Wednesday, December 31, 2008

islam atau Islam?


pada kata kerja? atau kata nama?

kalau aku cabar kau, pergi tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur, dan jerit "Sapa nak tengok Islam, tengok aku!"

ada berani?

Islam itu Ad-Din, 24/7 wajib dilaksanakan. bukannya 2 jam sehari waktu ibadah-ibadah khusus jer.

ibadah am pun sama penting. semua benda yang kita buat seharusnya berniatkan hanya kerana Allah s.w.t.

niat senang-senang macam tu pun dapat pahala free terus. taknak ke?

nak buat dosa susah lagi rasanya. kalau niat buat jahat, tak dapat lagi dosa. bila dah laksana baru neraca al-mizan kau senget sikit.

amacam? tawaran hebat punya Islam kasi.

saja kasi pesanan ringkas sempena maal hijrah. sama-sama kita berubah ke arah mukmin yang berprestasi dalam redha Allah s.w.t.

Sunday, December 28, 2008

selamat raksi sanah hijriyyah!

[...]

aku ada azam baru. (sempena tahun baru)

kali ni, berbunyi lebih serius dan matang.

aku nak cari gadis muslim Rusia dan kahwin dengan dia.

sebelum tu, aku nak pastikan, rambut dia warna blonde, hidungnya mancung, berbadan tinggi dan bermuka Eropah.

supaya anak aku nanti keluar perut terus ada rambut blonde, hidung yang mancung, lagi tinggi dari bapak dia, dan bermuka Eropah.

lepas tu aku nak hantar dia pergi MRSM Taiping.

mesti dia jadi rebutan ramai.

tapi aku nak namakan dia nama kampung.

supaya dia tak lupa diri. Abu? Ali? Boboy? Tomok?

ini sebenarnya impian aku sejak aku tahu makna angan.

doakan aku?

[...]

tapi kajian saintifik membuktikan rambut warna hitam adalah sentiasa lebih dominan.

macammana ni? aku harap aku punya resesif.

aku betul-betul nak anak aku rambut warna blonde!

serangan mengejut

sahabat aku baru dipukul teruk oleh segerombolan orang Rusia yang perangai macam suku sakat babi hutan. kejadian spesifik masih tak diketahui sebab waktu aku turun ke bawah Pushkin (hostel aku), sahabat aku, ok kita namakan dia Asngam, sudah berlumur dengan darah macam lepas lembu kena sembelih.

cerita secara ringkas macam ni. mungkin ada unsur fiksyen sikit.

Jarum jam menunjukkan pukul 5.51 p.m. Keheningan petang di luar hostel Pushkin hanya ditemani oleh salji mikroskopik yang tak berhenti-henti turun semenjak terbitnya fajar. Masuknya waktu Isyak pada pukul 5.01 p.m biasanya menandakan cahaya suria sudah lama ditelan kegelapan malam. Tak ramai yang berani keluar kerana takutkan Sang Drakula akan muncul.

Malam ini akan berlangsungnya parti Krismas di Pushkin. Asngam, lalai sedia ada, terlupa untuk membeli hadiah Krismas bagi pasangannya. Tidak terlintas dalam fikirannya, untuk hanya singgah di Kooperasi tingkat bawah bagi membeli hadiah tersebut. Mungkin, terlalu cikai, fikirnya.

Maka, bergagahkan winter kot Earth Gearnya yang baru dipakai hari ini setelah penat lelah membeli-belah di Gum semalam, beg Swan yang besar, sarung tangan kulit dan snowcap Rinak Tepli Stan, dia pun keluar dari Pushkin untuk ke pusat membeli-belah Kaluzhski walaupun terpaksa mengharungi ribut salji dan suhu takat beku bagi dinitrotoluene.

Asngam merupakan seorang yang berani lagi tabah, maklumlah, produk MRSM Kota Kinabalu. Mitos seperti Sang Drakula tidak langsung menggetarkan tulang sum-sumnya. Lagenda puteri gunung Kinabalu lebih seram bagi dia.

Berbekalkan muzik terkini Jepun yang dipasang melalui telefon bimbit Sony Ericsson W350i, dia dengan selamba badaknya jalan ke stesen bas terdekat. Tidak jauh, lebih kurang 100 meter sahaja.

5 minit. Stesen bas tidak jauh kelihatan dari sudut visual Asngam.

POK! KEPUSH!

Asngam tergelincir. Sambil menyumpah salji, cepat-cepat dia bangun, sepantas Usain Bolt berlari pecut. Nasib baik tiada siapa nampak, cuma beberapa orang Rusia berpakaian serba hitam dari jauh. Malu 7 generasi kalau diketahui insiden ini. "Nasib baik bah, apa cucu-cicit aku akan fikir pasal aku kelak kalau terkantoi ini", Asngam berdengus.

Dipercepatkan langkahnya ke stesen bas untuk mencari perlindungan. Bas 295 ke Kaluzhski memang terkenal dengan sifat lambatnya, sama seperti KTM Malaysia. Asngam kesejukan, tetapi tidak keseorangan.

Tiba-tiba, BUK!

Satu rembatan hinggap dibelakangnya. Sakitnya ibarat dicucuh puntung rokok. "ADUH!", Asngam menjerit.

Terkinja-kinja dia pusing ke belakang untuk melihat jembalang mana yang berani menyentuh badan dia. Terkejut apabila melihat Sang Drakula dan rakan-rakannya yang menjadi dalang kejadian itu. Nasib baik, dia sedang memakai beg Swannya yang besar. Impak pukulan lantas berkurang secara signifikan. Seperti gigitan nyamuk.

