Wednesday, December 31, 2008

islam atau Islam?


pada kata kerja? atau kata nama?

kalau aku cabar kau, pergi tengah-tengah metropolitan Kuala Lumpur, dan jerit "Sapa nak tengok Islam, tengok aku!"

ada berani?

Islam itu Ad-Din, 24/7 wajib dilaksanakan. bukannya 2 jam sehari waktu ibadah-ibadah khusus jer.

ibadah am pun sama penting. semua benda yang kita buat seharusnya berniatkan hanya kerana Allah s.w.t.

niat senang-senang macam tu pun dapat pahala free terus. taknak ke?

nak buat dosa susah lagi rasanya. kalau niat buat jahat, tak dapat lagi dosa. bila dah laksana baru neraca al-mizan kau senget sikit.

amacam? tawaran hebat punya Islam kasi.

saja kasi pesanan ringkas sempena maal hijrah. sama-sama kita berubah ke arah mukmin yang berprestasi dalam redha Allah s.w.t.

Sunday, December 28, 2008

selamat raksi sanah hijriyyah!

[...]

aku ada azam baru. (sempena tahun baru)

kali ni, berbunyi lebih serius dan matang.

aku nak cari gadis muslim Rusia dan kahwin dengan dia.

sebelum tu, aku nak pastikan, rambut dia warna blonde, hidungnya mancung, berbadan tinggi dan bermuka Eropah.

supaya anak aku nanti keluar perut terus ada rambut blonde, hidung yang mancung, lagi tinggi dari bapak dia, dan bermuka Eropah.

lepas tu aku nak hantar dia pergi MRSM Taiping.

mesti dia jadi rebutan ramai.

tapi aku nak namakan dia nama kampung.

supaya dia tak lupa diri. Abu? Ali? Boboy? Tomok?

ini sebenarnya impian aku sejak aku tahu makna angan.

doakan aku?

[...]

tapi kajian saintifik membuktikan rambut warna hitam adalah sentiasa lebih dominan.

macammana ni? aku harap aku punya resesif.

aku betul-betul nak anak aku rambut warna blonde!

serangan mengejut

sahabat aku baru dipukul teruk oleh segerombolan orang Rusia yang perangai macam suku sakat babi hutan. kejadian spesifik masih tak diketahui sebab waktu aku turun ke bawah Pushkin (hostel aku), sahabat aku, ok kita namakan dia Asngam, sudah berlumur dengan darah macam lepas lembu kena sembelih.

cerita secara ringkas macam ni. mungkin ada unsur fiksyen sikit.

Jarum jam menunjukkan pukul 5.51 p.m. Keheningan petang di luar hostel Pushkin hanya ditemani oleh salji mikroskopik yang tak berhenti-henti turun semenjak terbitnya fajar. Masuknya waktu Isyak pada pukul 5.01 p.m biasanya menandakan cahaya suria sudah lama ditelan kegelapan malam. Tak ramai yang berani keluar kerana takutkan Sang Drakula akan muncul.

Malam ini akan berlangsungnya parti Krismas di Pushkin. Asngam, lalai sedia ada, terlupa untuk membeli hadiah Krismas bagi pasangannya. Tidak terlintas dalam fikirannya, untuk hanya singgah di Kooperasi tingkat bawah bagi membeli hadiah tersebut. Mungkin, terlalu cikai, fikirnya.

Maka, bergagahkan winter kot Earth Gearnya yang baru dipakai hari ini setelah penat lelah membeli-belah di Gum semalam, beg Swan yang besar, sarung tangan kulit dan snowcap Rinak Tepli Stan, dia pun keluar dari Pushkin untuk ke pusat membeli-belah Kaluzhski walaupun terpaksa mengharungi ribut salji dan suhu takat beku bagi dinitrotoluene.

Asngam merupakan seorang yang berani lagi tabah, maklumlah, produk MRSM Kota Kinabalu. Mitos seperti Sang Drakula tidak langsung menggetarkan tulang sum-sumnya. Lagenda puteri gunung Kinabalu lebih seram bagi dia.

Berbekalkan muzik terkini Jepun yang dipasang melalui telefon bimbit Sony Ericsson W350i, dia dengan selamba badaknya jalan ke stesen bas terdekat. Tidak jauh, lebih kurang 100 meter sahaja.

5 minit. Stesen bas tidak jauh kelihatan dari sudut visual Asngam.

POK! KEPUSH!

Asngam tergelincir. Sambil menyumpah salji, cepat-cepat dia bangun, sepantas Usain Bolt berlari pecut. Nasib baik tiada siapa nampak, cuma beberapa orang Rusia berpakaian serba hitam dari jauh. Malu 7 generasi kalau diketahui insiden ini. "Nasib baik bah, apa cucu-cicit aku akan fikir pasal aku kelak kalau terkantoi ini", Asngam berdengus.

