mak aku.

Pak Long aku kahwin dengan orang Melaka. (bukti kedua, dan buat yang tertanya-tanya, bukti pertama tu datuk aku kahwin dengan nenek aku)

Pak Ngah aku pulak pun kahwin dengan orang Melaka. malahan, jiran sebelah kampung.

kemudian, memecah tradisi adalah tak lain dan tak bukan emak aku. dia memang dare to be different. dia kahwin dengan bapak aku, orang Johor. tak-lah jauh sangat dari Melaka pun.

diikuti lagi dengan Mak Teh aku yang kahwin juga dengan orang Johor, dan akhirnya Pak Cu aku kahwin dengan orang Melaka.

lepas tu, 4 daripada anak Pak Long aku kahwin dengan orang Melaka jugak, dan lagi satu kahwin dengan orang Johor.

dan 2 anak Pak Ngah aku kahwin dengan orang Melaka.

anak-anak pakcik makcik aku yang lain semua tak kahwin lagi. jadi statistik tergendala dan terpaksa dihentikan setakat ini sahaja.

jadi, dah berapa bukti semua tu?

nak tambah lagi, hari Ahad lepas aku balik kampung aku dekat Melaka untuk majlis perkahwinan kenalan keluarga aku.

cuba teka dia kahwin dengan orang apa?

kalau kau jawab orang Melaka, tahniah kau memang betul tapi agak sedih sebab kau dah membazirkan masa kau membaca entri tak berguna ni di samping mendapat pengisian tentang keluarga aku yang memang tak ada signifikan langsung dalam menjalani kehidupan normal kau.

lepas tu aku berfikir sejenak, kononnya seperti orang berfalsafah di kedai mamak itu*.

pernah dengar tak suatu stereotaip di Malaysia dimana orang Melaka ni kuat melatah?

aku rasa-lah, kalau betul orang Melaka ni kuat melatah, mesti sebab gen buruk hasil daripada perkahwinan sesama saudara atau sekampung yang mungkin mereka tak tahu pernah terhubung walaupun jauh.

bahaya tu. dalam Islam pun tak galakkan kahwin sesama sepupu sendiri.

jangan-jangan, aku pun kahwin dengan orang Melaka nanti!

ah, tapi aku redha saja.

*jawapan kepada soalan cepumas

Sunday, June 28, 2009

tengok, makan lagi!

semalam aku duduk di ruang tamu. kfc bucket terhidang depan aku. sedap dan mengiurkan. perisa baru yang sepatutnya pedas dan spicy, tapi lidah aku tak rasa apa-apa pun.

aku tak ingat cerita apa aku layan depan tv masa tu. tiba-tiba saja kakak aku datang menyebok, dengan selamba tukar channel.

masa tu, aku tak fokus. jadi aku tak boleh marah. aku ni jarang marah. kalau nak marah betul-betul, kena biar tumpuan terhadap objek tu 120%. daya tumpuan tu, adalah macam daya yang diperlukan untuk membengkokkan sudu menggunakan minda seperti Yuri Geller.

semuanya sebab aku tengah sms kawan aku dari hulu Perak menggunakan tangan kiri, sambil tangan kanan meratah peha ayam kfc.

beberapa minit selepas kejadian, aku masih melayan sms kawan aku dari hulu Perak. mak aku datang pulak, membebel tentang apa entah aku tak dengar.

aku masih tekun meratah ayam kfc, sambil menaip sms kepada kawan aku menggunakan tangan kiri.

selang beberapa saat, telinga aku pantas menangkap kata-kata sinis kakak aku.

"lelaki ni memang tak boleh multitasking, lemah betul! kalau tengah sms tu orang dekat sebelah jerit mintak tolong pun tak dengar"

tercekik aku tulang ayam kfc.

ke situ pulak dah.

disebabkan aku seorang saja jantan didalam rumah ketika itu, maka aku pun malas nak bertengkar.

aku tau aku boleh menang, tapi biarlah perempuan-perempuan yang ingat lelaki tak boleh multitasking berada dalam zon selesa mereka.

aku ada kenalan lelaki, yang boleh menonton movie, mendengar lagu di winamp, membaca manga di dalam window yang lebih kecil daripada window movie, membuat nota anatomy dan bercakap dalam telefon dalam masa yang sama.

lu berani lawan?

[...]

kakak aku yang baru pulang daripada tengok transformers;

"lama gila cita transformers tu! naik muak aku tengok! yang scene Megan Fox tunjuk body tu potong jerlah takda signifikan langsung. robot pulak sama jer tak menarik pun!"

kemudian dia sambung lagi,

"sama jer macam cerita Dark Knight, 3 jam tu memang melampau lah! plot berterabur macam apa jer. yang si joker tu mati jerlaa terus! orang ingat cita dah habis boleh pulak ada konflik baru!"

"macammana-lah korang boleh cakap best?" (merujuk kepada aku dan abang aku)

aku pelik lah spesis perempuan ni.

susah nak faham minat lelaki terhadap movie sebegini.

robot, superhero, dan awek cun adalah kombinasi paling ideal yang gerenti akan mencuri perhatian lelaki-lelaki sejati di luar sana.

titik noktah.

Saturday, June 27, 2009

untuk pihak yang berkenaan sahaja

aku ragu-ragu sedikit nak buat entri ini sebenarnya. tapi lantak-lah.

seperti semuaorang sedia maklum, aku memang benci terhadap sistem KTM di Malaysia. sebut sahaja KTM, perasaan aku terus berkobar-kobar. bukan berkobar-kobar macam lagu Vince tu. (tak berkobar-kobar pun kalau dengar)

tapi berkobar-kobar macam dalam adegan Khabi Kushi Khabi Gam, bahagian mak dia terdengar tapak kaki Shah Rukh Khan bila dia pulang ke rumah.

berbalik kepada cerita, selaku seorang warganegara Tanah Boleh yang tidak mempunyai lesen lagi walaupun sudah cukup umur, aku memang-lah selalu menggunakan pengangkutan awam untuk berfoya-foya di bandar KL. (disamping tidak menyumbang kepada global warming)

jadi setelah 8 hari aku mencium tanah Malaysia ini, agaknya adalah dalam berpuloh kali aku guna perkhidmatan KTM walaupun memang tak suka, tak nak dan tak segalanya.

iya-lah, tempat-tempat lepak member-member aku nak up jer, KLCC-lah, Pavillion-lah, The Gardens-lah.

aku cakap, lepak kedai mamak sudah-lah. tapi disebabkan oportuniti mereka untuk mengusha awek lagi tinggi di pusat-pusat membeli-belah terkemuka negara, maka aku pun terpaksa-lah menjadi lalang yang lenggoknya ditiup angin nafsu.

berbalik kepada cerita sebenar lagi sekali (kenapa-lah aku cepat terpesong sekarang ni, mesti sebab terlebih makan deghoyan), setiap kali aku sampai ke stesen KTM Subang, aku hanya perlu menunggu untuk lebih kurang, 3 minit, dan walah! tren pun sampai.

tak sempat aku nak habiskan pun lagu Sengenggam Tabah - In Team yang memang menjadi santapan telinga aku setiap kali menunggu KTM (lagu ni mengingatkan aku supaya sentiasa sabar dan tabah dalam apa jua keadaan, termasuk-lah menunggu KTM)

aku ingat, ok-lah. aku kasi can. hari ni mungkin hari aku. Alhamdulillah.

tapi untuk keesokan harinya, dan lusa kepada hari tu, dan tulat kepada hari tu, memang aku datang jer KTM, tren dah sampai.

macam minum Felix Felicis pulak dalam Harry Potter. (ish tahyul semua tu)

dengan itu, setelah berdebat dengan orang ramai selama sepanjang hidup aku tentang kelembapan KTM, aku nak menarik balik-lah apa aku cakap.

mungkin pihak KTM, akhirnya, telah memulakan gerak kerja untuk membaiki sistem KTM dari seribu satu aspek. walaupun agak lama bagi mereka untuk sedar akan cacat-celanya, aku nak bagi sokongan!

semoga kakak-kakak di kaunter tiket KTM semakin comel dan golongan gadis ayu bertudung Ekin menaiki KTM meningkat secara mendadak.

aaaamiiiiinnnn.

[...]

[.....]

sebenarnya, sebab LRT dah mula dibina di Subang Jaya-lah yang aku mula menerima KTM balik.

sebab tak lama lagi, jangan harap aku nak menguntungkan KTM dengan kembara aku merata Selangor dan KL.

bankrap-lah KTM macam ni setelah hilangnya lagi sebuah permata di lautan yang terbentang luas yakni aku selaku pengguna KTM yang aktif semenjak tingkatan 1.

kembali botak

bukan-lah apa, tapi setiap kali aku jumpa kaum-kerabat aku, mahupun kawan, mesti komen yang sama menyinggap di pinna telinga aku.

"nadhir! panjangnya rambut kau! pegi potong-lah!"

"eh ya Allah, APAKAH!?" sambil menggentel-gentel rambut aku tanpa tujuan.

sampaikan kawan aku, Megan Fox, dari INTEC cakap "AAAA! buruk gila rambut hang!! bak mai gunting aku kerat la ni!!"

jadi, walaupun hati aku berat dan akan menjadi semakin berat setiap kali umur aku meningkat, rambut yang sudah hampir setengah tahun tak potong, akhirnya ..

telah gugur jatuh bersepah di atas lantai marmar kedai mamak Famous SS19 (mewahnya kedai tu).

Friday, June 26, 2009

MJ saja bha

alahai manusia.

apa yang nak digemparkan sangat si Michael Jackson tu mati? kalau setakat tau lagu "thriller" dengan "beat it" jer tak usah la nak dikecoh-kecohkan dekat facebook macam MJ tu bapak saudara kau.

nak pay tribute lah, berkabung lah. kepala hotak kau.

album pun tak pernah beli. bukan sebelum ni kau orang tak ingat dunia kutuk MJ tu macam kacang lupakan kulit di samping menjadi pedofilia?

cepat betul berubah pendirian.

Dr. Fathi Yakan meninggal dunia ada kau sedar?

Wednesday, June 24, 2009

optimus prime!

sah-sah transformers movie paling best tahun ni. cgi dia power siot.

dahlah heroin dia memang menggoda iman.

[...]

dan tiba-tiba sahaja berlakunya ketumbukan pelajar-pelajar sekolah di KLCC semalam. pada hari Rabu. tak sekolah ke?

oh aku lupa.