Ibarat seorang pesilat negara, Asngam terus memasang kekudanya dan membuat pembukaan bunga. SENI PEPERANGAN SPONTAN! Asngam menyawankan dirinya sendiri!

Gagal, hasilnya. Kawan Sang Drakula telah menarik tangan Asngam dengan ganasnya. Sang Drakula pun seterusnya memukul kepala Asngam dengan sebatang kayu (dalam variasi lain, botol kaca, ikut mana kau rasa lagi brutal).

Asngam tersungkur di atas tanah beku Rusia. Memori zaman pra-remaja terus bermain di fikirannya.

Tiba-tiba, terasa satu bendalir yang panas dan melekit mengalir di muka. Oh, darah.

Bertuah, darah yang kekurangan oksigen itu terus beku dek suhu melampau sejuk di Moscow. Syukur juga, hood kot winter Earthgear serta snowcap Rinak Tepli Stan telah berjaya melindungi otaknya daripada mengalami pendarahan dalaman. Tulang parietal juga layak dipuji.

Asngam bangun dan cuba melarikan diri. 3 kali. Tetap gagal. Setiap kali dia cuba memulakan larian langkah seribunya, mesti salah satu kawan Sang Drakula berjaya menarik begnya. Padah pula, bawak beg besar ini.

Pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, terjahan demi terjahan. Asngam menahan sakit. Dia hanya mengharapkan satu keajaiban Krismas akan berlaku seperti Santa Klaus akan datang dengan Rudolfnya untuk menyondol Sang Drakula.

Namun, semuanya tak berlaku.

Setelah menghisap darah secukupnya, Sang Drakula melarikan diri. Asngam mula pening. Burung-burung sudah berterbangan sekeliling kepalanya. Dia pitam, di atas tanah beku Rusia, keseorangan.

Beberapa minit kemudian, Mamat Afrika muncul dari entah mana. Soalan pertama ditanya, "Hei, are you ok?!", walaupun sudah jelas, terang dan nyata ibarat izhar halqi bahawa kepala dia berlumuran dengan darah dan hampir menyambut ajal. Asngam tidak mampu untuk menggerakkan otot buccinator, lantas hanya bangun.

Mamat Afrika pun pergi begitu sahaja, ibarat angin. Watak pipih.

Berbekalkan segala kudrat yang masih ada, Asngam berjalan sehingga ke depan Pushkin, mencemarkan kesucian salji dengan darahnya. Merah. Pekat.

[...]

ok penat nak sambung. lepas tu selepas interogasi pihak polis dalam bahasa rusia yang tidak membuahkan hasil sebab takda sapa faham, paramedik hantar dia ke hospital naik ambulans. dalam kecoh-kecoh di bawah Pushkin tu, sebab ramai sangat orang keliling, aku gagal mengambil foto dia.

menyesal tak sudah.

[...]

Asngam dah keluar dari hospital, dan selamat sampai ke hostel pada malam yang sama.

botak, dengan 5 jahitan.

kalau dia pakai jubah warna kuning oren, mesti orang salah sangka sebagai sami Shaolin.

Sang Drakula pun tak berani menyerang.

Friday, December 26, 2008

pupus

[1]

sahabat 1: hang betui nak mai sini ka?
nadhir: mesir? betul lah. tiket flight semua dah tempah. takkan nak cancel. awat?
sahabat 1: sini sejuk gila laa! takyah la datang! takut menyesal pulak.
nadhir: haa? berapa suhu?!
sahabat 1: 13 darjah celsius.
nadhir: ...

panas-lah tu hebat!

[2]

suhu ekstrem disini mampu mengubah bentuk fizikal haiwan secara fizikal.

evolusi dan adaptasi. macam heroes pulak.

contohnya, seekor ayam demi mengelakkan mati beku seperti dalam freezer (hei! itu nasib kau juga kelak), akan mempunyai bulu kaki yang banyak! lebat habis. sampai tahap tak nampak taji dah.

nasib baik orang Rusia tak mengalami adaptasi dan berbulu banyak jugak.

ada jugak sesetengah haiwan, yang mengalami adaptasi sehingga lenyap terus diatas muka bumi Rusia.

contohnya, semut dan lalat. mungkin aku jer tak pernah jumpa lagi.

tapi aku tak boleh set minda aku untuk menghasilkan visual haiwan-haiwan ini dalam keadaan yang berbulu lebat.

semut berbulu.

pelik pelik.

[...]

hidup bebas serangga memang best.

tak perlu dibebankan dengan masalah meletak donat di luar ataupun membiarkan air sirap di kawasan terbuka. (kalau manusia, jangan cerita)

[...]

macam ni, pepatah melayu "ada gula, ada semut", boleh disangkal.

kalau kat sini, ada gula, ada jer orang datang menjilat. lapar tak lapar.

duit, kopi dan arak

[1]

tahniah najib dan zeti! terima kasih ya.

matawang malaysia dah naik. rm 1 bersamaan dengan 8.34 ruble. naik 1 ruble dah.

mari serang bank uralsib! takda komisen!

[2]

budak batch aku, abu dan ali (dua-dua bukan nama sebenar), kena halau dari hostel sebab masak nasi menggunakan periuk nasi dalam bilik. admin disini memang bengap sikit, maafkan-lah orang rusia ni. padahal semua orang Asia kot masak pakai menatang tu. tak pulak dihalau bekas-bekas ahli bilik aku yang tak serik-serik mengeluarkan bunyi utensil dapur berlaga (Vietnam!)

sama ada:
1. mama (gelaran bagi penjaga floor aku) sedang menghadapi menopaus. itu yang ghairah semacam menghalau semua orang Malaysia keluar dari hostel (mereka mangsa kedua dan ketiga).

