Saturday, March 29, 2008

surat-surat

surat yang dihantar ke Berita Harian. sayang kau, faidhi! (pelajar terbilang konon)

Tenaga pengajar, staf MRSM Taiping model guru terbaik.

SAYA mewakili pelajar Maktab Rendah Sains Mara Taiping sesi 06/07 ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh guru serta staf MRSM berkenaan kerana dedikasi dan usaha yang ditunjukkan untuk menjadikan kami cemerlang dalam SPM.

Sepanjang dua tahun kami belajar di MRSM Taiping, pelbagai bidang ilmu dicurahkan kepada kami dalam usaha membentuk modal insan gemilang. Untuk pengetahuan semua, ramai guru yang sanggup membuat kelas malam hampir setiap minggu untuk mengajar kami walaupun tiada imbuhan tambahan diberikan pihak MRSM.

Ada guru yang sering menangis kerana terlalu memikirkan kecemerlangan dan sahsiah pelajarnya. Ketua warden dan warden lain begitu komited sehingga sanggup melakukan apa saja yang termampu untuk memastikan disiplin kami berada dalam keadaan cemerlang.

Hasilnya, tiada kes disiplin berat yang direkodkan sejak kebelakangan ini. Sistem 'homeroom' atau keluarga pelajar yang dilaksanakan amat berkesan kerana menjadikan hubungan antara murid dan guru begitu rapat sehingga menjadi keluarga kedua bagi kami sekalian.

Kebanyakan guru kami berusaha keras untuk memastikan MRSM Taiping bukan saja cemerlang dari segi akademik, malah dalam bidang kokurikulum. Ada guru sanggup berjaga hingga pagi membantu anak muridnya melaksanakan tugasan dengan sempurna.

Kini, hasilnya boleh dilihat apabila MRSM Taiping berjaya meraih tempat teratas dalam bidang bahasa, robotik, koperasi, silat, sukan, sains hinggalah kepada usahawan pada peringkat kebangsaan. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa inilah model guru yang diperlukan di Malaysia.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan memohon ribuan ampun dan maaf di atas segala kesalahan kami sepanjang kami berada di MRSM Taiping. Sesungguhnya kami berasa terharu di atas segala pengorbanan yang dilakukan semua guru MRSM Taiping.

Saya juga khusus mewakili pelajar kelas 501 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang mencurah bakti menyemai budi kepada kami. Akhir kata, terima kasih, cikgu. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa guru yang banyak mendidik dan berbakti kepada kami.

PELAJAR TERBILANG, Seremban, Negeri Sembilan.

fitnah!

kurang ajar orang Belanda.

video fitnah orang Islam.

tak mungkin aku akan suka warna oren dah.

tak mungkin aku akan sokong team Belanda dalam World Cup dah.

kurang ajar orang Belanda.

http://www.youtube.com/watch?v=5kcev1K-NOc
http://www.youtube.com/watch?feature=related&v=TdLMFs4fv4E

membunuh masa

[1]

aku ke Zoo Negara hari ini. ya aku tau. aku memang suka pergi ke tempat-tempat macam ini. lebih baik dari melewati shopping mall yang aku sudah bosan pergi.

ya, aku sudah bosan dengan Sunway Pyramid. aku sudah bosan dengan donut JCO-nya. dengar khabar angin donut itu disalut lemak babi. walluahalam.

aku sudah bosan dengan MidValley. aku sudah bosan dengan pusat bolingnya yang glow-in-the-dark. aku sudah bosan main pool dan foosball. aku lagi sudah bosan dengan courtnya. north court lah, south court lah. i don't see the point.

aku lagi bosan dengan The Curve, Ikano Power Centre (sudah dengar Ian dari FlyFm punya joke terbaru? Ian: what fish has no power? Ikan-no-Power!) dan Ikea. aku bayangkan ketiga-tiganya sebagai Shah Alam City Centre (SACC), PKNS, dan Plaza Alam Sentral (yang turut berada bersebelahan masing-masing). minta maaf, betapa aku telah menjatuhkan kualiti kompleks membeli-belah di Damansara ini.

mungkin aku perlukan udara baru? Gardens? Pavillion maybe? tak mungkin. terlalu mahal. kalau pergi sekadar tengok, boleh-lah. aku dengar dari bawah sampai atas, barang berjenama sahaja. (tapi kalau fikirkan, kenapa melabel sebagai barang berjenama? bukan semua barang ada jenama? melainkan kita membincangkan kisah jualan bundle di Chow Kit. itu lain.)