H1N1.

sekolah di KL tutup.

member aku dengan selamba bodohnya pergi cakap kuat-kuat di lif KLCC sewaktu ada barisan pelajar sekolah rendah sedang beratur menaiki lif.

"weh banyak gila pembawa virus hari ni, mati doh semua dalam lif tu kena H1N1 nanti."

cikgu sekolah tu terus pandang slack dekat member aku.

pintu lif pun terbuka.

aku dan member-member aku masuk. sebab ingatkan budak-budak sekolah tu tak muat nak masuk.

salah jangkaan aku. kesemua 25 budak sekolah rendah tu boleh pulak muat dalam lif KLCC tu.

aku tengok member aku.

dengan muka yang pasrah, dia angkat tangan, berdoa.

p/s: maria sharapova kalah semalam dalam wimbledon. baru 2nd round. sedih tak terhingga aku.

Tuesday, June 23, 2009

bulan rejab dah masuk!

salam.

persinggahan aku di Dubai walaupun tak sampai 24 jam banyak mengubah perspektif aku tentang negara Islam UAE itu.

berbeza sangat dengan apa yang dulu aku lihat sewaktu tahun 2002 ketika aku bercuti di sana jugak.

sekarang ni, pembangunan terlalu pesat. debu bersepah. jalan raya memintas masing-masing. semuanya kelihatan, palsu. mana tak menjurus kepada pulau haba yang ekstrem. kepanasannya luar biasa. aku rasa macam boleh transform menjadi Super Saiya sudah.

masjidnya pula terlalu mementingkan nilai estetika (bukannya salah), tetapi jarak satu masjid dengan masjid yang lain seperti sepurnama perjalanannya. hendak dibandingkan dengan Mesir, masjid-masjid besar dibina bersebelahan antara satu sama lain.

sehinggakan waktu Solat Jumaat, boleh runsing memikirkan mana satu yang nak pergi.

drebar taksi aku pulak boleh cakap dengan bangganya Dubai ini memang sesuai untuk semuaorang termasuklah mat saleh-mat saleh seantero dunia. kadang-kadang boleh nampak orang bersolat di masjid dan kadang-kadang boleh nampak orang berbogel di tepi pantai. kononnya, semuanya boleh hidup harmoni di bawah satu bumbung.

aku pelik.

bukankah ini liberal namanya? kenapa pulak Islam yang perlu mengikut rentak perubahan dunia? bukankan dunia ini sepatutnya berkembang selaras dengan Islam?

kenapa, kita yang perlu tunduk kepada kemahuan mereka walaupun sudah jelas kita yang berada di jalan yang benar?

betapa banyaknya maksiat yang berlaku di pantai-pantai Dubai yang tertambak palsu yang sepatutnya dikawal oleh pihak mereka tapi dibiarkan berleluasa begitu sahaja.

dalam skop yang lebih besar, bangunan-bangunan pencakar langit pulak memang sudah melitupi ruang stratosfera angkasa. dengan Burj Dubai yang berdiri megah pada ketinggian 818 meter lantas menggugurkan Taipei 101 daripada menjuarai senarai bangunan tertinggi dunia.

gila memikirkan manusia berebut-rebut ingin mendapat gelaran itu. seriau jugak memikirkan tanda-tanda kecil hari kiamat sudah berlaku di depan mata. nasib baik sahabat aku mengingatkan aku tentang perkara tu sewaktu dalam perjalanan.

tatkala bangunan-bangunan pencakar langit mula tumbuh seperti cendawan lepas hujan.

terus rasa insaf seketika. betapa hina dan kerdilnya diri kita selama ini. sudah cukup ke amalan untuk dibawa ke neraca al-Mizan? sudah pantas ke kita menyeberangi titian as-Sirat itu?

ya Allah kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat.

Sesungguhnya Allah telah berfirman, bermaksud : “Pada hari datangnya sebahagian daripada tanda Tuhanmu itu (yang menjadi alamat hari kiamat), tidaklah berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya.” (Surah al-An’am, ayat 158)

[...]

sebenarnya, ini mesej ringkas sempena masuknya 1 Rejab. atau ta'zim dari segi bahasa yang lain.

bulan taubat. bukannya bulan-bulan lain tak boleh bertaubat. tapi ada istimewanya bulan ni kalau mengerjakan ibadah.

puasa sunat, contohnya. banyak fadhilatnya kelak waktu akhirat. dapat sayaplah, mahligai besarlah, macam-macam lagi. sebab tu sama-samalah kita bertaubat, dan menghambakan diri kepada Allah s.w.t. insyaAllah, sama-sama jugak kita masuk syurga yer.

sesungguhnya nikmat yang paling manusia sering alpa adalah masa lapang dan kesihatan. dan aku rasa memang betul pun. tengok saja aku waktu cuti ni. tak produktif langsung.

jzkk.

membaca Ketupat Cinta sambil mengisi perut dengan rambutan dan durian

kalau nak bandingkan kelembutan tekstur roti Malaysia dengan roti Rusia, ibarat membandingkan ikan-ikan belut di perairan Laut China Selatan, dan hati-hati ahli politik Malaysia.

[...]

kenapa pos aku kebelakangan ini berkisar tentang makanan sahaja? baca novel pun, hendak yang berkaitan dengan ilmu gastronomi.

[...]

ahh kalaulah aku gagal jadi doktor, jadi saintis teknologi makanan pun jadi-lah. macam yang keluar majalah National Geographic berkurun dahulu.

bayangkan, sudah ada mesin yang boleh setting nak telur kau masak sampai tahap mana. hanya perlu tekan butang, dan kau tunggu saja. contohnya, nak 1/8 masak. betapa malasnya orang itu.

[...]

teknologi dan manusia. masing-masing bergerak secara songsang. bayangkan graf dimana paksi X adalah kemajuan teknologi dan paksi Y adalah betapa manusianya kita. sudah tentu dapat graf inversely proportional.

aku tak heran kalau satu hari nanti robot yang menguasai dunia.

Monday, June 22, 2009

persinggahan

checklist makanan baru: popiah basah, yong tau fu, tau fu fa, soya, nasi ayam, apam balik, dan keropok lekor. sekali lagi gagal melawan nafsu sewaktu menjenguk ke pasar seksyen 17, yakni pasar kolej cemara/akasia.

untuk pengetahuan semua, kolej cemara/akasia dah banyak berubah. contohnya, ada court futsal baru di tepi blok 1. dan itu jerlah.

nostalgik sungguh bila singgah di cemara tadi. berjumpa dengan member-member ausmat, jepun, ALUK dan program-program lain. sekarang ni, musim kemuncak populasi di INTEC. budak-budak short course dan long course semua dah masuk. ini termasuklah budak-budak MEP. alhamdulillah, seperti biasa, terang benderang surau cemara tu dengan lambakan budak KISAS. memang sudah jadi tradisi agaknya.

tadi sebenarnya ada acara memecah rekod public speaking dalam pelbagai bahasa selama 52 jam. maka bersilih gantilah pelajar-pelajar german, jepun, rusia, timur tengah dan ausmat. penatnya nak taip semua nama program. itulah aku saja datang tengok sebab dapat jemputan abang ridhwan.

tapi lama sangat-lah, tak larat aku tunggu. banyak lagi benda aku kena setel.

prioriti utama, lesen memandu.

harap-harap dipermudahkan urusan mendapat lesen ini. insyaAllah senang aku nak bergerak kesana kesini, tanpa perlu bergantung kepada ahli keluarga aku. nak merenderk ke, atau pegi masjid, semuanya aku tanggung yer.

p/s: jumpa Sir Iz jugak tadi. makin macho. budak-budak Rusia contact-contact lah dia yer. serius dia rindu batch kita.

mari serbu kedai mamak

salam.

alhamdulillah akhirnya aku selamat sampai ke Malaysia. selamat menamatkan tahun pertama. selamat berjalan-jalan di Dubai. selamat daripada virus H1N1 walaupun belum habis tempoh seminggu untuk betul-betul pasti. dan selamat jugalah hal-hal lain.

sudah menjadi tradisi, bagi pelajar-pelajar luar negara yang sudah mengharungi 4 musim untuk menggedik seperti mat saleh dan kompelin tentang cuaca di Malaysia yang panas membakar. nasib baik, aku sempat singgah di Dubai seharian untuk suka-suka berjemur diri dibawah pancaran matahari 44 darjah celcius. jadi, takdalah aku merasa sangat perbezaan kepanasan ini secara mendadak.

maka semua tak perlu jeles kalau aku pernah main salji suhu -30 dan merembes peluh di bawah suhu 44. terutama untuk orang-orang di Malaysia, yang paling-paling pun hanya mampu merasai 33 darjah celcius. kalau pergi Cameron Highlands, itu lain cerita.

nak sambung cerita, balik-balik aku terus dapat makan sate daging, donat-donat Big Apple, tomyam Secret Recipe, chocolate banana cake Secret Recipe, Hot Wrapz Sunway Pyramid dan paling penting roti bakar dengan kaya.

nak best lagi, hari Ahad tu aku dipaksa balik kampung walaupun aku meronta cakap nanti aku dapat kejutan budaya (konon masih belum adaptasi dengan suhu Malaysia), tapi tak disangka-sangka, orang kampung semua buat tempoyak durian untuk aku.

macam hero balik kampung. mana taknya, durian semua digugurkan untuk aku. rambutan dan manggis yang tak masak pun terpaksa berkorban diri untuk aku. yang kurangnya cuma takda bunga api, dan orang nak mengarakkan aku atas buluh.

kalau tidak, memang boleh jadi adegan tipikal orang kampung berjaya sehingga ke menara gading lalu kembali semula ke kampung untuk berbakti dan membeli tanah-tanah lalu dibina kilang-kilang penghasil pencemar.

dekat kampung aku tu memang panas melenting, aku dah berpeluh sakan. tapi disebabkan motivasi diri yang tinggi untuk makan longgokan durian dan tempoyak, aku pasrah.

kembali kepada checklist makanan aku, selepas durian dan tempoyak, konfem-konfem aku dah makan kedai mamak. roti canai Melur dan teh ais sudah selamat dihadam oleh perut aku. dan selamat jugak keluar ke tandas kesayangan rumah aku.

so far, Malaysia masih tak menghampakan aku. yang aku risau sekarang ni, takut terlalu leka dengan semua hal ehwal duniawi ni. harap-harap, iman dalam diri masih teguh. memang susah bak kata seorang sahabat aku ni, bila takda bi'ah Islam yang manis seperti di Moscow/Intec dahulu.

kalau dulu, puasa sunat bersama-sama, masak pun bersama-sama, dan iftar pun bersama-sama. kalau nak solat, tunggu semuaorang dahulu untuk berjemaah. ucapan "davai" sering dilaungkan. dota ditinggalkan, fifa ditinggalkan, gewe pun ditinggalkan. semuanya bertujuan untuk menghambakan diri kepada Allah s.w.t.

ukhuwah yang erat, harapnya tak terputus. walaupun sekarang ni sudah berjauhan, aku harap mutaba'ah amal kita masih seperti dulu. malah kalau dipertingkatkan, lagi bagus. mana tau, tahun kedua nanti, ada muka-muka imam baru. kalau tak, muka yang sama jer. insyaAllah, semoga dipermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat.

jzkk.

