Friday, February 29, 2008

politikus

[1]

aku diserang sekali lagi. ledakan virus Influenza sudah merebak dalam badan aku. bersin, hingus dan kahak sudah sinonim dengan aku beberapa hari ni.

aku melawat doktor imaginasi aku sekali lagi.

jawapannya tetap sama; "Nadhir, awak ni alah dengan kerajaan-lah!"

minta maaf, aku baru balik dari Kem Biro Tatanegara. di mana tugas mereka hanyalah menyebarkan sentimen kerajaan yang berbaur dengki terhadap parti pembangkang.

hanya tahu menjatuhkan Anwar Ibrahim, PAS, dan orang Cina.

aku bukannya bersikap prejudis terhadap kerajaan. diskriminasi adalah.

[2]

suasana politik di Subang Jaya;

bendera biru tua menyakitkan mata semuaorang yang lalu-lalang (nama parti dirahsiakan) sehingga di dalam tandas Subang Parade pun ada. ya, aku tak tipu.

zaman Datuk Lee Hwa Beng yang celik IT itu sudah berakhir. kalau dulu, poster bersepah di Internet. tetapi, generasi sekarang tidak tahu strategi berkempen. sebab itu terpaksa membuat desperate attempt di beberapa lokasi yang keji.

namun, di antara celahan bendera biru tua itu, terdapat juga beberapa helai bendera parti pembangkang yang ibarat malu-malu untuk berkibar.

tidak ada harapan untuk menang, pada pendapat aku.

oh, dan cuba bayangkan PAS bertanding di Subang Jaya.

tak, aku tak dapat bayangkan.

Saturday, February 23, 2008

pengaruh

"kelantanisasi." kata Aizzat, anak jati Pasir Mas itu.

ini bukan fiksyen.

statistik menunjukkan lebih 50% pelajar RusSA 2008 (Russian Students Association) berasal daripada Pantai Timur.

semestinya ini bukan fiksyen lagi.

Friday, February 22, 2008

adegan luar rumah

semalam ada ceramah agama di intec. biasa-lah, tiap-tiap minggu ada. kali ni, penceramah ialah ustaz tersohor intec sendiri, ustaz Redha. aku yakin nama dia bakal setanding dengan ustaz Wan Sohor (yang akan memberi ceramah di Masjid Al-Hidayah, Shah Alam pada 23hb Feb)

tapi, tujuan sebenar aku bukan untuk bercerita pasal ceramah tu.

waktu aku tgh khusyuk mengipas badan aku dalam dewan intec tu (air cond rosak), tiba-tiba jer aku dapat call. sekaligus gemaan ringtone bomberman aku memenuhi ruang vibrato dewan. aku lupa nak silent.

aku pun terus angkat. nasib baik ramai orang tak sedar; tak sedar diri, sebab mereka semua dah tido.

rupa-rupanya mak aku call. aku tanya-lah, apa yang urgent sangat ni?

dengan nada cemas, mak aku menceritakan semula cerita yang mungkin telah diceritakan kepada adik-beradik aku yang lain (atau mungkin aku yang pertama).

ada nenek cina diragut di depan rumah aku. ya, di depan rumah aku sewaktu mak aku sedang membasuh kereta.

ceritanya begini: mak aku dengan gembiranya sedang membasuh kereta. tiba-tiba dia terdengar jeritan. mula-mula dia ingat motorsikal pakcik jual ice cream tu terbalik. rupa-rupanya ada nenek cina yang merupakan jiran aku diragut.

nak pendekkan cerita, mak aku dengan didorong oleh semangat hero-ism nya telah bergegas ke tempat kejadian. dengan harapan, untuk menendang motorsikal itu jatuh. aku tak tipu.

tapi, alhamdulillah, Allah Maha Besar. mak aku ternampak peragut tu membawa parang sebesar parang yang Kino sering bawa di dalam novel The Pearl. dia pun lari masuk rumah balik (mak aku tak suka ditetak oleh parang, dan aku pasti kamu juga)

nak dipendekkan cerita lagi, nenek tu selamat. walaupun badannya berdarah sedikit hasil daripada pergelutan dengan peragut itu. tapi, barang kemas dia tak begitu selamat. lesap.

