Friday, July 25, 2008

tut-tut

dalam dunia kita yang fana ni, antara orang yang aku paling hormat, adalah pakcik-pakcik teksi.
memandangkan aku masih bawah umur, dan tidak berupaya untuk mengambil lesen kereta, maka teksi seringkali menjadi pengangkutan utama aku (selain dari abang aku dan lrt, of course). aku tak pasti jika kau senasib dengan aku, tapi itu tidak signifikan.

bagi yang tak pernah-lah nak menaiki teksi, disebabkan geli atau memikirkan teksi itu kotor (terutamanya budak subang), then kau memang telah rugi dalam hidup dari segi pengalaman. you see, kebanyakan pakcik teksi (PT) sudahpun berumur dalam lingkungan 50 ke atas. kalau adapun yang muda sikit, itu mesti termasuk dalam golongan graduan yang menganggur. apa-apa hal pun, disebabkan umur mereka yang boleh dikatakan sudah melangkaui setengah abad, maka sudah tentunya otak/hati/perut mereka sudah dipenuhi dengan pelbagai ilmu hidup.

mereka antara insan bertuah, sebab hampir setiap hari mereka dapat berjumpa dengan orang baru, dan melihat kerenah orang-orang ni. itulah yang menjadi pekerjaan mereka selama 20 tahun mereka berkerja. dan berdasarkan pengalaman aku, PT tak akan segan-silu untuk menceritakan pengalaman-pengalaman beliau. dari cerita perempuan seksi skirt pendek menahan teksi di tepi PKNS sehinggalah cerita perempuan seksi baju putih tiada kaki menahan di tepi Jalan Bukit Nanas, Klang.

kalau dulu aku duduk dekat Taiping, kebanyakannya merupakan pesara-pesara ATM. bukan mesin nak keluar duit tu, tapi Angkatan Tentera Malaysia ya. dan disebabkan hampir setiap minggu aku outing (kad outing x3), maka aku pun selalu sangat-lah dengar kisah-kisah hidup mereka. bagaimana sejak penjajahan Jepun dulu, sudah ada korupsi dalam kepimpinan masyarakat Melayu. PT tu pulak mengaku dia komunis, lagi membakar ah semangat aku nak dengar. dan dia dengan lantangnya cakap bahawa sejarah Melayu sebenarnya banyak dah terpesong. tokoh-tokoh yang sepatutnya dijadikan tugu, dicampak sebegitu sahaja. tak lupa jugak, kisah-kisah banduan dalam penjara Taiping, penjara tertua di Malaysia tu. tetapi itu nantilah.

ok, perkara yang membuatkan aku tiba-tiba sahaja nak menukil entri berkisar tentang PT adalah kisah aku dan sek2 aku terkandas di tepi stesen bas Jusco Bukit Raja setelah selesai menonton wayang pada waktu malam. lebih spesifik, 11.00 p.m. setelah berlaku beberapa konflik dengan operator-operator teksi, akhirnya kami berjaya mendapat 3 buah teksi untuk mengambil kami dengan harga yang agak murah. aku naik teksi tu dengan Ijo, Pejam, ngan Nuar (semua bukan nama sebenar). jadi pada awalnya, Ijo memang nak kongsi dengan kami tentang tafsir surah al-Falaq. yang kemudiannya kami masuk pulak tentang tafsir surah an-Nas. sedang kami khusyuk berdiskusi, apabila tibanya bahagian tentang bagaimana dalam dunia ni manusia pun boleh jadi syaitan, tiba-tiba jer PT ni menyampuk. ok PT ni berkulit gelap, dan sekali kau tengok memang macam orang India (memang India pun). dan dia pulak sambung untuk kami, "memang dalam dunia sebaik-baik manusia pun boleh jadi syaitan. semuanya pasal nafsu. nafsu nafsu dan nafsu. manusia ni, cepat sangat tunduk kepada nafsu mereka. iman mereka tak kuat. mereka fikir, kalau hidup kaya, banyak awek, boleh kita berjaya dalam hidup? akhirat tak tentu lagi. buat jahat dekat dunia, ingat Tuhan tak balas waktu akhirat?"

aku terkedu. aku mula fikir, dia ni Islam ke? aku jenguk-jenguklah kat dashboard dia tu kan, sekali ada patung Tuhan Hindu ke apa. dan aku betul. dia bukan Islam. tapi kenapa dia tau banyak sangat pasal Islam? (dialog tadi merupakan rumusan sahaja, banyak lagi hujah yang dia keluarkan yang seakan Islam) itulah aku cakap, PT ni banyak pengalaman. tak kisah-lah Melayu ke, Cina ke, India ke, mereka semua berkongsi pengalaman hidup yang sangat menarik. nak tau tak? PT yang berhujah tadi tu, rupa-rupanya dah tinggal terengganu selama 15 tahun! terkejut kami. apa lagi, Pejam yang sememangnya berasal dari Ganu tu pun mengeluarkan loghat-loghat dia. Ijo, Nuar dan aku tak terkecuali.