2. ataupun dengki dengan inovasi teknologi dalam menanak nasi, sebab periuk nasi tak dijual di Rusia.

itu cerita lain.

jadi, mama dengan bangganya telah merasuah mereka kalau tak mahu nak pindah, belikan dia 3 kotak coklat jenama xxxxx. mula-mula, ingat dia memain, lepas tu muka serius semacam.

masalahnya, tak semena-mena lepas tu selamba muka Mongol dia jer dia nak suruh mereka hadiahkan dia arak jenama zolotoi pulak.

tak rasa macam kena eksploit ke?

sahabat 1: baru aku tau kenapa altantuya mati dibunuh.

p/s: mama Mongolia horny tengok budak batch aku. pagi-pagi ada jer muka dia terselit dalam bilik bajet nak check kebersihan bilik.

baru

Alhamdulillah. sahabat aku di sekolah rendah dulu yang memang sudah lama menunjukkan minat terhadap Islam akhirnya sudah memeluk Islam. inilah kisah Aleya Ariana @ Tan Ed Na.

[...]

RANTAi Art Event 2008.
(below is the script to my story that i have presented during the event)

Assalamualaikum everybody.

Kali ini tiada sajak tetapi aku mengambil peluang ini untuk memberi intro/pengenalan tentang novel aku di mana kejadian sebelum dan selepas aku memeluk Islam. Ini adalah sebahagian awal dan detik yang sangat bermakna dan berharga bagi aku kerana aku telah dianugerahkan petunjukNya pada umur 10 tahun, iaitu ketika cahaya datang menyapa dan aku ditampar dari lamunan yang panjang. Aku telah memilih Allah sebagai pertama dan terakhir dalam hidup dan matiku dan aku tidak akan menyesal. Tidak. Biar aku mati sekalipun, aku berasa bangga meninggalkan dunia ini kerana dapat mati dalam Islam dan Iman.
Bangga kerana dapat mati dalam agama yang pernah mencatat sejarah terbaik dalam hidup aku. Bangga kerana Islam telah membawa aku meninjau dan mengharungi pelbagai dugaan yang Dia sediakan khas untuk aku. Bangga kerana dapat mati sebagai wanita berbangsa cinta tetapi telah memilih Islam sebagai agama kebangaan dalam dunia dan akhirat.

Jika bukan kerana petunjukNya, tidak mungkin aku akan di sini, tidak mungkin aku akan mengenali siapa diriku sebenar malah mungkin tidak ada peluang mengenal penciptaku sendiri. Mungkin aku masih berjalan tanpa tujuan dan erti. Islam mendewasakan aku dan telah membawa aku melangkah sejauh lebih dalam daripada apa yang aku sangkakan. Aku bahagia meski dalam luka. Tanpa ujianNya, mungkin aku tidak akan tahu bagaimana kehidupan sebenar ini mencubit aku. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Ini adalah untuk saudara-saudaraku. Aku ingin berkongsi tentang perjuangan yang harus aku dan saudara-saudara baru yang lain dalam mencari keredhaanNya sedangkan saudaraku sendiri tidak mengendahkan apabila diberi peluang dariNya untuk bersujud di atas sajadah, malah diberi waktu yang cukup untuk menghadapNya setiap hari, walhal orang-orang macam kami yang bukan dilahirkan dalam Islam, sangat mendahagakan kebenaran dan kasih sayangNya. Kamu mempunyai untukNya tetapi tidak pernah menggunakan dengan sebaiknya, sedangkan aku mahu peluang itu tapi tak dapat.
Aku lihat Melayu semakin layu. Bangsa bukanlah persoalan tentang keagamaan tetapi tentang jalan hati yang aku kamu akan tujui bukan hanya untuk sekarang atau esok hari, tetapi untuk mencari kebahagiaan dan cinta yang abadi, iaitu berpaksikan cintaNya untuk mendapatkan yang nyata. Janganlah engkau mengkafirkan diri sendiri.

Tajuk novel aku Khalida Ibtihaj. Intro babak 1.


--------------------------------------------------------------------------


Intro : Kehidupan yang mewah. Kereta, pakaian, perabot, dan rumah yang besar. Apa yang ada di rumah inilah adalah kemahuan setiap manusia. Mama papa bersifat materialistik. Very proud of themselves. Papa duit.. duit.. duit.. tak cukup lagi.. judi.. judi..judi. Mama.. pentingkan status dan nama.. suka menghina gemar mencarut dan merendahkan semua orang yang berada di bawahnya.. termasuk aku. Berlaku dari zaman persekolahan pada darjah 4, tahun 2000 hingga habis zaman persekolahan pada tahun 2007. Sepanjang tempoh perjalanan 8 tahun ini, aku sentiasa berlari dan bersembunyi untuk melindungi rahsia ini dari mereka, hinggalah sekarang. Mereka tidak tahu aku sudah memeluk Islam. Namun, aku sudah menetapkan hati dan bersedia menempuh untuk esok hari. Semoga Allah memberi kekuatan pada aku.



Nama aku Tan Ed Na kemudian aku kenal Islam dan aku menjadi Aleya Ariana. Ini kisah aku.




1- (di sekolah dalam library)



Aku mencari buku dan membelek satu per satu.. dari banyak-banyak buku yang tersusun rapi di rak,tiba-tiba buku kisah Nabi Adam dan Hawa terjatuh pada tanganku secara tidak sengaja.




Ed Na
“Aik, apa ni? Hmmm”



Timbul perasaan ingin tahu. . Diselek satu halaman demi halaman. Cerita Nabi begitu memikat hatiku. Aku ingin tahu apakah disebaliknya. Persoalan dalam hatiku ingin mengetahui Apa itu Islam?