ok, aku selitkan gambar seekor rusa. simbol aku sebagai ahli RusSa. Russian Students Association. haha.


so, Batu Caves anyone? or Taman Negara? (tunggu aku cuti bulan lima)

[2]

junior aku di Mrsm Taiping telah berjaya menyapu bersih kategori menengah atas yang dipertandingkan di minggu bahasa zon Barat tahun ni. Debate, Bahas, Sajak Lelaki, Sajak Perempuan, Pidato Perempuan dan Drama.

oh, tapi mereka gagal mempertahankan kejuaraan bagi kategori Pidato Lelaki. dan Forum. takpa-lah. jangan tamak sangat.

tahniah diucapkan kepada team Debate dan Bahas. terima kasih terutamanya kepada anisa, hana, amimal, acap, qis dan najwa kerana telah berjaya mengetuai team masing-masing sekaligus merangkul kejohanan dalam arena perbahasan yang telah lama diidami. semoga rezeki kamu semua bertambah sewaktu pertandingan debat antara sekolah di UIA dan minggu bahasa kebangsaan.

aku cukup bangga dengan kamu semua.

Friday, March 28, 2008

cerpen #1: bangsi Jumaat

Cuaca mendung. Aku kira, psikik terkemuka dunia pun tidak mampu mengagak bilakah awan-awan Shah Alam bakal memuntahkan hujan asidnya.

Jaga dari tidur terhegeh-hegeh. Ingatkan sudah masuk waktu solat Maghrib, rupa-rupanya baru pukul 1.15. Terlupa. Hari ini hari Jumaat. Yaumul Mazid.

Aku masuk ke dapur. Roti Gardenia dibakar menggunakan toaster Panasonic aku. Suis diputar sehingga 3 minit. Aku terus ke bilik air. Basuh muka dengan Biore for Men. Kemudian, aku capai ubat gigi aku. Habis. Cuba memicit menggunakan tenaga jantan aku. Masih gagal. Aku putus asa. Botol Listerine 250ml teman serumah dicapai.

PAP. Tanda roti aku sudah habis dibakar.

Aku kumur-kumur dengan cepat. Harap bau mulut hilang. Luah. Air sinki dibiarkan mengalir. Berlari keanak-anakan ke dapur. Mentega kacang Lady's Choice disapu ke atas roti yang masih panas. Mentega cair, aroma kacang pun menusuk hidung aku. Roti dilipat dua. Aku makan dalam 2 gigitan.

Azan Zohor berkumandang. Aku hairan, teman serumah aku hilang. Mungkin sudah menyertai geng surau yang sentiasa awal ke Masjid. Aku terus ke bilik air sekali lagi untuk mengambil Wudhu'. Basuh muka tiga kali, basuh tangan tiga kali. Rutin diulang. Aku terkentut. Basuh muka tiga kali, basuh tangan tiga kali, sapukan air di gigi rambut tiga kali dan basuh kaki tiga kali. Alhamdulillah.

Aku menyarung kain pelikat aku keluaran Gajah Duduk dan baju Melayu hitam keluaran Omar Ali.

Fast forward.

Selesai solat sunat tahiyatul masjid, aku duduk di saf ke-lapan. Pada awalnya, berlaku konflik dalam diri aku. Sama ada mahu ke Masjid Al-Hidayah, yang lebih jauh, atau Masjid 2 yang ternyata lebih dekat, dan khutbahnya yang pendek. Akhirnya, suara hati aku memberitahu aku untuk ke Masjid 2. Dengan kekangan masa, iaitu 5 minit sesudah azan Zohor dilaungkan, aku patut berasa bangga dengan keputusan aku.

Empat orang budak kecil duduk di sebelah aku. Sudah semestinya lelaki. Aku berada dalam kalangan jemaah Solat Jumaat. Belum baligh lagi aku kira. Muka putih bersih. Suci daripada dosa. Senyuman yang ditampal menggambarkan kehidupan yang tiada masalah. Aku dengki. Ya, aku dengki dengan budak itu.

Hujan renyai-renyai. Jemaah diluar masjid terpaksa mencari perlindungan. Ada yang tidak mahu berganjak. Basah kuyup kerana Allah. Aku tabik. Sekumpulan mumaiyiz yang ditugaskan oleh AJK Masjid untuk mengutip derma mula berpecah. Nampaknya, tema pada hari itu adalah warna merah. Kesemuanya memakai baju melayu berwarna merah. Lengkap. Berbutang sehingga ke leher. Bersongkok hitam. Segak mengalahkan belia yang berambut punk, berseluar jeans ketat dan berbaju kemeja saiz XXS. Yang turut menghadiri jemaah itu. Mereka mula berpecah, seorang ke Utara, seorang ke Barat, seorang ke Timur, dan seorang lagi ke Selatan. Macam boria pula.