Dipercepatkan langkahnya ke stesen bas untuk mencari perlindungan. Bas 295 ke Kaluzhski memang terkenal dengan sifat lambatnya, sama seperti KTM Malaysia. Asngam kesejukan, tetapi tidak keseorangan.

Tiba-tiba, BUK!

Satu rembatan hinggap dibelakangnya. Sakitnya ibarat dicucuh puntung rokok. "ADUH!", Asngam menjerit.

Terkinja-kinja dia pusing ke belakang untuk melihat jembalang mana yang berani menyentuh badan dia. Terkejut apabila melihat Sang Drakula dan rakan-rakannya yang menjadi dalang kejadian itu. Nasib baik, dia sedang memakai beg Swannya yang besar. Impak pukulan lantas berkurang secara signifikan. Seperti gigitan nyamuk.

Ibarat seorang pesilat negara, Asngam terus memasang kekudanya dan membuat pembukaan bunga. SENI PEPERANGAN SPONTAN! Asngam menyawankan dirinya sendiri!

Gagal, hasilnya. Kawan Sang Drakula telah menarik tangan Asngam dengan ganasnya. Sang Drakula pun seterusnya memukul kepala Asngam dengan sebatang kayu (dalam variasi lain, botol kaca, ikut mana kau rasa lagi brutal).

Asngam tersungkur di atas tanah beku Rusia. Memori zaman pra-remaja terus bermain di fikirannya.

Tiba-tiba, terasa satu bendalir yang panas dan melekit mengalir di muka. Oh, darah.

Bertuah, darah yang kekurangan oksigen itu terus beku dek suhu melampau sejuk di Moscow. Syukur juga, hood kot winter Earthgear serta snowcap Rinak Tepli Stan telah berjaya melindungi otaknya daripada mengalami pendarahan dalaman. Tulang parietal juga layak dipuji.

Asngam bangun dan cuba melarikan diri. 3 kali. Tetap gagal. Setiap kali dia cuba memulakan larian langkah seribunya, mesti salah satu kawan Sang Drakula berjaya menarik begnya. Padah pula, bawak beg besar ini.

Pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, terjahan demi terjahan. Asngam menahan sakit. Dia hanya mengharapkan satu keajaiban Krismas akan berlaku seperti Santa Klaus akan datang dengan Rudolfnya untuk menyondol Sang Drakula.

Namun, semuanya tak berlaku.

Setelah menghisap darah secukupnya, Sang Drakula melarikan diri. Asngam mula pening. Burung-burung sudah berterbangan sekeliling kepalanya. Dia pitam, di atas tanah beku Rusia, keseorangan.

Beberapa minit kemudian, Mamat Afrika muncul dari entah mana. Soalan pertama ditanya, "Hei, are you ok?!", walaupun sudah jelas, terang dan nyata ibarat izhar halqi bahawa kepala dia berlumuran dengan darah dan hampir menyambut ajal. Asngam tidak mampu untuk menggerakkan otot buccinator, lantas hanya bangun.

Mamat Afrika pun pergi begitu sahaja, ibarat angin. Watak pipih.

Berbekalkan segala kudrat yang masih ada, Asngam berjalan sehingga ke depan Pushkin, mencemarkan kesucian salji dengan darahnya. Merah. Pekat.

[...]

ok penat nak sambung. lepas tu selepas interogasi pihak polis dalam bahasa rusia yang tidak membuahkan hasil sebab takda sapa faham, paramedik hantar dia ke hospital naik ambulans. dalam kecoh-kecoh di bawah Pushkin tu, sebab ramai sangat orang keliling, aku gagal mengambil foto dia.

menyesal tak sudah.

[...]

Asngam dah keluar dari hospital, dan selamat sampai ke hostel pada malam yang sama.

botak, dengan 5 jahitan.

kalau dia pakai jubah warna kuning oren, mesti orang salah sangka sebagai sami Shaolin.

Sang Drakula pun tak berani menyerang.

Friday, December 26, 2008

pupus

[1]

sahabat 1: hang betui nak mai sini ka?
nadhir: mesir? betul lah. tiket flight semua dah tempah. takkan nak cancel. awat?
sahabat 1: sini sejuk gila laa! takyah la datang! takut menyesal pulak.
nadhir: haa? berapa suhu?!
sahabat 1: 13 darjah celsius.
nadhir: ...

panas-lah tu hebat!

[2]

suhu ekstrem disini mampu mengubah bentuk fizikal haiwan secara fizikal.

evolusi dan adaptasi. macam heroes pulak.

contohnya, seekor ayam demi mengelakkan mati beku seperti dalam freezer (hei! itu nasib kau juga kelak), akan mempunyai bulu kaki yang banyak! lebat habis. sampai tahap tak nampak taji dah.

nasib baik orang Rusia tak mengalami adaptasi dan berbulu banyak jugak.

ada jugak sesetengah haiwan, yang mengalami adaptasi sehingga lenyap terus diatas muka bumi Rusia.

contohnya, semut dan lalat. mungkin aku jer tak pernah jumpa lagi.

tapi aku tak boleh set minda aku untuk menghasilkan visual haiwan-haiwan ini dalam keadaan yang berbulu lebat.

semut berbulu.

pelik pelik.