2 – (di rumah selepas makan)



Ed Na
“Ma, can you fetch me to my friend’s house.. I need to finish up my Science’s project for school”




Tiba sahaja di rumah *Ain, Aku terus memakai tudung dan ayahnya menghantar kami ke sekolah agama.





3- (dalam kereta ayah Ain)



Sedang bergelak ketawa bersama keluarganya. Tiba-tiba aku ternampak kereta mama sedang menunggu di luar perkarangan rumah Ain. Mama memandang aku yang bertudung dari dalam keretanya.





Ed Na
"Alamak..matilah aku. What should I do now..Hmm..” getus hatiku.





4 – (di rumah)


Mama dengan gelabah lekas menelefon papa. Tidak lama, papa sampai dan terus memaksa aku secara kasar ke dalam kereta.





Ed Na
“Pa, where are we going?”



Senyap...Pertanyaan aku tidak dijawab.


Ed Na "Heloooooooooooo! I’m asking a question! Where are you taking me?! Please answer me!” jerit aku yang tidak dapat lagi menahan perasaan takut dan gelisah.




Papa
“JUST SHUT THE HELL UP! DON’T ASK SO MUCH. You think you are smart? Doing things on your own.. Are you a Malay? You are stupid.. worse than a cow. If you think you did nothing wrong, then why are you scared to follow me? Just follow me and shut up. Don’t ask anymore. I will bring you wherever I want to bring you!” kata papa dengan bengis



5 – (sampai di sebuah rumah yang usang dan buruk)



Beratus patung di dalam rumah buruk itu. Suasana rumah yang agak samar dan ‘panas’. Perasaan aku sudah tidak sedap. Aku tidak selesa. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku ingin melarikan diri dari tempat itu secepat mungkin. Tapi kemana? Siapa akan tolong aku?Aku takut.. aku takut sekali. Seorang wanita tua sedang duduk dan menunggu.


*


Wanita tua itu memegang kepala aku lama-lama.



Wanita tua
“Lei ke lui hang choa lou.. nah.. hei yu yap Islam..
(your daughter is in the wrong way..she wants to embrace Islam)




Mama
“Lei pong ngo kui hei fan lei la.. ho mo? em koi la.“
(can you help me to bring her back to the right path. can you? please)





Bomoh tua itu menulis sesuatu dalam cina di atas sekeping kertas kuning yang panjang dengan menggunakan lilin merah yang basah dan membakar kertas itu lalu memasukkannya dalam gelas yang telah berisi air. Bomoh tua itu meminta aku meneguk air itu sampai habis walaupun aku tidak mahu sebenarnya. Aku tidak tahu ayat apa yang harus dibaca ketika itu. Aku terdesak.. Aku terpaksa meneguk air itu sampai habis. Bomoh tua tersenyum sinis pada aku.




Ed Na
"SYAITAN!!!!” getus hati aku dengan penuh kemarahan.




6 – (di sekolah dalam library)



Aku cuba mengimbas kembali apa yang telah aku pelajari. Tetapi tidak boleh. Kepala aku sakit. Seperti ada kuasa yang menghalang aku untuk mengingati dan mendekati Islam. Surah-surah Al-Quran, cara sembahyang, doa-doa, al-fatihah dll semuanya seperti ‘kabur’. Lidahku tidak lancar untuk menyampaikan sebarang doa yang aku hafal. Aku tahu ini angkara bomoh tua itu.




7- (dalam rumah) (lebih kepada perbuatan, jiwa/hati/mental. kurang dialog)




Keadaan di rumah sudah berbeza. Tidak sama seperti dulu. Suasana di rumah “panas” Mama tidak pernah rapat dengan aku.. dan bertambah renggang hubungan aku dan dia semenjak peristiwa itu. Aku sangat rapat dengan papa. Tetapi semenjak kejadian itu, mama selalu mengacau fikiran papa dan selalu menggunakan helah dan cara untuk membuatkan papa benci pada aku. Mama mendera aku setiap hari dari segi mental.. dan papa mendera aku dari segi fizikal. Aku disepak dipukul, di tampar seperti binatang. Abang aku juga begitu, tanpa sebab yang munasabah, dia naik tangan. Adik laki aku juga turut dipengaruhi. Seluruh ahli keluarga aku menghina, mencaci aku setiap hari. Mereka tidak pernah memanggil aku dengan elok. Mereka mencarut seperti stupid fuck, gong ca wo (perempuan bodoh), siau ca wo (perempuan tak siuman) suey ca wo (perempuan sial).




Mama
"Woi perempuan cibai sial! If I know you are gonna be my daughter, I would have left you at the rubbish damp. Do you think I am happy and proud to have a daughter like you? I’m embarrassed. Do you know that you are ugly? Fuck u!”





Aku sakit.. aku derita. Apabila aku akan di dera, aku terus lari ke bilik dan mengurung diri. Papa bangs at my room door hardly and violently so that I would come out. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dalam ketakutan. Akibat tekanan yang terlalu memuncak, aku mencari jalan keluar dengan mengerat tanganku. Aku tidak sengaja atau berniat, cuma kerana melukakan diri aku kerana hati aku sudah beku dan aku tidak dapat merasai kesakitan yang nyata melainkan darah yang mengalir dari daging aku sendiri. Aku menghadapi konflik dalam diri yang melampau hingga tidur di atas lantai setiap hari kerana aku menganggap diri aku hina, tidak layak tidur di katil yang empuk dan lembut. Nothing's real.