pendek kata, lepas ni kalau kau naik teksi, sembang-sembanglah dengan pakcik tu. apa salahnya, bertegur sapa. janganlah sombong sangat. dah kata kita orang Malaysia, yang cukup bangga dengan sikap yang beramah mesra etc.

p/s: walaupun ada jugak kes, pakcik-pakcik teksi "ketuk" penumpang mereka, ataupun membuat ganggan seksual, tapi itu kisah lain. kita tidak boleh generalize mereka begitu. stigma masyarakat tentang perkara ni perlu berubah.

Sunday, July 20, 2008

keamane, kebersihe, keselamate!

wah budak rusia menang persembahan terbaik untuk pertandingan peringkat kolej kediaman.

perform dikir barat tu beb.

dahlah baru praktis sejam.

roket habis weh.

yang bestnya, kitorg baru habis exam, jadi malam tu memang all out.

walaupun bermandikan peluh atas stage, tapi memang mantap-lah.

yang tak tahannya, ada ke kitorg boleh dapat blok terbersih. ya, blok 7 cemara, yang dihuni oleh budak lelaki rusia jer.

budak perempuan pun kalah dengan kebersihan blok kami. tak percaya?

Tuesday, July 15, 2008

boleh sahaja!

berita sedih, yang mungkin agak lawak. tengok-lah macammana persepsi kau.

junior aku kalah dalam semua kategori minggu bahasa peringkat kebangsaan.

menang satu jer, itupun naib johan. pidato perempuan. Mashitah-lah. sapa lagi.

sampai ada cikgu menangis dan ada pulak yang menghilangkan diri.

takpa-lah. boleh berbangga menjadi johan peringkat zon. apa salahnya.

cuma sedih tak dapat tengok piala ketua pengarah MARA dah untuk debate.

nasib baik sempat engrave nama atas piala. wahaha.

on the bright side,

nasi lemak pak cu dah kembali di intec! apa lagi, serbu-lah!

Saturday, July 12, 2008

oligo ko ko!

[1]

musim hujan melanda shah alam untuk minggu ni.

memang sedap tido, aku tak dapat nafikan.

hari tu, aku bangun lambat, 7.40. mandi cepat2. kelas start pukul 8.

sampai kelas lebih kurang 8.10. aku fikir, awal lagi ni.

tepat jangkaan aku. tapi Olga dah sampai.

tiba-tiba sahabat aku datang.

dengan konfiden mengucap:

"Dasvidaniya Olga Nikolaevna!!"

[2]

hari tu, seperti biasa, ada ceramah Ustaz Ridha.

first-class men v second-class women.

mula-mula, rasa taknak pegi. sebab nafsu membuak-buak nak makan icecream free dekat compound kolej cemara. (hasil pengaruh kawan baik aku)

kira macam "kalau penuh dewan seminar tu, maksudnya kita takda rezeki nak dengar ceramah"

dahlah tak usaha, jadi rasa bersalah pulak. sebab tu tetiba nekad nak masuk. jadi mencapaplah ikut pintu depan waktu semuaorang tgh duduk dah.

isu yang dikupas memang menarik dan kadangkala agak memeningkan. contohnya:

1. Isu Faraid

Ada sesetengah golongon kaum Hawa ni tak puas hati sebenarnya mengapa lelaki dapat lebih bahagian daripada perempuan. betul kata Ustaz, si perempuan ni suka betul pada harta. tengok sajalah, mereka sanggup kahwin dengan lelaki yang tua asalkan berwang demi kebahagiaan hidup. ini realiti.

Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud;
“Bahagian seorang anak lelaki seperti dua bahagian perempuan"

maksudnya, faraid suami bersama anak si mati sebanyak 1/4, manakala faraid isteri dalam keadaan yang sama sebanyak 1/8 dan lain-lain. tapi ini hanya dasar dia. ada situasi yang boleh menyebabkan perkara ni berubah. tak faham? sudah.

sebab tu Ustaz cakap, isu faraid ni sangat memeningkan. dan kalau ada orang yang betul-betul pakar dalam bidang ni, dia kira sudah menghampiri kematian. tambahan lagi, ijtihad dalam perkara ni betul-betul disempitkan. supaya takda kekeliruan yang timbul.