[...]

hidup bebas serangga memang best.

tak perlu dibebankan dengan masalah meletak donat di luar ataupun membiarkan air sirap di kawasan terbuka. (kalau manusia, jangan cerita)

[...]

macam ni, pepatah melayu "ada gula, ada semut", boleh disangkal.

kalau kat sini, ada gula, ada jer orang datang menjilat. lapar tak lapar.

duit, kopi dan arak

[1]

tahniah najib dan zeti! terima kasih ya.

matawang malaysia dah naik. rm 1 bersamaan dengan 8.34 ruble. naik 1 ruble dah.

mari serang bank uralsib! takda komisen!

[2]

budak batch aku, abu dan ali (dua-dua bukan nama sebenar), kena halau dari hostel sebab masak nasi menggunakan periuk nasi dalam bilik. admin disini memang bengap sikit, maafkan-lah orang rusia ni. padahal semua orang Asia kot masak pakai menatang tu. tak pulak dihalau bekas-bekas ahli bilik aku yang tak serik-serik mengeluarkan bunyi utensil dapur berlaga (Vietnam!)

sama ada:
1. mama (gelaran bagi penjaga floor aku) sedang menghadapi menopaus. itu yang ghairah semacam menghalau semua orang Malaysia keluar dari hostel (mereka mangsa kedua dan ketiga).

2. ataupun dengki dengan inovasi teknologi dalam menanak nasi, sebab periuk nasi tak dijual di Rusia.

itu cerita lain.

jadi, mama dengan bangganya telah merasuah mereka kalau tak mahu nak pindah, belikan dia 3 kotak coklat jenama xxxxx. mula-mula, ingat dia memain, lepas tu muka serius semacam.

masalahnya, tak semena-mena lepas tu selamba muka Mongol dia jer dia nak suruh mereka hadiahkan dia arak jenama zolotoi pulak.

tak rasa macam kena eksploit ke?

sahabat 1: baru aku tau kenapa altantuya mati dibunuh.

p/s: mama Mongolia horny tengok budak batch aku. pagi-pagi ada jer muka dia terselit dalam bilik bajet nak check kebersihan bilik.

baru

Alhamdulillah. sahabat aku di sekolah rendah dulu yang memang sudah lama menunjukkan minat terhadap Islam akhirnya sudah memeluk Islam. inilah kisah Aleya Ariana @ Tan Ed Na.

[...]

RANTAi Art Event 2008.
(below is the script to my story that i have presented during the event)

Assalamualaikum everybody.

Kali ini tiada sajak tetapi aku mengambil peluang ini untuk memberi intro/pengenalan tentang novel aku di mana kejadian sebelum dan selepas aku memeluk Islam. Ini adalah sebahagian awal dan detik yang sangat bermakna dan berharga bagi aku kerana aku telah dianugerahkan petunjukNya pada umur 10 tahun, iaitu ketika cahaya datang menyapa dan aku ditampar dari lamunan yang panjang. Aku telah memilih Allah sebagai pertama dan terakhir dalam hidup dan matiku dan aku tidak akan menyesal. Tidak. Biar aku mati sekalipun, aku berasa bangga meninggalkan dunia ini kerana dapat mati dalam Islam dan Iman.
Bangga kerana dapat mati dalam agama yang pernah mencatat sejarah terbaik dalam hidup aku. Bangga kerana Islam telah membawa aku meninjau dan mengharungi pelbagai dugaan yang Dia sediakan khas untuk aku. Bangga kerana dapat mati sebagai wanita berbangsa cinta tetapi telah memilih Islam sebagai agama kebangaan dalam dunia dan akhirat.

Jika bukan kerana petunjukNya, tidak mungkin aku akan di sini, tidak mungkin aku akan mengenali siapa diriku sebenar malah mungkin tidak ada peluang mengenal penciptaku sendiri. Mungkin aku masih berjalan tanpa tujuan dan erti. Islam mendewasakan aku dan telah membawa aku melangkah sejauh lebih dalam daripada apa yang aku sangkakan. Aku bahagia meski dalam luka. Tanpa ujianNya, mungkin aku tidak akan tahu bagaimana kehidupan sebenar ini mencubit aku. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Ini adalah untuk saudara-saudaraku. Aku ingin berkongsi tentang perjuangan yang harus aku dan saudara-saudara baru yang lain dalam mencari keredhaanNya sedangkan saudaraku sendiri tidak mengendahkan apabila diberi peluang dariNya untuk bersujud di atas sajadah, malah diberi waktu yang cukup untuk menghadapNya setiap hari, walhal orang-orang macam kami yang bukan dilahirkan dalam Islam, sangat mendahagakan kebenaran dan kasih sayangNya. Kamu mempunyai untukNya tetapi tidak pernah menggunakan dengan sebaiknya, sedangkan aku mahu peluang itu tapi tak dapat.
Aku lihat Melayu semakin layu. Bangsa bukanlah persoalan tentang keagamaan tetapi tentang jalan hati yang aku kamu akan tujui bukan hanya untuk sekarang atau esok hari, tetapi untuk mencari kebahagiaan dan cinta yang abadi, iaitu berpaksikan cintaNya untuk mendapatkan yang nyata. Janganlah engkau mengkafirkan diri sendiri.