Ed Na
“All I ever wanted was your love and attention..not this house.. not the money..” hatiku menangis.




*




Tidak aku sangka orang tuaku menggunakan cara kotor untuk menghapus Islam dari pemikiranku. I was shaking because I was very angry.
All I could do was to rebel at my soul as I could not show any visible tantrum. Aku tabahkan hati. I wanted to know who I really was and what I am deep down.




8- (di sekolah)





Selama 2 tahun aku ‘lost’. Sejak kejadian darjah 4 hinggalah darjah 6. Aku masih mahu mempelajari Islam cuma tiada semangat dan kekuatan yang mampu menarik aku untuk berdiri kukuh kembali. No one help me or understand what I was going through. I was a loner. Ain avoided me because she was scared of my parents. Aku jatuh dalam gelap buat seketika dan hampir membunuh diri akibat kesan tekanan yang keterlaluan dari keluarga. Hanya mampu mengalir air mata kepedihan setiap malam. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang aku rasa pada ketika itu. Namun, kerana aku masih memiliki iman, aku masih waras dan cuba untuk berdiri kembali. Syukur, Allah melindungi aku. Aku kembali ke agama asalku. Namun, aku tidak pernah sembahyang dan mengamalkan cara agamaku kerana aku tidak pernah melihat agamaku sebagai agama.




*


Sewaktu rehat.





Kawan
“Ed, mengucap sikit. Aku nak dengar kau mengucaplah”




Ed Na
“Macam mana aku nak mengucap? Aku sendiri tak tahu sama ada aku tahu atau tidak..Tersepit. Aku tak yakin. Semua ilmu yang aku belajar dah hilang dalam fikiran aku.. Hmm..” aku bermonolong sendiri. Aku diam dan tidak menjawab soalan kawan.




Kawan
“Ala, cepatlah. Nak dengar je. ”





Namun dalam hati aku, timbul suatu keberanian untuk mencuba walaupun aku tahu semua ilmu yang telah aku belajar telah hilang/ ‘kabur’.





Ed Na
“…. Asshadu ala … illaha illalllah, wa… asshadu ana muhammadan.. rasulullah”





Aku terperanjat besar. Jika semua surah-surah dan doa-doa yang lain ‘kabur’ dari ingatanku, mengapa mengucap dua kalimah syahadah sahaja yang tidak hilang dari ingatanku? Rupa-rupanya ia TIDAK PERNAH hilang dari fikiranku, cuma aku yang tidak sedar selama ini. Benar dari naluriku Allah s.w.t telah memberikan aku hidayah dan membuka pintu hatiku. Syukur Alhamdulillah. Aku meneruskan usaha untuk mempelajari ilmu yang telah hilang untuk mencapai hasratku : ISLAM. Sesungguhnya, Allah adalah kedamaian. Allahu Akbar!






Bersambung….









------------------------------------------------------------------------------------




Siapa kata jika kita mencintai Allah, kita tidak boleh mencintai seni?
Siapa kata bila kita sembahyang, kita tidak boleh ke gig dan melayan rock? Siapa kata bila kita meletakkan Allah pada tahap tertinggi dalam hidup, kita tidak boleh cool dengan cara kita sendiri? Siapa kata kita harus mengubah mentaliti dan menutup pemikiran kita jika mendekati Allah? Siapa kata kita harus menjadi sempurna? dan siapa pula kata kita harus jahil pada hati dan diri sendiri? Mengapa harus membelakangi diri sendiri dan menyelindung diri yang sebenar? Tidakkah ia memenatkan apabila kamu sengaja bermain dengan api dusta?


Tetapi CARA.
CARA itulah yang harus digunakan dengan betul.


Agama itu bukan milik sesiapa tetapi milik Allah untuk dijadikan sebagai panduan kepada pegangan dalam menempuh kehidupan yang nyata kerana kamu masih memiliki iman itulah yang masih membenarkan kamu untuk mencari siapa diri kamu. Hidup ini banyak pilihan. Berhati-hatilah dengan hatimu, kerana agama tak susah malah sangat mudah didalami jika kamu menggunakan hatimu untuk melihat dalam diri kamu dan ilmu akan mudah dipelajari hanya jika kamu berhenti mencari alasan mulai detik ini.


Bukankah kata hati dan rasa yang terlahir ikhlas terhadap perkara-perkara yang kecil menolong kita melihat dan menghargai keindahan yang lebih besar makna dan ertinya? Jika seseorang itu ingin berbuat sesuatu kebaikan, dia dicaci, dihina, dan diketawakan. Sebaliknya, jika seseorang itu berbuat sesuatu kejahatan, dia disokong, dan diagungkan perbuatan kejinya malah tidak ada seorang pun yang berani menegur kesalahannya dan sanggup pula membiarkan dia terus meraba dalam kegelapan.


Kita manusia terlalu sibuk mencari kecacatan pada sesuatu keindahan dan kebaikan dan menfokus lebih pada keburukan daripada kebaikan namun keburukan itu selalu pula ada alasan dan sebabnya untuk dipertahankan. Adakah hidup ini adil? Sebelum kamu hendak mencari kelemahan yang ada pada orang lain dan hendak mengata orang lain
itu jahat, apa kata kamu tunding jari pada diri sendiri dan kata pada diri sendiri,

"Akulah jahat"

Written by Aleya Ariana on 11/12/08 and presented on the 14/12/08
at The Red Bungalow.

[...]

tolong doakan kesejahteraan beliau dan semoga hidayah itu terus berkekalan.

p/s: aleya, mintak maaf banyak-banyak sangat! aku tau kau tak kasi copy paste cerita ni, tapi, aku fikir, sapa-lah sangat yang baca blog aku. ampun ya!