Salah seorang datang ke arah aku. Aku cam dia. Anak guru KH sekolah aku. Hafiz namanya. Gigi tersusun rapi. Rambut disikat kemas. Minyak Attar "Paradise" mula memenuhi ruangan udara saf aku. Aku yakin, itu Hafiz. Budak kecil sebelah aku menghulurkan duit kertas berwarna biru ke tangan Hafiz. Diikuti dengan adiknya, dan adiknya yang lebih kecil. Masing-masing mengeluarkan duit kertasnya tersendiri. Aku sendiri mengeluarkan sejumlah wang aku. Diselitkan ke dalam lubang kotak derma itu.

Hafiz pun beredar. Budak kecil sebelah aku mula menangis teresak-esak. Aku buat tak kisah. Fokus aku cuba ditumpukan kepada khutbah. Kemudian mula bertukar menjadi teriakan. Jemaah mula memandang ke arah aku. Aku rasa bersalah. Kemungkinan besar mereka fikir itu adik aku, dan aku gagal sebagai seorang abang. Tidak. Aku tak akan benarkan perkara itu berlaku.

Abang sebenar dia mula memujuk. Menjaga hati adiknya. Rupa-rupanya, adik dia telah mendermakan wang poketnya yang terakhir. Dia tiada duit lagi untuk membeli Nasi Lemak Kak Pah di sekolah petang nanti, kononnya. Aku sedar, perbuatan menderma tadi telah dilakukan atas dasar untuk mengikut abang dia. Justeru, abang dia dipersalahkan. Dia mula menjentik abang dia. Mencucuk-cucuk abang dia. Aku lihat, abang dia pasrah.

Doa selepas khutbah habis dibaca. Solat Jumaat bermula. Rakaat pertama, imam membaca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan petikan surah Luqman. Rukuk, toma'ninah, sujud, duduk antara dua sujud, sujud semula, dan bangun. Rakaat kedua, imam membaca Surah Al-Fatihah, diikuti dengan petikan surah Al-Maidah. Rukuk, toma'ninah, sujud, duduk antara dua sujud, sujud lama sedikit, dan tahiyyat akhir. Salam.

Doa selepas solat habis dibaca. Bersalaman dengan orang di saf sama, hadapan, dan belakang. Dicium kalau berkesempatan. Tiba giliran budak kecil itu bersalaman dengan aku. Tersipu-sipu dia. Mungkin malu, kerana telah menangis di hadapan orang ramai. Aku memaksa tangan dia untuk bersalaman dengan tangan aku. Sedang itu, aku selitkan kepingan duit berwarna hijau ke tangannya. Aku senyum. Namun, senyumannya jauh lebih lebar. Aku yakin, dia terpinga-pinga. Aku terus beredar.

Cuaca mendung. Matahari bagai kedekut untuk berkongsi sinarannya. Walaupun awan sudah habis memuntahkan kandungannya. Jam Casio aku menunjukkan pukul 2.15.

Aku baru sahaja memberikan kepingan duit aku yang terakhir kepada orang yang aku tak kenali. Harapan untuk aku singgah ke Baker's Cottage untuk membeli roti Sardine kegemaran aku, hancur berkecai.

Dari jauh pula, kelihatan kelibat budak kecil itu gembira semula. Kemungkinan besar, sudah mempunyai duit lebih untuk membeli komik Doraemon siri ke-43. Dan mungkin sempat membeli Nasi Lemak Kak Pah di sekolah petang.

Tetapi aku yakin, ganjaran pahala yang aku dapat pada hari ini adalah berlipat kali ganda.

Aku tak lupa. Hari ini hari Jumaat. Yaumul Mazid. Penghulu segala hari.

Saturday, March 22, 2008

brengset

[1]

ok. jadi team aku kecundang waktu suku akhir LEDAK.