Saturday, May 23, 2009

rezeki itu adalah anugerah

26/5: zachot latin, histo, bio
29/5: zachot anat (arteries dan veins satu badan)
5/6: final exam physics
10/6: final exam biology
16/6: final exam gen chem

doakan aku kejayaan dalam peperiksaan yang bakal menjengah ini. sesungguhnya rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

tugas kita adalah hanya untuk memaksimakan usaha sebab semua ini adalah fadhu kifa'i dan hasil yang paling penting sepatutnya adalah pahala dan ilmu yang kita dapat, bukannya markah yang diterima sewaktu peperiksaan nanti.


Ismailovsky Park, sebelum lecture terakhir bio.

[...]

18/6: balik Malaysia insyaAllah.

Monday, May 11, 2009

tahukah kau

kita asyik berteduh di bawah payung ego, tatkala gerimis nasihat turun dengan renyai.

nescaya, bila hujan teguran turun dengan lebat, payung itu akan patah?

tapi mengenangkan manusia, aku yakin payung itu hanya akan diubah suai, menjadi lebih teguh.

Saturday, May 9, 2009

hari ini, hari kejayaan.

bimbit hujah menjadi noda,
tersengguk kita dimamah dunia,
biar sebentar berdiam kata,
jangan selama menyimpan gempita.

nadhir adi azahar,
2138 bilik 726

aku ada falsampah aku sendiri kenapa aku tak pergi ke embassy hari ni untuk berparti dengan orang ramai.

Monday, May 4, 2009

ketibaan

sekarang ini aku hidup di bawah teduhan bonzai-bonzai gergasi.

masa untuk berpiknik.

Sunday, May 3, 2009

"Cinta itu suatu keasyikan", Faisal Tehrani.

filem Ketika Cinta Bertasbih nak keluar di bioskop negara jun ini! aku tak sabar sebab Bawang Putih turut berlakon.

harap filem ini nggak mengecewain kek filem Ayat-ayat Cinta.

normanya, filem berasaskan buku sangat mengecewakan.

tak boleh nak tuding jari juga. susah bagi produser untuk menggamit perasaan yang cuba ditimbulkan semasa membaca novel itu dalam masa 1 jam 30 minit sahaja.

sukses bagi filem ini ya.

untaian kata

kisah ini berlaku zaman dolu sewaktu member-member aku pergi melancong di suatu tempat yang sudah sesak dengan pelajar Malaysia.

setelah sampai disana, mereka dikejutkan dengan khabar berita bahawa seorang senior holier-than-thou ingin berjumpa dengan mereka.

tanpa berfikir banyak, mereka pun pergi sebab taknak membazir masa lagi.

mereka pun bergerak menuju ke tempat kediaman senior itu. secara logiknya, bukankah senior itu yang patut datang berjumpa dengan mereka memandangkan mereka sudah penat lelah datang dari jauh?

apa-apapun, mereka pun berjaya berjumpa dengan senior itu.

senior itu lantas merenung dari hujung kaki ke hujung rambut kesemua member-member aku ini. satu per satu dia teliti.

dia terkejut melihat gaya pemakaian seorang member aku ni.

kasut checkered hitam putih, jeans pulak skinny, berspek mata hitam dan baju ketat.

"wah, ini Kempis (bukan nama sebenar) ke ni?!", dia bertanya dengan riak wajah terkejut seperti waktu Amylea terkeluar OIAM 3 dahulu.

mungkin dia terkejut sebab member ini dahulunya seorang yang baik lagi peramah dan tidak pernah berpakaian sepeti ini.

kemudian bebola matanya beralih ke arah member yang lagi satu.

disebabkan rambutnya yang kelihatan berwarna coklat sedikit, tambahan pula dengan topi serta spek mata bingkai hitam, dia menegur dengan nada sinis, mungkin.

"haa, ini John kan?!" (ini dialog sebenar)

walhal sudah sedia maklum bahawa member itu adalah seorang anak Melayu sejati. masakan pula mengeluarkan nama Mat Salleh?

aku anggap mungkin disini dia ingin menegur member aku perihal rambutnya. yang sebenarnya memang warna semulajadi disebabkan gen-gen keluarga dia.

sekali lagi bebola matanya beralih, kali ini merenung tepat pada muka member yang ketiga.

tangannya dihulur, memohon untuk berjabat. namun, terasa lama pulak. tak dilepas-lepaskan.

"haa, ni pulak mestilah Khairil kan?! (bukan nama sebenar)"

yang ini, mungkin disengajakan. kerana dia tau si Khairil ni punyai gewe di tempat itu.

isunya sekarang ini, pendekatan seorang senior ini untuk menegur member-member aku ni seperti seekor ayam menegur itik.

untuk member aku yang pertama, takda salahnya pun bagi aku untuk berpakaian seperti itu. bukannya menunjukkan dia seorang skinhead yang bakal mencalarkan maruah bangsa ke apa.

sedap mata memandang, dan menutup aurat. ok-lah tu. apa yang terkesima sangat.

member aku yang kedua pula rasanya tak bersalah langsung. disebabkan rambutnya yang berwarna secara natural, tiba-tiba sahaja diberi jolokon nama Mat Salleh.

dan yang ketiga, aku takda komen. aku dah pernah beri pendapat aku dalam hal ni.

tapi yang aku nak tegaskan, senior itu tak mengenali member-member aku ni pun. apatah lagi bercakap sepatah perkataan dengan mereka.

maka bagi aku, teguran seperti itu terlalu agresif dan tidak kena pada tempatnya.

terkejut beruk member-member aku terkena sebijik di muka mereka seperti itu. terus, dendam kesumat lahir di hati dan teguran-teguran itu semuanya keluar di telinga kiri.

bayangkan saja, baru pertama kali berjumpa, terus ditegur seperti itu. first impression yang sangat buruk.

cuba kalau teguran itu berasas sedikit, setelah mengenali mereka dengan lebih rapat. dan teguran pula tidak bernada autoritif sangat. menggunung harapan untuk mereka menerima kata-kata itu seadanya.

ini sekadar peringatan untuk kita semua terutamanya diri aku. kalau nak menegur orang ataupun berdakwah, kenalah berhikmah dan kena pada tempatnya. aku tak salahkan sesiapa disini kerana aku yakin niatnya ikhlas lagi suci.

provokasi hanya akan menjauhkan mereka lagi.

Friday, May 1, 2009

awas

dulu masa tanduk aku mula tumbuh, ada jugak terdetik dalam hati aku nak buat satu blog macam gossip girl.

niat jahat nak sebarkan gosip terkini dan dedahkan gambar-gambar skandal budak first year.

tapi of course-lah aku tak buat. itu barang boleh bikin dosa x238923 ganda sampai ke liang lahad.

yang aku nak cerita ni, sekarang ni media dekat MMA agak panas dengan tertubuhnya blog ala-ala gossip girl yang dengan selamba badak mengutuk budak-budak MMA tak kira tahun ke berapa! (ada gaya Azwan Ali tak?)

dahlah aku macam ada firasat itu blog orang Melayu yang buat. memalukan bangsa sendiri jer.

yang lagi panasnya, kutukan dalam blog tu pulak berbau perkauman dan keagamaan. apa kes? macam takda modal lain jer nak kutuk. nampak sangat amatur.

come on-lah. lu orang tak profesional langsung. nak laser orang tu biarlah tajam dan sinis. bukannya menghamburkan semua kosa kata makian dan carutan dalam 7 bahasa.

macam debat menengah rendah jer.

dalam ilmu berhujah, hujah yang tajam ialah hujah yang pendek tapi kena tepat pada sasaran. hujah yang meleret panjang tetapi kena sipi-sipi boleh dikategorikan sebagai sia-sia sahaja.

[...]

debat uiam 2009 pun dah berakhir dengan kejutan sekolah menengah Islam Hidayah yang tak pernah aku dengar nama sebelum ni tiba-tiba masuk sehingga ke final untuk kedua-dua kategori, BM dan BI.

hambek kau. smap kajang, selaku juara bertahan yang masih menghantar pasukan juara yang sama pun kalah. mckk, rmc, dan mrsm taiping semua tewas.

kecewa lagi Cikgu Dolah nampaknya setelah 3 kali berturut-turut menghantar pasukan harapan, tetapi tetap kecundang. bilalah agaknya boleh mengembalikan zaman kegemilangan tahun 2004 sewaktu mrsm taiping menjadi johan debat uiam?

pasukan debat Inggeris pun lagilah tidak memberi kejayaan. tak sempat nak break pun sehingga ke double octos. prestasi paling teruk aku rasa memandangkan tahun lepas berjaya ke semifinal, tahun aku ke octofinals, tahun sebelumnya di octofinals dan tahun sebelum itu lagi ke quarterfinals.

aku saspek ni mesti sebab tukar cikgu debat baru ni. cikgu kementerian mana entah dia bawak masuk. aku datang hari tu pun tak kenal muka aku yang selalu melekat di jabatan bahasa.

sampaikan cikgu tu sanggup mengambil tingkatan 4 untuk bertanding dalam pesta debat mrsm minggu depan. satunya, mereka tak berpengalaman. patut seludup masuk dan dilatih bersama pasukan tingkatan 5 saja. keduanya, pasukan tingkatan 5 sudah berlatih sejak tingkatan 4 lagi dan sememangnya mereka yang wajar diberi penghormatan itu pada hemat aku.

bukankah tradisinya tingkatan 5 yang bertanding sementara tingkatan 4 memerhati dan belajar? melainkan pasukan tingkatan 4 itu memang terdiri daripada top 10 speaker UIAM takpalah.

aku takut generasi debat di mrsm taiping mula pupus, dan nama gah mrsm taiping selaku kuasa besar debat antara mrsm mula goyah.