Thursday, December 25, 2008

bila Tanah Melayu bergegar, aku di mana?

antara sebab aku menyesal melancong ke Rusia:

mogwai datang ke Tanah Melayu.

serius, melakar sejarah.

dan serius, aku takkan menjadi sebahagian sejarah ini.

Tuesday, December 23, 2008

selamat hari solstis!

hari ini solstis musim sejuk.

dalam erti kata mudah (untuk yang berpengetahuan rendah dalam geografi), hari dimana malam yang paling panjang dan siang yang paling pendek. (atau suasana muram yang berpanjangan)

[...]

dekad-dekad beku;
aku enggan,
taat kepada lakon layar
arahan kamu.
tolong tuan direktor!

Monday, December 22, 2008

tunggu aku, eskrim!

perhatian: khas untuk pelajar-pelajar luar negara.

emulsifier-emulsifer yang selama ni dikhuatiri haram sudahpun disangkal kesahihannya. maklumat ni aku dapat daripada abang usrah aku.

logiknya cukup mudah.

alkohol secara lumrahnya memang haram. tapi bila mengalami transformasi kimia menjadi cuka, sekaligus nature bahan ini telah bertukar dan memang disahkan halal.

maka, walaupun emulsifier-emulsifier itu ada bersumberkan babi dan sebagainya, namun sebab ia dah melalui proses kimia untuk menghasilkan bahan yang baru dan bersih, majlis fatwa Eropah mengatakan bahan ini sebagai HALAL.

ada yang enggan berdiskusi dan membawa ini sebagai santapan fizikal dan rohani. mungkin empunya badan tidak mahu mencemarkan sistem penyahtinjaan mereka apatah lagi terkinja-kinja memikirkan pasal benda ini.

sahabat-sahabat sehabitat diseru untuk menggunakan daya intelegens masing-masing (walaupun sudah tumpul pasca minggu-minggu peperiksaan mencabar kewarasan akal di Moscow) dalam mengenakan doktrin yang mapan.

sumber:http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=6R6ZtX
dan http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503546698

kerah otot opponens digiti minimi kau dan utilisasi aponeurosis tapak tangan kau. jangan malas!

[..]

bagi aku? wallahualam. sebelum fatwa ini dipersoalkan, baik aku sejukkan esofagus aku dengan eskrim dan coklat yang banyak!

[..]

mukous aku meleleh. nasib baik tak membeku dan membentuk stalaktit di gua nasal aku.

presipitasi udara!

-13 darjah celsius.

akhirnya, sungai Moskva dah beku (dan hati aku) sepenuhnya.

[..]

hati-hati orang Moscow pula sudah lama beku.

mereka enggan mengukir senyuman pada musim Sejuk!

Saturday, December 20, 2008

arakian al-kisah

[1]

syahdan, diceritera hikayat sekiranya Raden Inu boleh berada di dua tempat dalam masa yang sama, sudah lama dihadiahkan 13 bahtera emas kepada Cendera Kirana tatkala mempertahankan kerajaan Belasungkawa-nya. biarpun, kerajaan Cemarakasih tampuk pimpinan Cendera Kirana berada 1001 purnama dari bumi Nusantara.

[..]

masalahnya, human cloning is banned.

(tak boleh pakai cara Shane West dalam A Walk To Remember, keji)

Thursday, December 18, 2008

tiada lagi KTM

perbezaan Metro Moscow, dan KTM Subang Jaya.

1. kau tak perlu menunggu 30 minit untuk setiap satu tren bagi KTM, kerana kau hanya perlu menunggu 30 saat untuk setiap satu tren di Metro Moscow.

2. kau tak perlu mendengar suara orang Malaysia yang bajet slang Penjajah untuk mengumumkan setiap stesen yang berikutnya, kerana di Metro Moscow, orangnya membuat pengumuman dalam bahasa Rusia. (hei Encik Pengumum, takda maknanya kau buat slang tu. cikgu Rusia aku pun tak faham, yang bermaksud gagal-lah cubaan kau untuk menarik perhatian pelancong)

3. kau tak perlu serabut mendengar suara orang Malaysia yang bajet slang Penjajah membuat pengumuman di KL Sentral tentang kerosakan tren menuju ke Pelabuhan Klang (setiap kali rosak, bila nak ok-nya?) ataupun berlakunya banjir di (sertakan nama stesen) ataupun tren akan delay selama 40 tahun kerana landasan keretapi tercabut di stesen Kg Dato' Harun.

di metro Moscow, musibah-musibah seperti ini hanya sekali-sekala sahaja berlaku. contohnya tempoh bulan, di mana seorang budak kecil telah dilanyak dan digilis di stesen metro Oktyaberskaya. (sumpah, aku tak tipu)

4. metro Moscow membawa lebih kurang 9 million penumpang untuk satu hari. satu pertiga total jumlah penduduk malaysia. KTM? aku tak perlu sebut kot.

5. rangkaian metro sangat ekstensif, menjalar ke semua pusat membeli-belah dan hampir 99% ke setiap pelosok dan ceruk di Moscow. KTM tak mampu memberi laluan untuk ke One Utama dan Kampung Subang. (kalau metro Moscow, boleh sampai kawasan perkampungan Moscow)

6. tren metro adalah sangat panjang dan bukannya kontot seperti KTM. mungkin disebabkan oleh jumlah gerabak.