Liga Debat Antara Kolej UiTM Malaysia.

ada beberapa benda aku tak puas hati.

first sekali, juri sangat tak telus. kemungkinan besar sebab mereka bukan dari unit debat UiTM.

bayangkan senario ni ok. usul dewan: MPP seperti melukut di tepi gantang.

kerajaan bukak kes entah apa-apa. konsep berterabur. laha-lah aku katakan.

definisi kerajaan untuk melukut di tepi gantang - terhimpit dan sempit.

maka, hujah diorang yang pertama: MPP melukut di tepi gantang demi kebajikan pelajar.

aku simpulkan: MPP terhimpit dan sempit demi kebajikan pelajar.

wtf kan? minta maaf mencarut. aku memang tak puas hati.

selaku ketua pembangkang yang rasional, of course-lah aku bukak kes sendiri. sebab tak logik langsung konsep analagikal kerajaan.

umur 20-lebih pun masih tak tau erti melukut di tepi gantang.

untuk sesiapa yang tak tahu juga, maksud peribahasa tu adalah sesuatu yang tak penting. sila rujuk wikipedia ataupun buku peribahasa darjah 1.

yang si kerajaan ni pulak dahlah cakap tergagap-gagap. team aku pulak berbuih mulut cakap.

last sekali, juri cakap usul diterima. alasan dia mudah, sebab pembangkang tak ikut kes kerajaan. kononnya sorang ikut mazhab syafie, lagi satu mazhab ayah pin.

masalahnya, macammana nak ikut kes kerajaan tu kalau konsep dia dah merapu habis? tolong jawab. sheesh.

[2]

ini rungutan seseorang yang telah kalah.

kalau aku menang, mesti aku takkan cakap macam ni.

dahlah tak berkualiti pun debat tu.

waktu aku kalah dengan KISAS dekat UIA, aku redha jugak.

tapi ni, aku tak boleh terima.

[3]

tapi aku tak kisah. aku dapat pendebat terbaik.

Thursday, March 20, 2008

maulidur rasul

selamat hari jadi, Nabi Muhammad s.a.w!

ah, seperti biasa. semalam ada ceramah di intec. oleh Ustaz Ridha sekali lagi.

tapi aku tak pegi.

sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan.

dengar cita macam best.

sumpah! kalau aku free mlm tu, aku mesti pegi.

tapi apakan daya.

manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya.

atau memetik kata-kata Miss Nurul; "Human proposes, God disposes"

Tuesday, March 18, 2008

ungkapan 1

Kak Nik (Olga Nikalaevna): "Ooh! Jime is finally using his brain! What a progress! Suprees! (surprise dalam bahasa Rusia)"

notakaki: sila baca dalam gaya yang paling kartun anda boleh buat.

Wednesday, March 12, 2008

pasca keputusan spm

alhamdulillah. aku berjaya untuk kekal dalam program SPC Rusia :)

tapi tentunya, ada beberapa kejutan yang berlaku.

top student taiping gagal mendapat straight A1, dan semuaorang terpinga-pinga kenapa.
aku panggil dia, non-malay and non-muslim selepas mengetahui result dia. go figure.

oh, dan terlalu ramai yang mendapat 9A1 dan 1A2. dan A2 tidak lain dan tidak bukan, sudah semestinya subjek yang digeruni ramai, EST. aku rasa subjek ini patut dimansuhkan, kerana tiada signifikan langsung dalam masa depan pelajar.

mrsm taiping muncul ranking no.3 keseluruhan mrsm.

no 1 jatuh kepada mrsm langkawi. cis :)

and tahniah, ji ding dan rizwan, sbb dpt 13 A1.

kepada yang lain-lain yang tak mendapat keputusan yang diingini, er, redha jerlah.

dan kepada yang berjaya mendapat keputusan yang bagus, jangan lupa sujud syukur. kepada yang bernazar, jangan lupa tunaikan. nanti kena tuntut pulak waktu akhirat. jangan ckp aku tak warning.

[Kini Allah telah meringankan kepadamu dan Dia telah mengetahui bahawa padamu ada kelemahan. Maka jika ada antaramu seratus orang sabar, maka mereka dapat mengalahkan dua ratus orang, dan jika di antaramu ada seribu orang, maka mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang yang sabar. (8:66)]

Saturday, March 8, 2008

rakan 1


oh. tak. ini bukan gambar aku. aku jauh lebih handsome. ini adalah rakan karib aku, Mohd Safwan bin Roslan. boleh panggil, Mat Jiwang. kenapa Mat Jiwang? well, nama ni dah terlekat dekat muka dia sejak dia kecil lagi. tak boleh buat apa-apa. berkali-kali aku cuba bawa dia to the other side. tapi aku gagal. minta maaf, bertambah lagi satu umat Mat Jiwang. hanya tau melayan lagu-lagu cinta, dan melayari laman web http://www.jiwang.org/.