[...]

dan aku ingat SS19, kawasan perumahan aku merupakan sebuah guarded community. aku silap. pengawal-pengawalnya yang dibayar oleh mak bapak kami hanya tau makan gaji buta. dan mungkin juga matanya buta. ini sudah pasti.

pecat.

Wednesday, February 20, 2008

drasvuytiye! (hello)

Natalia Vladimirovna.

tidak, dia bukan pemain tenis handalan dunia.
mahupun dia anak Vladimir Putin.

tapi dia lecturer Russian Language aku.

kenapa nama dia begitu gah sekali sehingga boleh muncul di blog aku?

(safwan jangan perasan, aku tau nama kau berapa kali dah muncul kat blog aku. dah tambah lagi satu yang ni)

sebab dia-lah lecturer R.L yang paling lawa dan comel haha.

ok, minta maaf. aku tengah angau Natalia, lecturer aku sendiri. keji. keji.

Thursday, February 14, 2008

sia-sia

empatbelas haribulan dua.
ada apa?

oh, hari kejatuhan leftenan adnan, seorang patriot negara yang mengetuai rejimen menentang penjajahan Jepun.

tetapi seringkali dilupakan kerana jatuhnya pada Valentines day. tak kisah-lah.

kepada rakan non-muslim aku, selamat bergembira pada Valentines day. kalau nak bercumbu, jangan segan-silu buat di khalayak ramai. besar kemungkinan rakaman video bercumbu anda akan dipos di internet dengan tajuk "Pelajar Malaysia Terlampau" ataupun "Klip Video Panazz Amoi".

dan kepada rakan muslim aku yang menyambut Valentines day sehingga mengalahkan sambutan maal hijrah, sila pergi ke gereja berdekatan rumah anda dan minta Paderi John untuk membaptiskan anda. terima kasih.

Wednesday, February 6, 2008

ah, warung Melayu di Subang.

selamat datang adik. nak order apa?

special kami di Nita Bakar pada hari ini adalah Tomyam Pedas Nak Mampus dan juga Ikan Kembung sekilo sejuta ringgit.

nak apa-apa lagi adik?

"kerang rebus ada kak?"

ada,tapi minta maap banyak-banyak la. Kerang Saiz Mini kami dah out of stock lah. tinggal saiz Nano jer. boleh tak?

"hm bolehlah kak, saya pun dah lapar nih."

sayur dik? hari ni special sikit. kami ada buat sayur Kai Lan Stail DS MRSM, terlebih rebus, terlebih cili. sedap dik.

"ok-lah, kasi saya satu pinggan."

"oh, jangan lupa kasi saya 1 sirap limau yer."

ok dik. nanti kami tuang lebih sikit pewarna, kasi bibir adik terus merah macam tomato. baru sexy. ok tak?

Sunday, February 3, 2008

donut dan kopi

my leg freaking hurts.

aku rasa, aku tengah mengalami sindrom EID. Excessive Iceskating Disorder. semalam, aku luncur ais selama 5 jam tanpa henti. jadi, buat masa sekarang, aku rasa aku akan menolak sebarang tawaran iceskating. tapi kalau nak belanja, aku tak kisah-lah. just give me a call, yeah?

[...]

amaran: entri kali ini berbau perkauman.

aku ke carrefour (pronounciation: sukahati) tadi utk shopping. bukan untuk chinese new year, tapi persiapan ke sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia (nama dirahsiakan, maaf.). anyway, aku nak cerita kisah yang berlaku waktu aku tgh queue.

time tu, aku sedang sibuk-lah mengelamun. pikir; bila nak kahwin, kenapa langit warna biru, dan why the hell did the chicken cross the freaking road. tiba-tiba aku tersentak. ada orang jerit depan aku. aku pandang, tenung dan tengok diorang. a couple of foreign workers, causing a ruckus. perbalahan diorang diteruskan dalam bahasa penjajah. aku tak mau elaborate, cukup sekadar kalau korang faham dialog mereka dipenuhi dengan perkataan F (bukan fuck yer).