Thursday, April 30, 2009

aramis

[1]

di saat aku menaip pos ini, liang-liang olfaktori hidung aku sudah cukup mual dengan aroma Klorox Rusia yang melekat di celahan jari aku sejak semalam. gara-gara kuah Kari Ayam Nadhir yang tertumpah ke atas baju putih aku.

semakin mual, apabila aku cuba menghilangkan bau ini dengan menyapu Nivea Moisturizer.

sekarang ni aku rasa dah bau macam minah-minah rempit Jalan Dooraisamy KL yang suka mencampur adukkan segala jenis minyak wangi yang mereka ada.

[2]

semenjak-menjak aku mula tak tidur selepas Subuh ni (subuh masuk pukul 4.40 dan habis pukul 5.40), aku tersedar dua perkara yang paling aku benci berlaku sewaktu aku tengah sarapan atau sahur.

pertamanya, disebabkan saiz tupperware Ashan aku seperti bontot babun di Zoo Taiping, maka agak susah jika aku hendak mengimbangkan sudu besi Ikea di sudut tupperware itu. jadi, dengan lambakan KosmoStars serta susu lembu Babushka 3.2% yang seringkali melimpah-limpah dari tupperware itu, sudu aku selalu bernasib malang dan tercelup didalam tupperware itu.

selalunya, aku tak suka basah-basah ni. jadi kalau sudu aku tercelup dengan susu, mestilah aku kena angkat dan selamatkan dia daripada terus lemas. lepas tu, memang habit aku pergi basuh sudu tu sebab aku taknak ada sisa susu melekat di jari aku dek susu yang melekat di sudu tu. kan banyak kerja dah tu nak kena pergi tandas pulak.

lagi satu masalahnya aku nak cari hujung sudu tu pun susah sebab aku taknak buka lampu bilik lantas menjejaskan kualiti tidur ahli bilik aku selepas Subuh.

kedua, selepas aku makan bijiran, selalunya aku akan menghabiskan sarapan aku dengan memakan beberapa keping roti yang disapu dengan Nutella ataupun Nutti Berperisa Susu (perisa baru). disebabkan tangan aku yang dah basah akibat mengangkat sudu besi Ikea yang tenggelam didalam tupperware Ashan aku yang berisikan Kosmostars dan susu lembu Babushka 3.2%, aku terpaksa juga mengambil roti yang sudah menjadi lembik itu akibat terlalu banyak menyerap molekul-molekul air di tangan aku.

aku tak suka roti lembik, dan plastik roti yang sudah basah. terasa macam sudah menternak koloni bakteria dengan jayanya.

[3]

selamat hari pekerja. terima kasih, sebab aku dapat cuti pada hari Jumaat yang bermaksud aku tak perlu jumpa Antonov untuk kuliah Fizik.

sekarang ni ada 2 pilihan. samada nak gerak ke Spring Festival untuk berlibur ataupun berdaurah di Hostel Kahov untuk program amal Islami Men's Day.

ataupun, bersikap introvert dan antisosial seperti pelajar perubatan yang tipikal.

[4]

nah, ini gambar patung Mamaev Kurgan di Volgograd yang dikhabarkan menukar gaya posenya selang 10 tahun.


jangan cuba cari aku dimana.

Tuesday, April 14, 2009

lif rosak

di ambang colloq histologi, aku serta ahli grup aku sangat bersemangat untuk stay di bangunan histo/anat untuk mengkaji slide-slide colloq. demi ini, lecture bio tidak dipedulikan seperti biasa.

sambil menunggu masa untuk lab dibuka, kami pun menelaah terlebih dahulu di muzium histologi di tingkat 5 bangunan itu.

punya masyuk belajar sampai tak sedar dah 1 jam masuknya waktu Zohor.

apa lagi, kami pun bergegas turun nak menunaikan kewajiban. ataupun sebenarnya nak hilangkan ngantuk.

nak jimatkan masa, kami naiklah lif di sebelah muzium tu. sebelum aku masuk lagi, aku dapat rasakan ada benda yang tak kena dengan lif tu. seperti ada aura hitam mengelilingi lif tu.

tapi aku pun masuk jer sebab ada 4 org. butang tingkat 1 ditekan.

ting.

sampai sudah di tingkat 1. tapi pelik, pintu lif taknak buka.

tekan punya tekan semua butang kat lif tu pun tak boleh. nak naik atas balik tak boleh. turun pun tak boleh.

adegan final destination 2 dan the mirrors mula terpancar.

semua panik. solat pun belum lagi. histo pun tak habis baca lagi.

terus, aku call member aku yang masih berada di muzium.

no network coverage.

serangan panik melanda lagi.

lepas dalam 10 minit, tiba-tiba dapat 1 bar network coverage.

cepat-cepat sms member aku.

"weh, kitorg stuck dlm lif. tolong panggil ohrana (pak guard) atau tekan butang lif tingkat tu biar dia naik balik."

mungkin dia tak nampak nada cemas aku dalam sms tu.

maka, dia hanya balas;

"tekan open..then keluar."

[...]

mungkin dia tak sedar kawan dia tak naik balik ke muzium selama hampir 30 minit.

mungkin aku patut sms, "S.O.S" kepada dia.

mungkin dia fikir ini kali pertama kami semua naik lif selama 17 tahun hidup di atas muka bumi ini.

Saturday, April 11, 2009

amarah sejarah

setelah luruhnya daunan iman,
baja-baja dosa mula disemai,
pada pohon kering di dalam taman,
sehingga cinta pada Tuhan terusai.

namun belum tercabar,
fitrah nodus akar,
yang masih menanti,
rimbunan daun kegembiraan,
dan masih menagih,
sinaran cahaya kebenaran,
malah masih menggamit,
bunga-bunga harapan,
moga redha Ilahi,
menitis bak embun di pagi hari.

pohon yang kering,
bakal bertapak kembali,
mencorak bunga seiring,
mewarnai muka bumi.

nadhir adi azahar
1042 metro krapotkinskaya

gejala spek hitam

musim panas semakin dekat. matahari kini sudah tiada tahi mata. orang Rusia yang selama ini diselubungi kelam malam, mula bersorak gembira.

jaket musim sejuk dibuang. sarung tangan disimpan dalam laci. aksesori-aksesori musim sejuk lain juga disimpan. dikunci. dan ditanam kuncinya. sehingga berputik kembali saat salji mencium bumi. baru dikorek semula. kunci itu.

spek mata hitam mula dikeluarkan. baju yang lebih seksi mula digayakan.

fesyen berubah. mengikut musim. kalau tinggal dekat negara 4 musim-lah. ada winter, autumn, spring, dan summer. pertambahan bajet kalau ada yang diperuntukkan untuk fesyen.

kalau tinggal di Malaysia, tak usahlah berfantasi untuk mengikuti transisi fesyen mengikut musim ini. mungkin, boleh.

mengambil kira musim tengkujuh, musim biasa, kemudian musim tengkujuh balik.

malangnya, corak fesyen yang berubah, hanyalah baju hujan.

tapi macam biasa-lah. aku sedang membincangkan tentang orang Malaysia. di KLCC pun pakai snowcap ya? kalau di kedai mamak, berpusu-pusu menayangkan sweater terbaru. walhal, makan tengahari saja.

pernah sekali cikgu Rusia aku memberi komentar terhadap fenomena itu. malu, sekelas. mungkin sebab diri sendiri pernah terlibat dalam gerakan fesyen itu.

tapi aku tak pernah. jadi aku tak malu. seuncang pun tidak.

antara perkara lain adalah apabila ramai, terlalu ramai, yang suka menggayakan spek hitam mereka, yang aku yakin hanyalah barangan tiruan, dalam kawasan berbumbung (indoor).

kononnya nak bergaya. bergaya bodoh adalah.

matahari tak ada. tak perlulah nak berlagak dengan spek hitam palsu kau. tak cool-lah. jauh daripada cool kalau itu yang kau cuba perakukan.

ibarat, kau hendak pergi menuai padi, tapi dengan memakai jubah graduasi universiti kau.

kalau aku tak kenal kau, maka aku tak kisah. tapi tolong jangan buat depan aku. sebab aku akan rasa meluat yang teramat.

aku tau ramai member aku yang buat macam ni, tapi ini sekadar peringatan supaya kau tak rasa malu, ataupun diperbodohkan dihadapan orang ramai kelak yang sudah lama sedar akan benda ini.

ingat! secara logiknya, kau hanya boleh pakai spek hitam kalau berada di kawasan luar, itupun sekiranya matahari sedang terik, ataupun kau seorang yang buta.

Friday, April 10, 2009

tewas dengan nafsu makan

selepas beberapa bulan tak makan makanan laut (kat moscow, makanan laut mahal gila sebab jauh dari laut), aku dengan member aku pun buat keputusan nak makan dekat suatu restoran yang boleh tahan harga dia di stesen metro Mendeleevskaya.

kat sana, memang aku gagal melawan nafsu makan. membuak-buak macam gunung berapi. tak pernah aku rasa begitu teruja melihat semua makanan laut tu. konsep dia adalah bufet sekali ambik sahaja dalam suatu pinggan merah berharga 279 ruble.

jadi teknik dia adalah kau kena timbunkan banyak-banyak makanan tu. kena pandai buat piramid lah. aku pulak macam pakar dah buat benda-benda ni.

serius, aku boleh mati on the spot tengok semua makanan tu.

lepas makan semua dalam 2 jam, aku dilantik menjadi kawan baik syaitan setelah melakukan pembaziran yang teramat.

pastu baru teringat nak istighfar kepada Allah.

alahai, goyahnya iman aku. ampunkan dosa aku ya Allah. sebagai tanda kecewa dengan diri aku sendiri, aku tidur dari stesen metro Prospekt Mira sehingga Belyaeva.

aku terbabas metro sebenarnya. biarlah.


nafsu makan menggunung.


selepas 1 jam 15 minit.


akhirnya, selepas 2 jam.


namun, ada juga yang tertewas.


air basuh tangan pun hirup sekali.