7. metro Moscow dikhabarkan ada satu landasan khas untuk militari. yang mempunyai laluan-laluan masuk rahsia contohnya di Moscow State University dan Russian State Library. in case, berlaku peperangan, evakuasi orang tak bersalah menjadi mudah. dan juga transportasi bagi senjata-senjata pemusnah dunia menjadi lebih efisien.

ada ke TDM membuat landasan rahsia untuk militarinya yang menggunakan Perpustakaan Negara ataupun Universiti Malaya sebagai pintu masuk?

[...]

mungkin sebab-sebab ini, benih-benih dengki di benak hati aku untuk balik ke Subang Jaya gagal untuk bercambah. turut terpadam bersama adalah api keghairahannya.

p/s: dedikasi untuk physics enthusiasts sedunia.

aku tak mahu dibius!

[1]

sekali lagi, pos ini merupakan kesinambungan dari pos sebelumnya.

maka selepas membuktikan tidur selepas asar itu adalah fakta dan bukan mitos, aku mula mengalami migrain yang teruk. mungkin dikataliskan oleh cuaca sejuk disini (hari ini -8 darjah celcius sekali lagi)

[...]

masalahnya, migrain semakin teruk selepas membaca berita-berita politikus dan menonton pergaduhan di parlimen,

doktor imaginasi aku membuat kemunculan kali ke-3 dalam ruangmaya ini.

"Nadhir, sistem imunisasi awak terhadap Virus Kerajaan Malaysia (VKM) sudah hampir rosak. Defisit sel darah putih mungkin akan mengakibatkan lebih banyak penyakit. Awak perlu dibius untuk beberapa tahun, sehingga VKM sudah lenyap dari tanah Malaya."

"Jangan, Encik Doktor Imaginasi! Aku mahu bangkit dan melawan! Aku tidak mahu menyorok dibelakang bontot-bontot pengecut (dahlah busuk)! Aku tak mahu menjadi manusia berilmu yang hanya gemar untuk melihat dan goyang kaki sedangkan orang lain dalam kesesatan! "

[2]

migrain aku disebabkan oleh tiga komponen: tidur selepas asar + cuaca terlampau sejuk + alahan politikus.

[3]

aku takut aku akan menjadi seorang anarkis. tetapi kalau aku bangkit, aku mahu menjadi seperti Hang Jebat.

[..]

tapi, siapa mahu jadi Nyemah Mulya aku?

eksperimen 1

pos ini berkesinambungan dengan pos sebelumnya.

masa: lepas asar waktu rusia
teknik: tidur terbongkang sambil berpelukan dengan 3 bantal dan diselubungi comforter IKEA dalam boxer sahaja

ironinya, prognosis aku tetap sama. kesan yang kau orang dapat tidur lepas asar tu (sakit kepala, badan rasa tak sedap, rasa macam separa gila) masih dirasai. walaupun waktu asar di sini adalah 1:50 pm.

kagum kagum. secara tuntasnya, elakkanlah tidur lepas asar. baik buat benda yang berfaedah sikit contohnya memasak ayam masak merah ataupun menjahit butang seluar yang tercabut.

Monday, December 15, 2008

dementia

[1]

hei orang di Malaya.

aku betul-betul mahu tidur sekarang ni.

sebagai kompensasi aku tidur lewat semalam.

tapi, aku mungkin akan jadi gila.

sebab sekarang dah masuk waktu Asar. (1:43 pm)

"Aisha R.A mengatakan bahawa sesiapa yang tidur lewat petang akan menyebabkan dirinya kurang waras - dia hanya boleh menyalahi dirinya sendiri kerana perkara tu."

[...]

kalau kat maktab/intec dulu, masa ni merupakan masa emas bagi semuaorang hendak tidur.

dan fly prep petang.

[...]

jadi, memang tak elok aku baca buku sekarang.

nak riadah, suhu kat luar dah mencecah -8 darjah celcius.

boleh mati beku. udara sini kering.

alveolus paru-paru aku akan menghadapi keracuan sistem untuk menyerap oksigen yang secukupnya dari sekeliling walaupun dengan kekuatan otot respiratori aku.

[2]

ah. pedulikan semua tu. yang penting, maghrib semakin awal (3:45 pm),

yang bermaksud, iftar pun awal.

seronok, bukan?

notakaki: hadis ini mungkin hadis dhoif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no.39.Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 5861. Majma’ al Zawaaid - no.8254. al-Maudhuat 3/69.La'ali al-Masnu'ah 2/279. Tartib al-Maudhu'at no. 839.

atau http://www.yussamir.com/2007/01/100-hadis-doif-yang-patut-dielakkan.html

Sunday, December 14, 2008

panas salju

[1]

hari ini suhu jatuh secara mendadak sehingga -7 darjah celcius.

suam-suam kuku ibu jari kaki kiri aku jer.

[2]

apa istilah untuk "lopak" ais?

kerana aku yakin dan percaya, lopak itu adalah istilah untuk air yang kotor. bukannya air yang telah membeku lalu membentuk ais yang kotor.

ada sesiapa tau? kenapa orang Melayu tak pernah cipta?

(mungkin sebab parameswara tak pernah jejak kaki lagi ke rusia)

kalau takda, aku nak cipta istilah baru, dan masukkan dalam kamus dewan edisi ke-5.

[...]

maka dengan itu, secara rasminya, istilah baru bagi "lopak" ais, adalah:

bytrunsdozopar!

rasa macam seru pokemon pulak.

ah, jangan hiraukan.

[...]

sekarang, bila-bila kau pergi ke luar negara pada musim sejuk (atas tujuan hapa aku taktau), dan terlihat bytrunsdozopar, bolehlah berterima kasih kepada aku.

dengan menghantar stok makanan* ke hostel aku melalui pos laju.

ataupun menghantar satu mesej ringkas yang berbunyi:

"terima kasih, nadhir yang paling hebat, atas bytrunsdozopar! saya taktau nak buat apa kalau takda istilah ini" ke tambah tujuh sembilan dua enam lapan tujuh satu tiga lapan lima tujuh.