yang aku bengangnya, diorang buat carrefour tu macam bapak diorang punya. gaduh tak ingat dunia. security guard pun sekadar nak tengok jer. acu la pistol ke apa. kesian-lah kat penjaga cashier tu. muka cuak cam nak berak. aku assume, dia budak baru belajar. 5 minit kemudian, masih tak stop.

punca pergaduhan: mamat kat belakang dia cut queue. dan ditambah sedikit dengan ego lelaki, serta sikap taknak kalah pekerja asing. aku taknak mendedahkan negara asalnya, cukup sekadar kalau kau tau yang perdana menterinya (seorang wanita) dilanda bermacam-macam kontroversi. anyway, lepas aku rasa macam sejuta tahun menunggu, aku jerit kat diorang "excuse me, can you please fucking hurry up? we dont have all the time in the world like you do okay? you freaking unemployed foreign worker!". eh, kebebasan bersuara kan?

usually, aku takkan bersikap begitu, kalau sebabnya munasabah. contoh: orang dekat belakang queue kau curi paket mi sedaap terakhir dalam hipermarket yang kau kunjungi.

tapi, aku tak peduli. semuaorang pandang, aku senyum. publisiti murahan. haha. diorang blah, aku bayar, dan selamat malam.

p/s: Big Apple sudah buka di Subang Parade hari ini. aku yakin, kepada semua penggemar JCO, kedai donut dan kopi ini takkan mengecewakan korang.

Friday, February 1, 2008

artifak, ekofak, wadafak.

2 jam yang lalu, aku menjalankan proses spring cleaning di bilik aku. maklumlah, dah 2 tahun tak kemas. sejak aku meninggalkan smksu, mmg takda masa aku luangkan utk bilik aku. jadi, sbb aku free tadi, aku pun decide nak temankan bilik aku, yerlah, takut lonely pulak.

anyway, aku nak cita benda lain. lepas aku selongkar bilik aku, adalah aku terjumpa cebisan memori aku waktu aku form 1, 2, 3. lebih dikenali zaman jahil; ponteng sekolah untuk ke CC dan ponteng kelas menjadi rutin harian. pakai seluar baggy, main kad sampai kena rampas, buat prank call kepada cikgu, skip waktu pj pagi utk ke kedai mamak, sampai kena kejar dengan Mr Ang, cikgu disiplin.

tapi aku tak kisah. bagi aku, pengalaman tu semua yang menjadikan high school days aku, exciting. kalau korang hidup skema jer, mesti boring. takda benda yang boleh diceritakan balik kepada cucu-cicit kau nanti. cucu-cicit kau pun naik bosan dengan kau nanti, kena hantar rumah orang tua tak pasal-pasal. tapi itu hidup kau. aku tak peduli.

selaku presiden kelas waktu tingkatan 1, penyalahgunaan kuasa menjadi amalan. yang aku pelik, takda sapa berani bantah haha. sekaligus, aku menjadi presiden favourite kelas aku. dan tak heran-lah aku menjadi presiden kelas 3 tahun berturut-turut. kemungkinan besar sebab aku sering mempraktiskan "aku malas panggil cikgu-lah", bila cikgu tiada dalam kelas. ataupun "eh, kau keluar jerlah kelas. aku lupa bawak pas keluar. nah, ambik tag ketua tingkatan aku!".

long story short, my high school years were awesome. dan semuanya terjadi, sebab classmates aku rock.


[...]

yang bestnya, pada akhir proses, aku berjaya mengutip lebih kurang RM 400++. sumbernya daripada helaian-helaian wang kertas RM 1, RM 5, RM 10, RM50 dan paling aku terkejut, RM 100 yang suka menyorok dekat bawah almari/laci aku. yea, cukup duit nak beli skinny jeans haha.