dia juga telah mula menunjukkan simpton Parkinson's. tetapi masih belum mencapai tahap kritikal. kerana penyakit ni, dia tidak boleh menaip dengan betul. kadang-kadang, sangat sukar untuk memahami penulisan dia. contohnya, ayat yang akan keluar "nashir, kai dha tenok belun anruto beru?" dan sebagai kawan yang memahami, aku hanya boleh menginterpretasi ayat itu sebagai "nadhir, kau memang hebat."

info tambahan, Mohd Safwan ni juga berkacukan India. tapi, aku taknak komen pasal yang tu. isu sensitif. takut dia bawak geng datang rumah aku buat rusuhan kaum. mentang-mentang aku berkacukan Cina. dia tak puas hati.

baru-baru ni juga, pada hari khamis yang lepas lebih tepat, adalah hari jadi dia. tapi kesian. tak ramai yang wish. tak ramai yang ingat. tak ramai yang kasi hadiah. jadi, dia mula tak mengaku yang 6 mac adalah hari jadi dia. jadi kawan-kawan, rakan bloggers sekalian, marilah kita bersama-sama wish Selamat Hari Jadi kepada Mohd Safwan. akhirnya dia dah berumur 18 tahun. tapi dia masih tak boleh menerima hakikat, sebab tu dia seringkali berkelakuan seperti budak-budak. indenial.

dan yang paling penting, dia ni suka berjambu dengan orang. tempatnya terhad-lah of course. kena queue kalau nak jadi jambu dia. selaku P.A dia, aku rasa bertanggungjawab untuk menyenaraikan ciri-ciri jambu yang dia cari;

1. anda perlulah berkulit cerah dan pastikan tiada jerawat.

2. keupayaan bahasa Inggeris anda hendaklah tidak sehebat Nadhir.

3. anda tidak boleh menjadi seorang yang ceria. sebolehnya bersikap depressing (aku cadangkan baca sastera Rusia). lebih banyak masalah, lebih bagus.

4. anda hendaklah menjadi presiden sesebuah persatuan bahasa Inggeris di sekolah anda ataupun hebat bermain tenis ataupun menjadi Ketua Surau di sekolah anda.

cukup mengenai itu. ciri-ciri gadis idaman dia pula? wajib mempunyai rupa seperti seorang Cina. mata mesti sepet. kalau tak sepet, tak boleh.

ok aku rasa cukup setakat itu sahaja. aku pasti, dia mesti emo lepas ni.

Yang Hebat,

Nadhir, 165cm, 45kg.

sasterawan

sekarang ni, aku sedang mendalami sastera Rusia. hasil-hasil karya Alexander Pushkin, Leo Tolstoy dan Maxim Gorky.

so far, Hadji Murad dan The Death of Ivan Illych karya Leo Tolstoy menjadi kegemaran aku.

rumusan aku tentang sastera Rusia: kebanyakannya bertemakan kesengsaraan dan perjuangan. sangat depressing. bukan untuk yang berjiwa lemah. sudah pasti.

sebilangan daripada sasterawan Rusia lahir dalam era komunis. era yang memperjuangkan hak sama rata rakyat. era Black Bread.

tapi semuanya berakhir pada tahun 1991. sejak hari tu, karya yang dihasilkan, mempunyai nada yang semakin, er, ceria. tapi masih depressing.

ok, cukup setakat itu sahaja. aku nak sambung membaca. kali ini, Her Lover karya Maxim Gorky.

aku sedang mencari katarsis dalam pembacaan ini.

Tuesday, March 4, 2008

debaran

tanggal 12 mac 2008.

hari yang semua orang nanti-nantikan.

hidup anda menjadi sia-sia sekiranya tidak melepasi detik ini.

tak, bukan hari jadi aku.

tapi, hari ini bakal menentukan,

sama ada aku akan menyorong balik beg tarik aku ke rumah,

(terkenang adegan Akademi Fantasia seketika)

kerana terpaksa ditendang keluar daripada program SPC Rusia.

persoalannya: adakah orang akan meratapi pemergian aku? dan menarik-narik kaki aku kerana keengganan melepaskan aku? aku harap ya.

[...]

tapi aku harap tak kena tendang-lah.

Saturday, March 1, 2008

renungan untuk aku [dan kamu]

Barangsiapa yang ingin melihat negaranya pada masa akan datang, lihatlah para pemudanya pada masa kini.

Titik.

[Saidina Ali Karamullahi Wajhah]

Barangsiapa yang ingin melihat tahap intelektual negara pada masa akan datang, lihatlah bagaimana tahap kedegilan para pemuda tua yang enggan membayar pinjaman PTPTN, MARA, JPA dan sebagainya pada hari ini.

Titik.