2. Isu Saksi

Yang ni pulak, pasal isu saksi. Sisters In Islam mempertikaikan hak kenapa perempuan tak boleh jadi saksi. dan ayat Al-Quran yang berkenaan dengan hutang ditimbulkan. tapi itu aku malas nak cerita. aku nak ungkap sikit logik akal Ustaz pasal isu ni.

perempuan tak boleh jadi saksi kerana ada sesetengah benda yang perempuan tak berani cakap. ada perasaan malu, atau memang fitrah perempuan untuk tidak mampu memberitahu semua perkara. fakta kes:

kes ni berlaku di Selayang, Selangor. ada seorang perempuan ni mendakwa telah diganggu secara seksual apabila ada seorang lelaki ini menunjukkan organ genitalnya kepada perempuan tersebut. jadi kes ni dibawa ke mahkamah. lelaki tu pun mengupah Karpal Singh menjadi peguamnya.

dan seperti yang kita boleh sangka, perempuan tu kalah teruk dalam kes tersebut. Karpal Singh dengan mudahnya mengajukan 2 soalan. yang pertama, jika benar kau ada tengok lelaki itu punya barang, apa saiz dia? yang kedua, jika benar kau ada tengok lelaki itu punya barang, apa bentuk dia? dan jika kau tak boleh nak jawab kedua-dua perkara tersebut, terbuktilah yang kau memang tak nampak pun lelaki tu punya barang. perempuan tu pun tersipu-sipu malu, dan sebab tu dia kalah.

terbukti bukan? kenapa perempuan tak boleh nak jadi saksi. kalau lelaki, suruh diupah menipu sebagai saksi dalam mahkamah pun tak menjadi masalah.

3. Isu Imam

Yang ni, aku pelik kenapa pengikut-pengikut Aminah Wadud ni begitu obses nak bangkang apa yang sudah sedia maklum dalam Al-Quran. jelas, terang dan nyata, bahawa wanita tidak boleh menjadi imam. awat dok keruan sangat nak kasi orang lain dengaq ampa tarannum ka?

4. Isu Kepimpinan

Boleh ke wanita jadi pemimpin? jadi class rep? ataupun ketua keceriaan? haa mesti dah risau kan? tapi aku sendiri pun taktau jawapan dia. sebab aku tertido bahagian last-last ni. minta maaf ya. ada sebarang kemusykilan terus menghadap imam masjid rumah kau.

aih, jadi ustaz pulak aku hari ni.

Saturday, July 5, 2008

isu bumper

[1]

wahhh. aku jarang-jarang sekali buat movie review ni. tapi hands down untuk filem Wanted.

so far, movie paling best tahun ni. bukan disebabkan angelina jolie ehh. walaupun aku tak nafikan dia sangat mantap dalam movie tu. buat aku berahi jer sepanjang movie.

tapi aku rasa cerita tu sangat menarik lah. dahlah hebat gila boleh pulak tembak curve! mmg defying the laws of physics aku rasa.

fuh, terasa nak bunuh orang pulak sekarang ni.

[...]

dan ini mengingatkan aku kepada 2 orang yang paling aku benci dkt maktab dulu.

yang sekarang ni turut berada di intec.

biasanya aku ni bukan jenis yang suka dendam-mendendam ni, tapi aku dengan diorang sudah jadi kes berat lah.

dah tahap meluat.

mungkin hari Isnin nanti aku akan melakukan assassination dengan skill menembak secara curve aku.

p/s: pengaruh buruk Wanted ni. tolong jangan ikut untuk yang bawah umur.

[2]

ok untuk pengetahuan semua, aku dipilih untuk berlakon sebagai salah satu watak utama dalam sketsa Rusia yang bakal dipersembahkan di Russian Centre kelak.

aku bakal menjadi Tsar! wahaha. tolong pronounce dengan betul. saja nak tambah skit, huruf "Ц" /t͡s/ menjadi huruf kegemaran kami dalam kalangan huruf-huruf Rusia. mengalahkan huruf lain yang bersifat biasa seperti Б /b/ dan Ф /f/. semuanya berpunca daripada kesukaran lidah-lidah orang Malaysia untuk menyebut huruf tu.

walaupun ni tak menjadi kejutan buat aku, tapi kadang-kadang aku mengimpikan kehidupan yang normal jugak. aku takdalah hebat mana berlakon.

dahlah aku tak mintak pun semua ni, sungguh.

koya betul aku.

[3]

ok pasal intec pulak. karnival sukan Rusia dah berakhir. yang akhirnya didominasi oleh pasukan program Korea. jangan tanya aku kenapa.

tapi yang aku tau futsal no 1 sudah. saja kasi peluang untuk orang lain menang acara lain.

apahal aku koya betul hari ni.

p/s: aku tak sabar nak iftar dengan khai dan lain-lain. ada saja tragedi/peristiwa yang bakal berlaku yang akan membuatkan aku ketawa bagai nak rak dengan perut aku yang melantakkan nafsu buka puasa. yang juga akan menyebabkan aku tak dapat rukuk 90 darjah.