Thursday, April 9, 2009

bersih

malaysia nampaknya masih ada harapan.

perdana menteri baru kita nampaknya telah membersihkan kabinetnya daripada ahli-ahli yang kotor, malahan tidak mengambil satu pun yang terlibat dalam apa-apa aktiviti gelap.

ni termasuklah encik KJ kita! dibandingkan dengan encik MM, sudah tentu yang kedua itu lebih layak.

dan perasaan gembira aku bercampur dengan perasaan bengang apabila Noh Omar masih berada di dalam kabinet, walaupun ditukarkan kepada kementerian lain yakni Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

aku memang tak cukup suka dia, memandangkan aku ada sejarah hitam dengan dia waktu perjumpaan UMNO bagi pelajar-pelajar MARA sebelum terbang dahulu.

perjumpaan yang bagi aku, memang penuh dengan karut marut hasil sogokan ucapan-ucapan orang-orang kuat UMNO. antaranya, Noh Omar.

ada ke berlakunya satu situasi yang aku rasa agak bodoh dan tak patut dilakukan oleh seorang menteri. dia tanya soalan kat budak ni, kononnya sebagai seorang panel temuduga, "do you have any weakness?"

dan budak tu dengan lurusnya pun jawab-lah, "yes, i do have weaknesses yadayadayada.."

lepas tu tiba-tiba Noh Omar cakap, "if i were the panel, you would have immediately failed the interview!"

suasana dewan yang dibanjiri lebih daripada 1000 orang menjadi tegang.

alasan dia, sepatutnya budak tu tak payah cakap dia ada kelemahan. dia kena yakin dan menjadi kamil dan syumul bagi panel itu.

kepala hotak kau. manusia mana dalam dunia ni sempurna? yang takda kelemahan? perlu diingatkan semula, kita selaku hamba Allah yang hina lagi lemah tidak maksum ya.

bagi aku, tak salah kau jawab kau ada kelemahan. bagi aku, tu menunjukkan sifat kau yang jujur, dan sanggup belajar daripada kesalahan.

kalau kau jawab yang kau takda kelemahan, bukankah itu terlebih yakin? yang hanya akan menampakkan imej sombong terhadap panel?

boleh jer nak cakap daripada kelemahan tu kita boleh tukarkan kepada kekuatan.

yang Noh Omar buat, dia pergi memalukan budak tu dalam dewan yang dibanjiri lebih daripada 1000 orang yang bakal terbang ke 5 buah negara yang berbeza.

itu baru satu kes. banyak lagi hujah dalam ucapan dia yang aku rasa tak feasible langsung dan senang sangat nak dibidas.

dengan kemarahan aku yang membuak-buak tu, aku memang nak rampas mikrofon kat tengah dewan tu terus. dah siap fikir, nak cakap dalam BI ke BM. kalau cakap BI, takut laju sangat dia tak faham. kalau cakap BM, takut tak dapat cari kosa kata sesuai.

maka, sedang aku sibuk menyusun ayat dalam kepala, tiba-tiba ada sorang pelajar wakil Taylor's College bangun dan memberi pendapat dia. dan pendapat dia, sebijik macam apa yang aku fikir.

dari kisah kelemahan interview tu, sehinggakan isu hak orang Melayu dan mobiliti ekonomi orang Melayu. semuanya habis dia muntahkan dekat Noh Omar tu.

kira, aku respek habis-lah kakak tu.

tapi Noh Omar pun takkan nak duduk diam jer macam pokok, dia pun bidaslah balik dengan hujah yang boleh tahan bernas tapi masih nampak bias.

itulah sejarah aku dengan Noh Omar. takda-lah apa sangat pun. kadang-kadang, aku rasa, baik aku yang jadi menteri tu dan sebarkan ideologi aku.

marilah ramai-ramai kita praktiskan nadhirisme!

[...]

aku dengar kakak tu kena paksa jumpa Noh Omar lepas habis sesi tu. agaknya nak brainwash lagi kot. tak cukup dengan ceramah 8 jam dan BTN seminggu yang buat telinga aku berdarah jer.

[...]

yang buat aku lagi tergelak, Datuk Noraini Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Sumber Manusia tu pun kena buang.

dia yang semangat dok kasi budak-budak rusia ni ceramah dalam perjumpaan Surviving Soviet tu dulu.

tak ke mana semua tu nampaknya.

Tuesday, April 7, 2009

surat kedua

ke hadapan adinda,

lembaran kali ni pendek saja. sebab kakanda kecewa-lah. adinda tak pos pun lagi novel Saasatul Ibaad. dah berjanggut kakanda tunggu dekat sini. tengok apa jadi. Faisal Tehrani dah keluar buku baru dah.


kakanda tak kisah. adinda kali ni mesti pos buku ni jugak. tak kisah-lah walaupun lagi 8 minggu kakanda nak balik.

kalau tak sampai buku ni dekat bilik kakanda, kita putuskan hubungan!

Yang Sudah Mencapai 50kg dan BMI ideal,
Nadhir.

selasa yang tak selesa

*kemaskini: woah menang di dua bukit. tak terkejut pun sebenarnya.

hari selasa bagi aku sudah seperti mendekati hujung minggu. pertama sekali, sebab kelas mula dari pukul 9.00 a.m dan habis pukul 5 p.m. hari-hari esok pula, kelas hanya beberapa kerat dan tidak berapa menggunakan otot soleus dan biseps.

maka jika aku selamat sampai ke bilik, kira sudah lepas satu tanggungjawab yang amat besar bagi aku.

selalunya, aku akan terkinja-kinja apabila aku sampai ke rumah sebab aku tahu ada orang yang sedang menunggu aku. macam isteri menyambut suami pulak.

malangnya tak. aku tak kahwin lagi dan aku terpaksa masak sendiri.

ni yang tak sabar nak kahwin.

berbalik kepada cerita, orang yang menunggu aku tu sebenarnya adalah Claire Bennet "Heroes", Serena "Gossip Girl", dan Robin "How I Met Your Mother". (ini cue untuk kau masuk jadi awek aku sekiranya taknak aku terus berada dalam delusi)

ya-lah, hari Selasa biasanya hari uploader-uploader torrent ini meng-upload torrent-torrent siri ini.

jadi aku pun bergegas ke meja laptop, tanpa menanggalkan stokin busuk 3 minggu, dan jaket tak berbasuh 5 bulan. (ada orang basuh jaket winter ke?)

punat tetikus ditekan ke ruangan tab browser firefox. satu-satu aksara bagi laman web mininova.org ditekan.

dimasukkan pula perkataan "gossip girl". gagal menemui apa-apa.

diteruskan pula dengan "how i met your mother". gagal sekali lagi.

hati dah mula remuk. muka dah nak monyok.

berbekalkan azam setipis lapisan ozon bumi sekarang, aku menaip pula "heroes".

ah, nasib baik. Claire Bennet masih mencintai aku.

[...]

hari ni gembira jugak, bila dapat berita tentang tanah air. walaupun waktu control Latin.

alhamdulillah, menang satu, kalah satu. lagi satu, kena tunggu.

Sunday, April 5, 2009

"Any problem on Earth could be solved, with a careful application of high explosives. The trick is, not to be around when they go off.", Valkyrie R5.

eksperimen bahasa ruski

lawak sial tengok orang lain yang tak reti satu haprak ruski cuba menyebut perkataan-perkataan ruski.

nadhir: я понимаю: i understand
Syasya Khalid: cis2
Syasya Khalid: sebut dia camner?
nadhir: ya panimayu
nadhir: kalau kau baca
nadhir: kau sebut apa
Syasya Khalid: nonmau
nadhir: kalau ni --> русская программа
Syasya Khalid: pikar porpama
nadhir: хахахаx
nadhir: hahahah*
nadhir: ruskaya programma lah

masa itu perak

wah tengok ini jam shinsoku dari tokyoflash. walaupun aku bukanlah seorang penggemar jam sangat, tapi aku tak kisah kalau ada orang bermurah hati nak kasi aku jam shinsoku ni.

aku biasanya redha dengan jam Casio RM30 Carrefour (pasar malam melampau-lah) yang telah dibaiki lebih dari dua puluh enam kali.

tapi jam kesayangan aku selama 4 tahun tu dah hilang sebelum aku terbang ke Rusia.

ya, sekarang aku takda jam tangan. dan aku kagum macammana aku boleh survive sampai sekarang hanya bertemankan jam handphone.

padahal semuaorang tahu, aku seorang yang sangat mementingkan masa, dan jarang-jarang lewat dalam apa-apa perjumpaan.

kiranya, konsep fizik masa "Jam Melayu", tak boleh gunapakai dengan aku-lah.

tidbit

antara dialog menarik sewaktu sesi ISK dahulukala.

[1]

Naqib: Kalau dulu, Sumayyah tau ke apa yang dia akan dapat walaupun didera/seksa bagai nak rak demi menegakkan agama Allah s.w.t?

Sahabat: Dapat lagu.

[2]

Naqib: Bagitau aku skit sapa yang memang betul-betul suka sejarah?

Sahabat: Herodotus.

Saturday, April 4, 2009

konsert af7 minggu ke-4

pertama-tamanya, tolong jangan ingat aku fanatik af yang mengikuti setiap perkembangan pesertanya sejak mulanya ujibakat.

disebabkan masa lapang yang ada, tambahan pula duduk di luar negara, memang pilihan kau untuk berseronok sangat terhad. sebab tu aku mula terjebak dengan siri-siri realiti tv seperti AF dan OIAM. ya, tak usah dikhabarkan lagi. aku tau benda ni semua lagho. tapi itu cerita lain.

jangan ingat siri seperti ini membosankan. sebenarnya seronok jugak. tengok gelagat orang-orang terperangkap dalam satu rumah. mereka sama jer macam beruk dalam zoo. semuanya bersaing nak mencapap dan berebut perhatian pelancong-pelancong demi mendapatkan pisang emas yang sedap. dalam kes ini, undi-undi simpati daripada makcik-makcik/kakak-kakak/cik bedah sebelah rumah dll.

jadi, antara perkara yang agak panas-lah berlaku minggu ini, adalah apabila Cik Fatty, antara tenaga pengajar AF, dan juga emak kepada pelakon perempuan yang telah membotakkan kepala demi lakonan layar peraknya, telah bersuara dengan lantangnya ketika sesi kritikan.

ada ke tiba-tiba jer dia bangun dari tempat duduk penonton dan menyatakan dengan tegasnya bahawa AF ini bukannya pertandingan menyanyi, tetapi sebagai platform mencari penghibur yang berkualiti. pernyataan tersebut dibuat sebagai respons kepada juri-juri yang telah menghentam pelajar kesayangan dia, yakni Aril, yang turut meraih perhatian persatuan shuffler satu Malaysia.

come on-lah. kalau nak cari penghibur yang berkualiti, suara mestilah sedap jugak. ni tunggang-langgang pitching nak kecoh apa (amy search yang cakap, bukan aku). dan tak payah-lah tiba-tiba nak mencapap satu dewan dengan English kau yang mantap tu.

aduhai, tak profesional langsung. dahlah memalukan juri dan astro. aku pun terus hilang rasa hormat untuk dia. cara dia cakap tu pulak, membuak-buak dengan autoriti. ibarat juri tak reti buat kerja jer.

itulah, nak sangat menegakkan benang yang dah basah kena larut dengan minyak.

kalau dah tau budak tu empunya vokal yang tak begitu mantap, tak payahlah nak ambik sejak awal lagi.

tengok OIAM, vokal semua peserta macam insane gila. amylea, esther, tomok, aweera dll. sampai syafinaz cakap patut semua menang terus jadi juara. baru berkualiti macam tu.