*tolong minta list dahulu, takut tersalah hantar. nanti sapa nak makan. aku takda haiwan peliharaan kat sini. kalau dust bunny kira tak?

[..]

tolong jangan merungut tentang nama ni. penat aku memerah keringat kortex serebral aku untuk memastikan namanya tak begitu saintifik/lame/kampung dll.

[3]

jauh di tanah Malaya, di suatu sudut yang kecil, kelihatan, mak bapak aku menangis terharu di atas penemuan aku ini.

perlukan potongan rambut?

[1]

ini tiada kena mengena dengan potongan rambut aku yang terbaru. yang membuatkan aku nampak macam Dima Bilan, penyanyi terkenal Tanah Air.


eh, maksud aku, Rusia.

ok, kalau kat malaysia, mesti orang label rempit.

yang penting, aku bukan di tanah Malaya.

[..]

nah. ini tujuan sebenar pos. rekording binaural.

pastikan pasang headphone kuat-kuat ok.

jangan risau, takda orang/hantu/binatang pelik menjerit di hujung video. sumpah.

ada berani sahut cabaran aku?



kagum habis.

untuk manusia seperti aku, yang hipersensitif terhadap sentuhan orang lain ke atas badan aku, memang terasa geli-gelaman yang amat sangat.

Subahanallah.

[2]

tapi aku lagi kagum dengan orang yang buat tarian ayam, lantas memenangi tiket free untuk apa-apa movie sehingga 28 Feb tahun depan.

malaysia boleh!

orang subang lagi-lah boleh!

Friday, December 12, 2008

balik kampung

mengenangkan tragedi bukit antarabangsa, aku tak boleh lari dari memikirkan bahawa tahun ini mungkin tahun pertama setelah sekian lama dato'-dato' dan datin-datin yang merupakan penghuni banglo ranap beraya di kampung halaman masing-masing.

minta maaf. al-Fatihah bagi yang telah kembali ke rahmatullah. sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

[...]

takda keluar ke lagu artis bersatu? macam waktu tsunami memporak-perandakan dunia.

aku suka yang dulu tu.

tapi kali ni kalau boleh tambahkan elemen rock sedikit.

tak! aku tidak mahu faizal tahir! jemput saleem pun sudah ok.

Thursday, December 11, 2008

habit orang moscow (bukan pelajar malaysia) 1

amaran: ini bukannya umpatan, tapi ambil sebagai pengajaran.

orang Rusia suka sangat meludah. kadang-kadang boleh disalahanggap sebagai hujan. sebab kuantiti yang jatuh ke bumi, jika diakumulatifkan, sudah pasti akan mencecah 2500 ml/hari. lebih kurang, macam hujan yang turun di Bukit Larut.

hentak kaki, mungil bibir. jangan terpijak ludah sudah. bila dah padah, baru nak terngadah dan mulalah adegan menyumpah. wah, beritma.

tak, kejadian ini tak berlaku ke atas aku. transmisi neuron otak aku cukup lincah untuk memastikan impuls spontan aku mengangkat kaki tatkala ternampak bendalir putih berserta kontaminasi berwarna kekuning-kuningan mengalir di atas jalanan berwarna hitam.

[..]

seperti kau nampak seterika. mesti rasa panas, bukan?

nampak telefon bimbit, mesti nak bermesej-mesejan.

aku nampak ludah, aku lompat-lah. yang kau pijak kenapa? (walaupun berkasut)

[...]

kalau meludah ke langit, aku rasa sempat jer nak lari sebelum tarikan graviti membasahi muka.

probabiliti tinggi. siapa nak cuba?

kalau sukses, tolong beritahu aku.

kalau gagal, pergi basuh muka dulu. tampar pipi yang ada jerawat menggunakan tangan dominan dan tanya diri sendiri, kenapa bodoh sangat ikut cakap orang?

Wednesday, December 10, 2008

bohemi

[1]

kau, hang tuah!
pernah meniti epilog hang jebat?
tatkala kau mengagung,
sultanism,
dari azali hingga,
kiamah.

[2]

dan kau, hang jebat!
pernah meniti epilog hang tuah?
tatkala kau mengasuh,
anarki,
dari ufuk timur ke,
barat.

[3]

hei sultan!

bangun dan menyinar!

[...]

semuanya propaganda. mungkin penglibatan parti ketiga patut dianalisa.

kepimpinan melalui teladan.

logikasian (atau mungkin sumpah seranah) yang tidak perlu dihadami jika tak mampu.

p/s: dedikasi untuk batch RP 12, Moscow.

Monday, December 8, 2008

kullu am wa antum bikhair

blog ini sudah mati.

mati mati mati.

telah aku MANDIKAN,

dan KAFANKAN,

dan KEBUMIKAN.

[..]

[...]

tiupan sangkakala.

pertama. binasa-lah semua organisma kecuali yang dikehendaki-Nya.

sekali lagi. dan hiduplah segala benda.

" Kemudian ditiup sangkakala itu ditiupkan sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu [ Az Zumar (39) ayat 68] "

[...]

maka,

blog ini juga akan diHIDUPkan semula.

oleh seorang gerangan hamba.

yang sudah lama meninggalkan nusantara.

[...]

terus ke padang mahsyar.

dalam keadaaan bogel dan gusar,

warna, bangsa, dan negara menjadi sesar,

menghadap Ya Rabb.

[...]

oh, dan salam aidiladha semua. hayatilah erti sebenar pengorbanan.