Tajuk novel aku Khalida Ibtihaj. Intro babak 1.


--------------------------------------------------------------------------


Intro : Kehidupan yang mewah. Kereta, pakaian, perabot, dan rumah yang besar. Apa yang ada di rumah inilah adalah kemahuan setiap manusia. Mama papa bersifat materialistik. Very proud of themselves. Papa duit.. duit.. duit.. tak cukup lagi.. judi.. judi..judi. Mama.. pentingkan status dan nama.. suka menghina gemar mencarut dan merendahkan semua orang yang berada di bawahnya.. termasuk aku. Berlaku dari zaman persekolahan pada darjah 4, tahun 2000 hingga habis zaman persekolahan pada tahun 2007. Sepanjang tempoh perjalanan 8 tahun ini, aku sentiasa berlari dan bersembunyi untuk melindungi rahsia ini dari mereka, hinggalah sekarang. Mereka tidak tahu aku sudah memeluk Islam. Namun, aku sudah menetapkan hati dan bersedia menempuh untuk esok hari. Semoga Allah memberi kekuatan pada aku.



Nama aku Tan Ed Na kemudian aku kenal Islam dan aku menjadi Aleya Ariana. Ini kisah aku.




1- (di sekolah dalam library)



Aku mencari buku dan membelek satu per satu.. dari banyak-banyak buku yang tersusun rapi di rak,tiba-tiba buku kisah Nabi Adam dan Hawa terjatuh pada tanganku secara tidak sengaja.




Ed Na
“Aik, apa ni? Hmmm”



Timbul perasaan ingin tahu. . Diselek satu halaman demi halaman. Cerita Nabi begitu memikat hatiku. Aku ingin tahu apakah disebaliknya. Persoalan dalam hatiku ingin mengetahui Apa itu Islam?



2 – (di rumah selepas makan)



Ed Na
“Ma, can you fetch me to my friend’s house.. I need to finish up my Science’s project for school”




Tiba sahaja di rumah *Ain, Aku terus memakai tudung dan ayahnya menghantar kami ke sekolah agama.





3- (dalam kereta ayah Ain)



Sedang bergelak ketawa bersama keluarganya. Tiba-tiba aku ternampak kereta mama sedang menunggu di luar perkarangan rumah Ain. Mama memandang aku yang bertudung dari dalam keretanya.





Ed Na
"Alamak..matilah aku. What should I do now..Hmm..” getus hatiku.





4 – (di rumah)


Mama dengan gelabah lekas menelefon papa. Tidak lama, papa sampai dan terus memaksa aku secara kasar ke dalam kereta.





Ed Na
“Pa, where are we going?”



Senyap...Pertanyaan aku tidak dijawab.


Ed Na "Heloooooooooooo! I’m asking a question! Where are you taking me?! Please answer me!” jerit aku yang tidak dapat lagi menahan perasaan takut dan gelisah.




Papa
“JUST SHUT THE HELL UP! DON’T ASK SO MUCH. You think you are smart? Doing things on your own.. Are you a Malay? You are stupid.. worse than a cow. If you think you did nothing wrong, then why are you scared to follow me? Just follow me and shut up. Don’t ask anymore. I will bring you wherever I want to bring you!” kata papa dengan bengis



5 – (sampai di sebuah rumah yang usang dan buruk)



Beratus patung di dalam rumah buruk itu. Suasana rumah yang agak samar dan ‘panas’. Perasaan aku sudah tidak sedap. Aku tidak selesa. Aku dapat merasakan ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku ingin melarikan diri dari tempat itu secepat mungkin. Tapi kemana? Siapa akan tolong aku?Aku takut.. aku takut sekali. Seorang wanita tua sedang duduk dan menunggu.


*


Wanita tua itu memegang kepala aku lama-lama.



Wanita tua
“Lei ke lui hang choa lou.. nah.. hei yu yap Islam..
(your daughter is in the wrong way..she wants to embrace Islam)




Mama
“Lei pong ngo kui hei fan lei la.. ho mo? em koi la.“
(can you help me to bring her back to the right path. can you? please)





Bomoh tua itu menulis sesuatu dalam cina di atas sekeping kertas kuning yang panjang dengan menggunakan lilin merah yang basah dan membakar kertas itu lalu memasukkannya dalam gelas yang telah berisi air. Bomoh tua itu meminta aku meneguk air itu sampai habis walaupun aku tidak mahu sebenarnya. Aku tidak tahu ayat apa yang harus dibaca ketika itu. Aku terdesak.. Aku terpaksa meneguk air itu sampai habis. Bomoh tua tersenyum sinis pada aku.