AF oh AF. macammana-lah kau boleh bazirkan masa dan duit berjuta penduduk Malaysia walhal pelajar-pelajarnya macam sedang menyanyi dalam tandas sahaja.

ayuh, kita layan Akademi Nasyid pulak. lupakan semua perkara lagho itu. dan Cik Fatty yang telah memalukan dirinya sendiri.

Wednesday, April 1, 2009

mataharicuti

  • Njh : If the sun is matahari, then hari buka mata in the morning and closes at night.
  • Nzm : Hehe. Genius lah ko.
  • IqblY : Kalau telingahari?
  • Azhar : Tak fhm.
  • AR : Bijak. So if cuti is makan angin everytime kita lupa tutup masa menguap boss/lecturer kena bagi cuti
  • (Still waiting for Nadh's replyyyy)
matahari dah lama tak keluar-lah! aku rasa matahari sini buta. ataupun banyak sangat tahi mata sampai tak boleh buka.

Sunday, March 29, 2009

lubang hitam

siapa sangka? Earth Hour telah menjadi sambutan berbilion orang seluruh dunia. yang menakjubkan aku, Moscow, selaku penyumbang terbesar kepada global warming turut menyertai gerak kerja menyelamatkan alam sekitar ini.

bayangkan saja, Moscow State University ditutup lampunya, termasuklah The Seven Sisters-nya. aku cukup bangga. cuma jauh di lubuk hatiku berharap agar Gum dan St. Basil Cathedral juga ditutup lampunya. tahun depan, mungkin.

yang di Malaysia pula, bukan main hebat lagi sambutan dia. walaupun tak setanding Jom Heboh, tapi ini pemangkin yang bagus bagi permulaan yang mantap. buat pertama kalinya, lampu-lampu neon yang gilang-gemilang pancaran dari Petronas Twin Towers yang megah telah berjaya ditundukkan, semuanya demi alam sekitar.

tapi ada juga yang masih bersikap indifferent, apabila konsert AF itu menjadi prioriti utama. patut gelapkan sahaja dewan konsert tu sekali. terus menghapuskan segala perkara lagha yang terwujud daripada konsert itu.

apa-apapun, tahniah kepada yang turut serta tak kira dimana anda berada. aku di Moscow, hanya boleh menutup lampu bilik senior di Kahov selama lebih kurang 20 minit, dan itupun untuk tayangan video ISK. yang penting, kita dah naik atas gerabak Metro itu yang sedang menyelamatkan dunia.

perasaan aku nak balik Malaysia dah membuak-buak sekarang. bukan sebab homesick. jauh sekali.

tapi sebab aku fikirkan, terlalu banyak event yang telah aku terlepas daripada menghadirinya. contohnya, Earth Hour ini. International Balloon Festival. Perhimpunan Besar-Besaran PPSMI. Mogwai datang ke Malaysia. Penerimaan anugerah SPM di maktab tercinta. IIUM debate. Perkahwinan sepupu aku. Harijadi abang, kakak paling tua, kakak muda sikit, bapak, dan emak aku.

masa, cepatlah berlalu.

Moscow State University.

Shabolovskaya Radio Tower

[...]

namun kalau setakat menutup suis elektrik anda selama 1 jam, dan lepas tu dilupakan sahaja dan segala kegiatan anda masih menyumbang kepada kerosakan alam, takda gunanya jugak.


Thursday, March 26, 2009

ponat eden

dan yang terjijik dan tercemar dengan kekotoran rasuah menjadi pemenang.

yang bersih, suci, lebih berwawasan, dan semestinya meletakkan hal ehwal rakyat pada prioriti utama pula, kalah.

kalau yang menang sebagai perwakilan pun sudah kotor, bagaimana hendak menyucikan yang lain?

ibarat pencacai najis yang ingin beristinjak, tetapi dengan menggunakan najis yang baru sahaja dicacai.

Wednesday, March 25, 2009

sisa-sisa terakhir demokrasi

maka semua tuli telinga akan tertutup. dan pandangan mata iris ditumpu secara paksa.

ini bukan igauan, dan menjadi sukar untuk kita melangkaui kegelapan itu.

tindakan KDN mengharamkan penerbitan akhbar alternatif no 1 di Malaysia, yakni Harakah dan Suara Keadilan, selama 3 bulan memang tidak wajar. di saat 3 pilihanraya kecil, apa yang tinggal untuk para pengundi hanyalah sistem diktator yang jauh lebih teruk daripada zaman Tun.

di mana demokrasi?

dengan melumpuhkan salah satu kuasa media terbesar parti alternatif, bukankah ini sudah menjadi zalim?

takkanlah semua orang terpaksa mendamba harapan palsu pada berita-berita utama yang seringkali diselewengkan daripada kebenaran.

di mana kebebasan bersuara?

daya dan kudrat sudah menghilir. berpaksikan apokalips, terkuncup sudahlah sisa demokrasi di Malaysia.

Tuesday, March 24, 2009

perspektif

Yang kita dengar bahasa Melayu ini tidak cukup kuat untuk memberikan rezeki, apa ini? Yang memberikan rezeki itu Tuhan bukan bahasa. Dan ini adalah dosa-dosa bahasa orang-orang yang mengucupkan bahasa ini - Datuk A. Samad Said

"no news is the best news", Yuri "Herostratus", menerangkan tentang "neo", Kelas Latin.

Sunday, March 22, 2009

"why meet only to separate?", Afdlin Shauki, Sepi 2008.

"hidup ini memang palat, tapi esok masih ada", Kami The Movie.

5 tahun lagi saja

kalau hendak melurutkan perasaan ego seorang rakyat Rusia yang memuncak tinggi sehingga langit ke-7, setempayan nasihat dan segalung maaf melalui lembut tutur lidah atau dakapan mesra belum tentu membuahkan hasil.

tahniah kepada kawan-kawan aku yang telah diragut/dirompak sepanjang menerusi liku kehidupan di Rusia ini. sudah menjadi resam manusia, ada yang diragut, ada yang meragut.

sesungguhnya Allah s.w.t telah memberi nikmat ujiannya kepada kamu semua. bersyukurlah dan tabahlah menghadapinya.

hari baru

kerap selalu dulu,
aku lelah memburu,
jelma maya nafsu,
dan malai tari Iblis,
kerna jayanya persis,
hanya berbalik sifar,
yang berolok gusar.

nadhir adi azahar 1251,
ulitsa Volgina, Moscow.

Saturday, March 21, 2009

"Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa, tapi kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai.", Shah Rukh Khan, India Today.

mengikut laporan India Today, Datuk Shah Rukh Khan sebenarnya telah memberi kenyataan berhubung penggantungan Ali Rustam daripada bertanding jawatan no 2 UMNO. terkilan kononnya, sebab kerajaan negeri Melaka yang telah memberi anugerah kepada dia.

bersependapat dengan KuLi, dia memang jelas menyokong Ali Rustam walaupun seizhar mana politik wang beliau.

sampaikan dia berhasrat untuk menukar set penggambaran selama 3 saat yang sepatutnya dirakamkan di Bukit Katil kepada Geneva sekiranya Ali Rustam tidak diberi peluang bertanding.

aduhai Shah Rukh Khan. hebat jugak orang UMNO ni ambil ahli dia, sampai ke India dapat direkrut.

[...]

ayuh mengimarahkan seminar fiqh perubatan Islam moden di kedutaan Malaysia petang ni yang bakal disampaikan oleh Ustaz Al-Kuliyyah kita iaitu Ustaz Amin.

Friday, March 20, 2009

bajet mara

kelihatan bonjol besar di permukaan poket jeans aku. wallet Polo tebal. muka bersinar-sinar menuju ke Kievskaya.

sekarang takda sapa boleh halang aku untuk membeli iTouch/iPhone. apalah sangat nak dibandingkan dengan belanjawan MARA terkini.

ada ke MARA pegi beli sut angkasawan Syeikh Muszaphar tu yang berharga RM 450,000? itu memang sah pembaziran duit rakyat tahap mokhsha.

naikkan elaun takpa lagi. kalau tak pun, derma kat Palestin.

MARA terus mara.

Thursday, March 19, 2009

merjan kemaluan

cuaca gelap seperti biasa. matahari, masih malu-malu. kelopak mata gagal melawan tarikan graviti. sendi-sendi jari terus menjadi longlai. meja keras kelihatan seperti bantal empuk untuk menyandarkan kepala.

ibarat antihormon adrenalin. kelas Bahasa Rusia adalah kroni kebosanan. begitu mencabar iman.

aku mencapai stok makanan aku dalam beg. ini masa terbaik untuk aku makan. kadar dirembat adalah rendah.

roti yang telah disapu Nutella menjadi jamuan aku ketika itu. dengan rakus dan gelojoh, aku makan dibelakang semua orang. renungan tajam Margarita menyebabkan aku hampir tercekik.

aku tidak sedar, dari tubir tindak aku, ramai yang terjaga daripada buaian mimpi mereka.

"woi, apehal kau kunyah kuat gila?"

aduh. provokasi seperti ini yang buat aku melatah.

rupa-rupanya, selepas diskusi dan musyawarah, aku dapat tahu yang aku sebenarnya mengunyah makanan sambil mengeluarkan desibel yang layak dikategorikan dalam pencemaran bunyi.

dan sekarang ni, semuaorang tak habis-habis buat muka bodoh dan mengunci mulut setiap kali aku nak mula makan.

come on, aku boleh selamatkan diri dengan kunyahan yang kuat. contoh, ada awek tak cun/minah rempit yang berkenan dekat aku. mesti dia hilang minat terus terhadap aku sekiranya dia dengar aku mengunyah roti canai dengan kuat.

dan kalau ada jamuan beramai-ramai bersama-sama orang yang tak dikenali, dengan mudahnya aku boleh mendapat publisiti.

semoga kita terus mengunyah demi kesejahteraan mulut.