[4]

ok sekarang aku akan buat kronologi peristiwa prank birthday Sir Iz! semuanya berlaku dalam compound Kolej Cemara.

malam kejadian:

11.30: budak-budak lelaki rusia dengan berpakaian serba hitam mula menjalankan operasi menceroboh rumah sir iz. sambil membawa bantal masing-masing untuk tujuan penempekan.
11.31: hairi membaling terlalu banyak bantal dari tingkat empat. yang sekarang ni masih terbiar di depan blok kami. tak penting. abaikan.
11.35: sampai di rumah sir iz. ahli-ahli misi diingatkan untuk tidak meninggalkan selipar di luar rumah. takut kantoi.
11.40: baru nak devise plan. semua mengambil posisi masing-masing. yang berbadan besar ditugaskan untuk menculik sir iz sebaik sahaja dia masuk. yang tangkas pula ditugaskan untuk menutup lampu. yang lain-lain, bersedia dengan bantal dan spray untuk kejutan.
11.42: raptai dijalankan dengan jayanya.

dalam masa yang sama (telah berpakat dengan Mr. Kesh):

11.40: Mr. Kesh kata dia tak sihat. jadi Sir Iz kena handle post-mortem Minggu Mesra Siswa-Siswa (MMS).
11.43: Mr. Kesh dalam perjalanan pulang ke rumah. (tinggal bersama dengan Sir Iz)
11.45: Mr. Kesh mendapati laptop Sir Iz dah hilang. dengan pantasnya, menelefon Sir Iz.
11.47: Sir Iz terkejut. bergegas pulang ke rumah.
11.50: waktu tgh lari balik rumah, tiba-tiba jer mendapati keretanya sedang dipandu oleh orang lain. dalam erti kata lain, sedang dicuri-lah.
11.53: kereta tu memandu dengan laju keluar daripada kawasan kolej.
11.54: dah berpakat dengan Pak Guard, untuk membuka gate seluas yang mungkin haha.
11.55: peristiwa lucu berlaku, Sir Iz menjerit "GUARD! TUTUP PINTU TU!" dalam gaya desperate.
11.58: pencuri kereta tinggalkan kereta diluar. pastu cepat-cepat lari.
11.59: Sir Iz bergegas ke tempat kejadian. bila bukak kereta, nampak ada kek hari jadi :)
12.00: kedengaran nyanyian happy birthday bergema dalam suasana sepi malam tu untuk Sir Iz.
12.05: Sir Iz dan budak-budak MMS pun menikmati kek hari jadi tersebut.

sementara itu:

12.10: ahli-ahli operasi penculikan Sir Iz dah mandi peluh menunggu beliau dekat rumah. dan dah penat mengambil gambar masing-masing.
12.20: khai (ketua operasi), menerima panggilan daripada pengintip kami dalam kalangan budak MMS, fareez, dan mendapat tahu bahawa jamuan sudah selesai dan Sir Iz dalam perjalanan balik.
12.21: semua masuk dalam posisi masing-masing.
12.24: kedengaran tapak kaki menuju ke rumah.
12.25: pintu dibuka. lampu dibuka. Sir Iz masih tak menyedari tentang kewujudan kami.
12.27: nabil dengan lajunya menutup lampu.
12.27.30: amir dan jime memegang tubuh badan Sir Iz dan mencampakkannya ke atas katil bilik tetamu.
12.28: semua orang menyerbu dengan bantal busuk masing-masing dan memukul Sir Iz.
12.30: pastu burger Sir Iz. tapi tak berapa berjaya.
12.31: sekali lagi, nyanyian hari jadi untuk Sir Iz kedengaran.
12.34: Sir Iz terharu, menyebabkan kami menempek beliau sekali lagi.
12.40: setelah selesai berdamai, kami mempersembahkan hadiah kami. yang telah diwrap waktu tu jugak oleh kepakaran aku dan jijan.
12.42: Sir Iz sekali lagi terharu, walaupun muka penat, dan membuka hadiah tersebut.
12.44: mendapati hadiah tersebut berunsur, er, lucah sedikit. haha. lampu meja yang berpunatkan genitalia seorang lelaki.
12.45: Mr. Kesh, "hish budak rusia ni lucah betul weh!"
12.46: mengambil gambar bersama-sama hadiah. serta sesi bersalam-salaman agar markah medical law tak ditolak.
12.50: kami dihalau balik bilik.

selesai operasi prank Sir Iz.

[...]

happy birthday, Sir Izuan Izzaidi Azmi.

may Allah bless you always with infinite health and wealth.

thank you for being such a wonderful advisor for the Russian Programme, an amazing lecturer for Medical Law, and a remarkable friend who was always there for us everytime we needed help.

semoga dapat menghabiskan pengajian PhD dengan jayanya.

p/s: hold on to your promise eh, that is, to visit us in Russia when during our 5th or 6th year :)