Ed Na
"SYAITAN!!!!” getus hati aku dengan penuh kemarahan.




6 – (di sekolah dalam library)



Aku cuba mengimbas kembali apa yang telah aku pelajari. Tetapi tidak boleh. Kepala aku sakit. Seperti ada kuasa yang menghalang aku untuk mengingati dan mendekati Islam. Surah-surah Al-Quran, cara sembahyang, doa-doa, al-fatihah dll semuanya seperti ‘kabur’. Lidahku tidak lancar untuk menyampaikan sebarang doa yang aku hafal. Aku tahu ini angkara bomoh tua itu.




7- (dalam rumah) (lebih kepada perbuatan, jiwa/hati/mental. kurang dialog)




Keadaan di rumah sudah berbeza. Tidak sama seperti dulu. Suasana di rumah “panas” Mama tidak pernah rapat dengan aku.. dan bertambah renggang hubungan aku dan dia semenjak peristiwa itu. Aku sangat rapat dengan papa. Tetapi semenjak kejadian itu, mama selalu mengacau fikiran papa dan selalu menggunakan helah dan cara untuk membuatkan papa benci pada aku. Mama mendera aku setiap hari dari segi mental.. dan papa mendera aku dari segi fizikal. Aku disepak dipukul, di tampar seperti binatang. Abang aku juga begitu, tanpa sebab yang munasabah, dia naik tangan. Adik laki aku juga turut dipengaruhi. Seluruh ahli keluarga aku menghina, mencaci aku setiap hari. Mereka tidak pernah memanggil aku dengan elok. Mereka mencarut seperti stupid fuck, gong ca wo (perempuan bodoh), siau ca wo (perempuan tak siuman) suey ca wo (perempuan sial).




Mama
"Woi perempuan cibai sial! If I know you are gonna be my daughter, I would have left you at the rubbish damp. Do you think I am happy and proud to have a daughter like you? I’m embarrassed. Do you know that you are ugly? Fuck u!”





Aku sakit.. aku derita. Apabila aku akan di dera, aku terus lari ke bilik dan mengurung diri. Papa bangs at my room door hardly and violently so that I would come out. Aku hanya mampu mengalirkan air mata dalam ketakutan. Akibat tekanan yang terlalu memuncak, aku mencari jalan keluar dengan mengerat tanganku. Aku tidak sengaja atau berniat, cuma kerana melukakan diri aku kerana hati aku sudah beku dan aku tidak dapat merasai kesakitan yang nyata melainkan darah yang mengalir dari daging aku sendiri. Aku menghadapi konflik dalam diri yang melampau hingga tidur di atas lantai setiap hari kerana aku menganggap diri aku hina, tidak layak tidur di katil yang empuk dan lembut. Nothing's real.



Ed Na
“All I ever wanted was your love and attention..not this house.. not the money..” hatiku menangis.




*




Tidak aku sangka orang tuaku menggunakan cara kotor untuk menghapus Islam dari pemikiranku. I was shaking because I was very angry.
All I could do was to rebel at my soul as I could not show any visible tantrum. Aku tabahkan hati. I wanted to know who I really was and what I am deep down.




8- (di sekolah)





Selama 2 tahun aku ‘lost’. Sejak kejadian darjah 4 hinggalah darjah 6. Aku masih mahu mempelajari Islam cuma tiada semangat dan kekuatan yang mampu menarik aku untuk berdiri kukuh kembali. No one help me or understand what I was going through. I was a loner. Ain avoided me because she was scared of my parents. Aku jatuh dalam gelap buat seketika dan hampir membunuh diri akibat kesan tekanan yang keterlaluan dari keluarga. Hanya mampu mengalir air mata kepedihan setiap malam. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu apa yang aku rasa pada ketika itu. Namun, kerana aku masih memiliki iman, aku masih waras dan cuba untuk berdiri kembali. Syukur, Allah melindungi aku. Aku kembali ke agama asalku. Namun, aku tidak pernah sembahyang dan mengamalkan cara agamaku kerana aku tidak pernah melihat agamaku sebagai agama.




*


Sewaktu rehat.





Kawan
“Ed, mengucap sikit. Aku nak dengar kau mengucaplah”




Ed Na
“Macam mana aku nak mengucap? Aku sendiri tak tahu sama ada aku tahu atau tidak..Tersepit. Aku tak yakin. Semua ilmu yang aku belajar dah hilang dalam fikiran aku.. Hmm..” aku bermonolong sendiri. Aku diam dan tidak menjawab soalan kawan.




Kawan
“Ala, cepatlah. Nak dengar je. ”





Namun dalam hati aku, timbul suatu keberanian untuk mencuba walaupun aku tahu semua ilmu yang telah aku belajar telah hilang/ ‘kabur’.