Sunday, March 15, 2009

burrpday

selamat hari jadi Alia! semoga geng kanak-kanak liar terus berkembang maju ya.


serbuan dibuat selepas selesainya solat maghrib.

ulasan PPSMI

semenjak-menjak aku menggantung banner bantah PPSMI di kepala blog tu, ramai pulak yang menanyakan kenapa. ada yang tidak berapa setuju dengan aku, ada jugak yang enggan memberi komen terhadap situasi sekarang.

sampaikan waktu anatomy, membahaskan tentang isu ini.

isu PPSMI ni sebenarnya isu bahasa dan bangsa kita. mungkin boleh juga menyelitkan sedikit isu pendidikan. persoalan pertamanya, kenapa kita perlu ubah Akta Pendidikan dengan PPSMI walaupun sudah jelas kejayaan yang dikecapi oleh pelajar-pelajar dengan menggunakan bahasa Melayu? dimana lubuknya aku pun tak dapat kenalpasti.

kita lihat negara seperti Korea Utara, Jepun, Perancis dan Jerman. contoh tipikal, tapi harus dibangkitkan. negara-negara ini tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris dalam pembelajaran subjek-subjek Sains mereka. tapi mereka mampu berjaya. sehinggakan pemenang Nobel bagi Fizik adalah 3 orang saintis Jepun. dan sudah tentu tesis mereka dalam Bahasa Jepun.

tak puas hati aku pakai negara dunia pertama? ok tengok negara Indonesia, Skandinavia dan Eropah Timur. maju apa daripada Malaysia. guna jugak bahasa ibunda masing-masing. tidak mengalami permasalahan pun dalam pembangunan intelektual masyarakat masing-masing. wikipedia Bahasa Indonesia pun mencatatkan jumlah artikel sebanyak 100,000 lebih. wikipedia Bahasa Melayu? hanya 30,000 lebih.

kenapa negara Malaysia pulak yang rasa bahasa ibunda itu tidak cukup untuk kemajuan? adakah selama 37 tahun Akta itu dilaksanakan tidak mencukupi? tolong beri aku bukti empirikal baru aku tutup mulut.

yang sebenarnya PPSMI ni telah dilaksanakan secara tergopoh-gapah. tiba-tiba sahaja kerajaan membuat pengumuman pada 2003 untuk menjalankan sistem ini. pelajar-pelajar, tidak ditanya. guru-guru, lagilah. kuasa rakyat diperlekehkan begitu sahaja.

tengok sekarang ni, semua kesatuan guru dalam Malaysia membantah PPSMI. perhimpunan raksasa 7 Mac pun menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak berpuas hati dengan perlaksanaan PPSMI ini. sampaikan SN A Samad Said yang terkenal dengan dasar tak berkecuali turun ke padang untuk memperjuangkan hak bahasa kita. sampai kena gas pemedih mata dek polis pengganas. begitu hebat pengagungan bahasa pembunuh sehingga 100,000 rakyat "cedera".

kalau begitu, penat lelah sahaja tokoh pemimpin kita pada masa dahulu memperjuangkan soal bicara Bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh dimajukan dan telah memajukan bangsa pada ketika itu melalui persuratan. kalau kita nak ubah apa yang telah sejarah tunjukkan, baik tak payah belajar sejarah waktu sekolah menengah.

yang kaburnya juga adalah modus operandi PPSMI ini. adakah misinya hendak meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, ataupun bidang teknologi secara amnya? yerlah, kononnya pada peringkat universiti nanti, pelajar-pelajar yang telah belajar bidang itu dalam bahasa Melayu akan tergapai-gapai memahami teks-teks dalam buku bahasa Inggeris itu.

ini sekaligus membawa kepada penguasaan bahasa Inggeris kita. benda ni sejajar dengan satu sama lain. sebab tu diwujudkan subjek English for Science and Technology. ramai pulak golongan pro-PPSMI ni yang enggan membawa subjek EST tu ke medan perbahasan. sudah jelas ada subjek itu, supaya pelajar-pelajar fasih dengan istilah Sains dalam bahasa Inggeris yang kononnya begitu kompleks sehingga pelajar membunuh diri.

tetapi nak jugak laksanakan PPSMI.

yang patut diteliti semula adalah subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. kalau sejak darjah 1, guru-guru bahasa Inggeris sudah mula mengajar dengan betulnya, mengikut silibus dengan kesemua kes tatabahasa dan bukannya mengamalkan konsep "english for fun learning", mestilah pelajar-pelajar mampu berbahasa Inggeris dengan mantap.

aku ambik contoh program Rusia. belajar bahasa asing di INTEC hanya 7 bulan. tetapi cikgunya mengajar dengan betul. satu per satu diterangkan. 6 kes tatabahasa yang patut dipelajari, semuanya telah dikuasai. bukannya kami belajar 24 jam jer, sempat lagi menyanyi dan berlakon sehingga boleh buat konsert di kedutaan Rusia. sampai ke Rusia, semuaorang kagum dengan kelancaran kami berbahasa. "fun learning" jugak.

kemudian ambik contoh kami belajar bahasa Latin di Rusia untuk mengenal pasti terminologi perubatan. boleh saja kami hidup dengan menggunakan bahasa Latin untuk anatomi dan sebagainya. tak perlu pun bahasa Inggeris.

yang ni, sejak darjah 1, ajar pun gitu-gitu jer. pelajar pun main-main-lah apa lagi tengok gurunya pun separuh hati saja mahu mengajar. takkanlah semua ibu bapa kena hantar anaknya tusyen ke British Council untuk menguasai Bahasa Inggeris?

selain itu, kita kena mengambil kira penduduk-penduduk luar bandar jugak. bukannya semua tinggal di Subang Jaya dan mampu memahami Bahasa Inggeris dengan begitu sahaja. member-member aku di MRSM dulu ada segolongan yang terkontang-kanting memahami pengajaran Biologi, Kimia dan Fizik dalam bahasa Inggeris. last-last, guru kena terangkan dalam bahasa Melayu jugak. jadi dimana PPSMI-nya? aku gagal untuk melihat.

tengok-tengok, bila keputusan SPM keluar, semua merudum. ini nasib bangsa kita yang menjadi pertaruhan. bukannya keputusan EPL nak diteka-teka sebegitu.

Sayyid Ali Khamenei berkata, "Menguasai tak mengapa, menyerah jangan."

bukannya aku anti-bahasa Inggeris, malah aku yakin aku lebih fasih berbahasa Inggeris daripada kau semua. tidak salah untuk kita menguasai bahasa itu, tetapi janganlah kita menyerahkan keunggulan bahasa kita begitu sahaja. itu ibarat menyerah kepada dasar kolonisme penjajah. lepas tu nak bangga kita dah merdeka dari segi fizikal dan mental? piirah. terjun masuk longkang-lah.

dan ini juga bukan soal politik yer. bukannya anekdot pembangkang terhadap kerajaan. tapi itulah, semuaorang dok kalut memperjuangkan kedaulatan raja Melayu, tapi majoritinya menyokong dasar PPSMI juga. begitu ironik polemik golongan pro-PPSMI ini.

mungkin apa yang patut dipersoalkan, adalah sama ada PPSMI ini "feasible" ataupun tidak. mungkin dasarnya yang patut diubah. seperti hanya melaksanakannya pada peringkat menengah, dan bukannya rendah. ataupun terus dimansuhkan dan tidak patut menjadi perkara berbangkit sehingga Malaysia mampu membina teknologi sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

namun, kerajaan tidak seharusnya menangguhkan nasib PPSMI kerana itu semestinya bakal menjadi waran kejatuhan kerajaan. keputusan harus dibuat dengan mengambil pandangan saksama semuaorang. bukannya orang atasan kerajaan sahaja. yang belajarnya, budak-budak jugak. bukan kau yang dah tua bangka.

Sunday, March 8, 2009

ada apa pada hari wanita

selamat hari wanita.

selamat hari cuti bagi aku lagi sekali.

selamat takda lecture histo dan bio.

selamat maulidur rasul.

Thursday, March 5, 2009

penangan

minggu keruduman. apokalips peribadi. aku cuba tundakan kemalasan. hapuskan kepenatan. semuanya gagal. dah tak sehuha dulu. malah hanya menjadi boohoo orang ramai.

bilamana benda ni berlaku, hanya ada satu alasan konkrit. aku diserang wabak demam! ya, demam. dan selsema. batuk-batuk. dan suku-sakat penyakit itu. terkejut bukan? aku, antara orang yang patut berada paling belakang dalam kotak minda kau apabila terpetik suis otak kau untuk memikirkan siapa yang selalu jatuh sakit.

nampaknya idea itu boleh kau sejatkan.

namun ada saja muka-muka Asia beretina coklat kehitaman yang suka membuat komen-komen sinis terhadap suara serak basah aku ala Faizal Tahir. kononnya, aku baru capai akil baligh.

lantas menjuruskan kepada logik bahawa adakah aku demam sepanjang 17 tahun aku hidup? biarlah apa mereka nak mengomel. yang utama, aku punyai suara Anugerah Vokal Terbaik. lepas ni, boleh jemput aku dah menyanyi di majlis perkahwinan orang ternama.

jangan risau, aku takkan bukak baju. kalau ya pun, hanya selepas aku bertukar menjadi The Hulk. lagi bertuah jika tema perkahwinan adalah berwarna hijau. ada potensi diupah menjadi maskot.

meskipun hilang modus komunikasi bersama ruang lingkup sosial aku, sekurang-kurangnya aku sempat curi masa untuk berangan-angan dalam kelas. klimaksnya, sewaktu kelas Anatomy tadi. jelas sistem penghadaman tidak menarik minat aku. hanya berjaya menyumbatkan hidung aku lagi dengan bau-bauan mayat.

jangan risau! aku berangan bukan untuk menambahkan populasi jerawat atas muka aku. tidak sama sekali.

cuma sekadar berfikir, dimanakah gerangan Doktor Imaginasi aku ni? sudah hampir 12 biji Panadol aku telan dalam masa 3 hari ni. kalau terlebih dosnya sedikit, boleh mula menghantar buah tangan ke hospital terdekat.

aku malas nak cakap berlapik-lapik. bukannya nak masuk meminang Doktor Imaginasi aku pun.

yang sebenarnya, aku nak mintak Doktor Imaginasi aku beri MC kepada aku daripada mengejar dunia. sebab termotivasi seketika. lepas tak boleh bernafas dek kedinginan bayu pasca Subuh yang menusuk jantung aku. ingat Malaikat Maut berhajat menjemput aku sudah.

itulah, kalau hidup dan terus mengejar dunia sahaja, apa yang dapat? kalori tak terbakar, kewibawaan emosi tercabar. hanya boleh harap orang lain pun sama sedar. kita hidup sebagai perantau jer pun.

terharu bukan, aku berjaya melunaskan tanggungjawab aku. hanya duduk dalam bilik, dengan harapan tidak menyebarkan penyakit kepada orang lain.

baiklah. jangan ingat aku meraih simpati ya. aku mau pergi layan drama Indon.