Ed Na
“…. Asshadu ala … illaha illalllah, wa… asshadu ana muhammadan.. rasulullah”





Aku terperanjat besar. Jika semua surah-surah dan doa-doa yang lain ‘kabur’ dari ingatanku, mengapa mengucap dua kalimah syahadah sahaja yang tidak hilang dari ingatanku? Rupa-rupanya ia TIDAK PERNAH hilang dari fikiranku, cuma aku yang tidak sedar selama ini. Benar dari naluriku Allah s.w.t telah memberikan aku hidayah dan membuka pintu hatiku. Syukur Alhamdulillah. Aku meneruskan usaha untuk mempelajari ilmu yang telah hilang untuk mencapai hasratku : ISLAM. Sesungguhnya, Allah adalah kedamaian. Allahu Akbar!






Bersambung….









------------------------------------------------------------------------------------




Siapa kata jika kita mencintai Allah, kita tidak boleh mencintai seni?
Siapa kata bila kita sembahyang, kita tidak boleh ke gig dan melayan rock? Siapa kata bila kita meletakkan Allah pada tahap tertinggi dalam hidup, kita tidak boleh cool dengan cara kita sendiri? Siapa kata kita harus mengubah mentaliti dan menutup pemikiran kita jika mendekati Allah? Siapa kata kita harus menjadi sempurna? dan siapa pula kata kita harus jahil pada hati dan diri sendiri? Mengapa harus membelakangi diri sendiri dan menyelindung diri yang sebenar? Tidakkah ia memenatkan apabila kamu sengaja bermain dengan api dusta?


Tetapi CARA.
CARA itulah yang harus digunakan dengan betul.


Agama itu bukan milik sesiapa tetapi milik Allah untuk dijadikan sebagai panduan kepada pegangan dalam menempuh kehidupan yang nyata kerana kamu masih memiliki iman itulah yang masih membenarkan kamu untuk mencari siapa diri kamu. Hidup ini banyak pilihan. Berhati-hatilah dengan hatimu, kerana agama tak susah malah sangat mudah didalami jika kamu menggunakan hatimu untuk melihat dalam diri kamu dan ilmu akan mudah dipelajari hanya jika kamu berhenti mencari alasan mulai detik ini.


Bukankah kata hati dan rasa yang terlahir ikhlas terhadap perkara-perkara yang kecil menolong kita melihat dan menghargai keindahan yang lebih besar makna dan ertinya? Jika seseorang itu ingin berbuat sesuatu kebaikan, dia dicaci, dihina, dan diketawakan. Sebaliknya, jika seseorang itu berbuat sesuatu kejahatan, dia disokong, dan diagungkan perbuatan kejinya malah tidak ada seorang pun yang berani menegur kesalahannya dan sanggup pula membiarkan dia terus meraba dalam kegelapan.


Kita manusia terlalu sibuk mencari kecacatan pada sesuatu keindahan dan kebaikan dan menfokus lebih pada keburukan daripada kebaikan namun keburukan itu selalu pula ada alasan dan sebabnya untuk dipertahankan. Adakah hidup ini adil? Sebelum kamu hendak mencari kelemahan yang ada pada orang lain dan hendak mengata orang lain
itu jahat, apa kata kamu tunding jari pada diri sendiri dan kata pada diri sendiri,

"Akulah jahat"

Written by Aleya Ariana on 11/12/08 and presented on the 14/12/08
at The Red Bungalow.

[...]

tolong doakan kesejahteraan beliau dan semoga hidayah itu terus berkekalan.

p/s: aleya, mintak maaf banyak-banyak sangat! aku tau kau tak kasi copy paste cerita ni, tapi, aku fikir, sapa-lah sangat yang baca blog aku. ampun ya!

Thursday, December 25, 2008

bila Tanah Melayu bergegar, aku di mana?

antara sebab aku menyesal melancong ke Rusia:

mogwai datang ke Tanah Melayu.

serius, melakar sejarah.

dan serius, aku takkan menjadi sebahagian sejarah ini.

Tuesday, December 23, 2008

selamat hari solstis!

hari ini solstis musim sejuk.

dalam erti kata mudah (untuk yang berpengetahuan rendah dalam geografi), hari dimana malam yang paling panjang dan siang yang paling pendek. (atau suasana muram yang berpanjangan)

[...]

dekad-dekad beku;
aku enggan,
taat kepada lakon layar
arahan kamu.
tolong tuan direktor!