[...]

jom ramai-ramai gerak mengimarahkan perhimpunan agung memansuhkan PPSMI di depan Istana Negara. sabtu ni. 2 petang. jangan lambat tau. aku tunggu.

Tuesday, March 3, 2009

paralisis

wah nak boikot Israel ni bukan senang. walaupun ekonomi diorang dah lumpuh (sumber: palestinkini.info), tapi terasa nak lumpuhkan lagi biar sampai tak boleh nak bangun dah.

sampai aku dengar dekat Malaysia, McD sudah mula mengeluarkan pakej-pakej diskaun akibat kekurangan pelanggan. betul ke? kalau ya bagus ah. kat moscow ni tinggal harapan saja lah. berduyun-duyun orang pegi McD. tak pernah kosong dan memang selalu penuh.

jadi untuk memulakan kempen aku sendiri dengan merujuk kepada kertas barangan Israel yang perlu diboikot yang telah diedarkan sewaktu lecture anat (?), aku pun cuba buat analisis sedikit apa benda yang aku dah terbeli, terbaca, tersokong, dan apa-apa-lah.

Time Magazine, Arsenal FC, Sunkist, Carrefour. aku mungkin boleh gantikan Time Magazine dengan E-Siswa, Arsenal FC dengan MyTeam, Sunkist dengan Lyubimi dan Carrefour dengan Mydin. jadi mungkin tak berapa susah.

tapi bukan tu sahaja. sekarang aku jugak ada perfume Aramis yang aku pakai setiap kali sebelum keluar, menggunakan laptop yang sedang berkuasakan prosesor Intel, dan mengelap hingus dan cecair lain dengan Kleenex.

dan peripenting semua perlu tahu aku memiliki baju tidur Giorgio Armani, menggunakan produk rambut Redken, dan pencerah muka L'Oreal. ok ayat ni aku tipu jer. metroseksual gila kalau aku macam ni. tunggu 183 tahun lagi.

kembali kepada plot asal, aku ada long john dan deodorant Marks & Spencer (tolong jangan confuse dengan Marc Jacobs, seperti kawan aku yang sedang membeli-belah di Marks & Spencer), 1 beg dan 3 pasang kasut Timberland, pewangi Ambi Pur dalam bilik, BrylCream untuk mengilatkan rambut, dan phone Nokia sejak zaman dahulu kala.

masuk bab makanan pulak. Selepas McD, aku selalu makan produk Nestle (dari kitkat sehinggalah aiskrimnya), Smarties, dan paling sedih, maggi. aku paling ketagih maggi kot. tapi sekarang nasib baik ada Mi Sedaap.

itu tambah tolak barang yang aku ada yang bakal menyumbang kepada roket-roket Israel. susah sial nak boikot camni. takpa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. payah mana pun, tak mustahil punya.

sebelum tu, aku nak beli milkshake dan kartofel pa deverenski buat kali terakhir dekat McD.

ok tak serius.

tapi kalau kau nak belanja aku, aku terima dengan seikhlas hati.

ok lagi tak serius.

Sunday, March 1, 2009

syukur 21

kalau masuk jer winter (baru sekali jer pun), mesti kulit aku merekah. merekah tahap moulting ah aku cakap. dah 2-3 botol Nivea Moisturizer aku sapu habis seluruh badan aku. mahal pulak satu botol tu.

dulu kat Malaysia, masalah muka aku berminyak menjadi perbualan makcik-makcik dan jiran tetangga aku. sekarang ni, muka aku memang kering kerna ketandusan minyak sebum di atas permukaan muka aku.

dimanakah kau, wahai sebaceous gland tatkala aku memerlukanmu?

inilah manusia. tak pernah bersyukur. dulu muka berminyak merungut, muka kering pun merungut.

sama jugak macam bila duduk kat Malaysia, mengomel sorang-sorang sebab cuaca terlalu panaslah, matahari terlalu teriklah, gelombang fatamorgana membutakan matalah.

bila sampai overseas, bersumpah seranah terhadap matahari yang suka menyorok, langit yang tak berhenti menurunkan salji, dan suhu bandar yang mencecah takat beku.

sama-samalah kita bersabar, dan mensyukuri segala nikmat dan musibah yang diberi oleh Allah s.w.t, kerana telah dijanjikan pahala dan keampunan yang besar bagi orang-orang tersebut.

surah Al-Hud, ayat 9-11:

(9) Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

(10)
Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).

(11)
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

Saturday, February 28, 2009

mohon terus mencadang

ada satu lagi usul aku nak cadangkan. sistem tali pinggang patut dimandatorikan di dalam setiap bas awam.

sebab seingat akulah, zaman dolu-dolu aku balik bermalam, tak pernah ada bas yang ada sistem tali pinggang dipasang pada kerusi. StarMart mungkin ada, tapi bas-bas awam yang menjadi kegemaran ramai pelajar MRSM/SBP seperti Konsortium dan TransNasional hanya boleh mengeluh.

bila kemalangan berlaku, tu yang berpuloh orang mati. cuba kalau ada tali pinggang, selamat walafiat semua.

melainkan bas tu terjunam dalam gaung, sepertimana dalam kes di lebuhraya utara-selatan, kadar survival tu teramat sangatlah tipis. kalau hidup pun kat bawah tu, mungkin akan mati selepas bas tu meletup di depan muka kau, ataupun dimakan binatang buas dalam hutan tu, atau nak lagi tragik, dibawa lari orang Bunian ke alam mereka.

selamat datang bulan Mac.

mari membaca

[1]

untuk hari jadi aku yang seterusnya, aku nak mintak ebook reader boleh tak? bapak cool ada benda tu. lebih kurang 11000 ruble jer. layan ah kumpul duit satu batch buat dana untuk aku.

bagi aku, hobi membaca buku tak mendefinisikan aku sebagai seorang nerd/geek/sekutunya. kalau yer aku tak peduli pun. bagi aku, membaca tu nak dapatkan ilmu. tak kisah ah novel Nisah Haron ke Mark Haddon ke Utusan ke. dari nonfiksyen kepada sains fiksyen semuanya boleh kau ekstrak ilmu.

tengok eh. dengan membaca, kau dapat ilmu. dengan ilmu, ada kuasa. bila dah berkuasa, boleh dakwah. kena sebijik muka kau.

[2]

memandangkan ebook reader tu sangat ringan, dan boleh upload up to 32 gig (tengok memory card kau berapa), bukankah lebih baik kalau masa depan budak-budak sekolah menggunakan teknologi ni?

senang cerita tak payah nak fikir bawak buku teks sejarah, pendidikan Islam, BM dan BI (yang tak penting langsung), matematik dan lain-lain. semua boleh bawa 1 ebook reader jer. buku latihan tu lain cita ah. kalau tu pun malas sangat nak bawak pergi kerja 7-11 ah.

masalah generasi masa depan semakin pendek akibat membongkok jer membawa beg Swan yang hiperbesar pun selesai.

cikgu nak marah anak murid lupa bawak buku? dah jadi zaman dolu dah tu. tak mungkin budak-budak ni lupa bawak buku sekarang. (alasan paling popular untuk budak sekolah pun lenyap ditelan zaman)

tapi ada satu masalah jerlah, kalau semuaorang pakai ebook reader, dah takleh conteng-menconteng dalam buku dah. takda nak conteng nama awek, nama pasukan bola kegemaran ke, nak melukis komik Dragon Ball dalam tu.

melainkan ebook reader zaman tu dah keluar dalam edisi PDA. aku rasa tu zaman cicit aku kot.

nak pikirkan, bankrap jugaklah pengeluar highlighter dan DBP. confirm-lah semuaorang sedut jer file .pdf buku teks tu. orang Malaysia ni pantang nampak benda free. terus terjah.

ala boleh jer kerajaan caj dalam yuran persekolahan budak-budak tu.

kalau buat camtu, bising pulak pembangkang.

banyak pulak permasalahan dalam satu idea ni. nantilah aku ikhtiar. bawa berbincang dengan Menteri Pendidikan. mesti nama aku masuk arkib negara.

[...]

aku masih nak ebook reader untuk hari jadi aku ya. lebih tepat, yang ke-18.

tertipu lagi

laporan terkini.

segerombolan 68 orang pelajar ex-mrsm tertipu setelah menerima tawaran SPC ke Rusia.

tertipu beramai-ramai tu. jangan cakap aku tak warning ah junior. puas aku hasut kau orang jangan datang sini.

tengok sapa menyesal nanti. aku gelak jer kat korang nanti bila dapat tau tentang sistem peperiksaan Rusia, bagaimana orang dia benci pendatang asing, trafik jam dll.

zaman intec jer macam indah belaka. 7 bulan terbaik hidup aku tuh. rindu gua.

jaguh pecut

hari tu aku mimpi aku jadi The Flash dalam DC Comics. bukan macam Daphne dalam Heroes. dia tak best sebab tak cukup laju nak cross dimensional time zone. kalau The Flash boleh cross time daripada Golden Age comics ke Silver Age comics.

dalam mimpi tu sumpah real aku macam laju nak mati. kalah Powell dan Bolt digabungkan sekali. ada adegan dalam mimpi aku tu yang macam bila Spongebob dapat power Speedster tu dalam Adventures Of Mermaid Man and Barnacle Boy. dia tak gerak pun tapi tetiba dah ada barang yang dia nak ambik atas tangan dia.

dahlah aku tengah selamatkan dunia dalam mimpi tu. cool sial aku. adakah ini petanda untuk aku bertukar kerjaya? menjadi Superhero? jujur aku sanggup buang biasiswa MARA kalau dapat superpower. serius, The Flash adalah superhero paling cool dalam dunia. Green Lantern ngan Hawk Girl pun tak boleh lawan.

keseronokan aku dapat kuasa tu temporari jer sebab aku tetiba terbangun dek alarm kejut Subuh roommate aku. tak sempat aku nak menikmati lagi kuasa aku. rugi rugi.

kalau real life aku ada kuasa macam tu, senang pergi kelas. tak payah nak berhimpit naik metro. boleh gerak pukul 8.59.50 kalau kelas start pukul 9.00 pagi.