Monday, December 22, 2008

tunggu aku, eskrim!

perhatian: khas untuk pelajar-pelajar luar negara.

emulsifier-emulsifer yang selama ni dikhuatiri haram sudahpun disangkal kesahihannya. maklumat ni aku dapat daripada abang usrah aku.

logiknya cukup mudah.

alkohol secara lumrahnya memang haram. tapi bila mengalami transformasi kimia menjadi cuka, sekaligus nature bahan ini telah bertukar dan memang disahkan halal.

maka, walaupun emulsifier-emulsifier itu ada bersumberkan babi dan sebagainya, namun sebab ia dah melalui proses kimia untuk menghasilkan bahan yang baru dan bersih, majlis fatwa Eropah mengatakan bahan ini sebagai HALAL.

ada yang enggan berdiskusi dan membawa ini sebagai santapan fizikal dan rohani. mungkin empunya badan tidak mahu mencemarkan sistem penyahtinjaan mereka apatah lagi terkinja-kinja memikirkan pasal benda ini.

sahabat-sahabat sehabitat diseru untuk menggunakan daya intelegens masing-masing (walaupun sudah tumpul pasca minggu-minggu peperiksaan mencabar kewarasan akal di Moscow) dalam mengenakan doktrin yang mapan.

sumber:http://www.islamonline.net/livefatwa/english/Browse.asp?hGuestID=6R6ZtX
dan http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503546698

kerah otot opponens digiti minimi kau dan utilisasi aponeurosis tapak tangan kau. jangan malas!

[..]

bagi aku? wallahualam. sebelum fatwa ini dipersoalkan, baik aku sejukkan esofagus aku dengan eskrim dan coklat yang banyak!

[..]

mukous aku meleleh. nasib baik tak membeku dan membentuk stalaktit di gua nasal aku.

presipitasi udara!

-13 darjah celsius.

akhirnya, sungai Moskva dah beku (dan hati aku) sepenuhnya.

[..]

hati-hati orang Moscow pula sudah lama beku.

mereka enggan mengukir senyuman pada musim Sejuk!

Saturday, December 20, 2008

arakian al-kisah

[1]

syahdan, diceritera hikayat sekiranya Raden Inu boleh berada di dua tempat dalam masa yang sama, sudah lama dihadiahkan 13 bahtera emas kepada Cendera Kirana tatkala mempertahankan kerajaan Belasungkawa-nya. biarpun, kerajaan Cemarakasih tampuk pimpinan Cendera Kirana berada 1001 purnama dari bumi Nusantara.

[..]

masalahnya, human cloning is banned.

(tak boleh pakai cara Shane West dalam A Walk To Remember, keji)

Thursday, December 18, 2008

tiada lagi KTM

perbezaan Metro Moscow, dan KTM Subang Jaya.

1. kau tak perlu menunggu 30 minit untuk setiap satu tren bagi KTM, kerana kau hanya perlu menunggu 30 saat untuk setiap satu tren di Metro Moscow.

2. kau tak perlu mendengar suara orang Malaysia yang bajet slang Penjajah untuk mengumumkan setiap stesen yang berikutnya, kerana di Metro Moscow, orangnya membuat pengumuman dalam bahasa Rusia. (hei Encik Pengumum, takda maknanya kau buat slang tu. cikgu Rusia aku pun tak faham, yang bermaksud gagal-lah cubaan kau untuk menarik perhatian pelancong)

3. kau tak perlu serabut mendengar suara orang Malaysia yang bajet slang Penjajah membuat pengumuman di KL Sentral tentang kerosakan tren menuju ke Pelabuhan Klang (setiap kali rosak, bila nak ok-nya?) ataupun berlakunya banjir di (sertakan nama stesen) ataupun tren akan delay selama 40 tahun kerana landasan keretapi tercabut di stesen Kg Dato' Harun.

di metro Moscow, musibah-musibah seperti ini hanya sekali-sekala sahaja berlaku. contohnya tempoh bulan, di mana seorang budak kecil telah dilanyak dan digilis di stesen metro Oktyaberskaya. (sumpah, aku tak tipu)

4. metro Moscow membawa lebih kurang 9 million penumpang untuk satu hari. satu pertiga total jumlah penduduk malaysia. KTM? aku tak perlu sebut kot.

5. rangkaian metro sangat ekstensif, menjalar ke semua pusat membeli-belah dan hampir 99% ke setiap pelosok dan ceruk di Moscow. KTM tak mampu memberi laluan untuk ke One Utama dan Kampung Subang. (kalau metro Moscow, boleh sampai kawasan perkampungan Moscow)

6. tren metro adalah sangat panjang dan bukannya kontot seperti KTM. mungkin disebabkan oleh jumlah gerabak.

7. metro Moscow dikhabarkan ada satu landasan khas untuk militari. yang mempunyai laluan-laluan masuk rahsia contohnya di Moscow State University dan Russian State Library. in case, berlaku peperangan, evakuasi orang tak bersalah menjadi mudah. dan juga transportasi bagi senjata-senjata pemusnah dunia menjadi lebih efisien.

ada ke TDM membuat landasan rahsia untuk militarinya yang menggunakan Perpustakaan Negara ataupun Universiti Malaya sebagai pintu masuk?

[...]

mungkin sebab-sebab ini, benih-benih dengki di benak hati aku untuk balik ke Subang Jaya gagal untuk bercambah. turut terpadam bersama adalah api keghairahannya.

p/s: dedikasi untuk physics enthusiasts sedunia.

aku tak mahu dibius!

[1]

sekali lagi, pos ini merupakan kesinambungan dari pos sebelumnya.

maka selepas membuktikan tidur selepas asar itu adalah fakta dan bukan mitos, aku mula mengalami migrain yang teruk. mungkin dikataliskan oleh cuaca sejuk disini (hari ini -8 darjah celcius sekali lagi)

[...]

masalahnya, migrain semakin teruk selepas membaca berita-berita politikus dan menonton pergaduhan di parlimen,

doktor imaginasi aku membuat kemunculan kali ke-3 dalam ruangmaya ini.

"Nadhir, sistem imunisasi awak terhadap Virus Kerajaan Malaysia (VKM) sudah hampir rosak. Defisit sel darah putih mungkin akan mengakibatkan lebih banyak penyakit. Awak perlu dibius untuk beberapa tahun, sehingga VKM sudah lenyap dari tanah Malaya."

"Jangan, Encik Doktor Imaginasi! Aku mahu bangkit dan melawan! Aku tidak mahu menyorok dibelakang bontot-bontot pengecut (dahlah busuk)! Aku tak mahu menjadi manusia berilmu yang hanya gemar untuk melihat dan goyang kaki sedangkan orang lain dalam kesesatan! "

[2]

migrain aku disebabkan oleh tiga komponen: tidur selepas asar + cuaca terlampau sejuk + alahan politikus.

[3]

aku takut aku akan menjadi seorang anarkis. tetapi kalau aku bangkit, aku mahu menjadi seperti Hang Jebat.

[..]

tapi, siapa mahu jadi Nyemah Mulya aku?

eksperimen 1

pos ini berkesinambungan dengan pos sebelumnya.

masa: lepas asar waktu rusia
teknik: tidur terbongkang sambil berpelukan dengan 3 bantal dan diselubungi comforter IKEA dalam boxer sahaja

ironinya, prognosis aku tetap sama. kesan yang kau orang dapat tidur lepas asar tu (sakit kepala, badan rasa tak sedap, rasa macam separa gila) masih dirasai. walaupun waktu asar di sini adalah 1:50 pm.

kagum kagum. secara tuntasnya, elakkanlah tidur lepas asar. baik buat benda yang berfaedah sikit contohnya memasak ayam masak merah ataupun menjahit butang seluar yang tercabut.

Monday, December 15, 2008

dementia

[1]

hei orang di Malaya.

aku betul-betul mahu tidur sekarang ni.

sebagai kompensasi aku tidur lewat semalam.

tapi, aku mungkin akan jadi gila.

sebab sekarang dah masuk waktu Asar. (1:43 pm)

"Aisha R.A mengatakan bahawa sesiapa yang tidur lewat petang akan menyebabkan dirinya kurang waras - dia hanya boleh menyalahi dirinya sendiri kerana perkara tu."

[...]

kalau kat maktab/intec dulu, masa ni merupakan masa emas bagi semuaorang hendak tidur.

dan fly prep petang.

[...]

jadi, memang tak elok aku baca buku sekarang.

nak riadah, suhu kat luar dah mencecah -8 darjah celcius.

boleh mati beku. udara sini kering.

alveolus paru-paru aku akan menghadapi keracuan sistem untuk menyerap oksigen yang secukupnya dari sekeliling walaupun dengan kekuatan otot respiratori aku.

[2]

ah. pedulikan semua tu. yang penting, maghrib semakin awal (3:45 pm),

yang bermaksud, iftar pun awal.

seronok, bukan?

notakaki: hadis ini mungkin hadis dhoif. rujuk Silsilah al-Dhaifah - no.39.Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 5861. Majma’ al Zawaaid - no.8254. al-Maudhuat 3/69.La'ali al-Masnu'ah 2/279. Tartib al-Maudhu'at no. 839.

atau http://www.yussamir.com/2007/01/100-hadis-doif-yang-patut-dielakkan.html

Sunday, December 14, 2008

panas salju

[1]

hari ini suhu jatuh secara mendadak sehingga -7 darjah celcius.

suam-suam kuku ibu jari kaki kiri aku jer.

[2]

apa istilah untuk "lopak" ais?

kerana aku yakin dan percaya, lopak itu adalah istilah untuk air yang kotor. bukannya air yang telah membeku lalu membentuk ais yang kotor.

ada sesiapa tau? kenapa orang Melayu tak pernah cipta?

(mungkin sebab parameswara tak pernah jejak kaki lagi ke rusia)

kalau takda, aku nak cipta istilah baru, dan masukkan dalam kamus dewan edisi ke-5.

[...]

maka dengan itu, secara rasminya, istilah baru bagi "lopak" ais, adalah:

bytrunsdozopar!

rasa macam seru pokemon pulak.

ah, jangan hiraukan.

[...]

sekarang, bila-bila kau pergi ke luar negara pada musim sejuk (atas tujuan hapa aku taktau), dan terlihat bytrunsdozopar, bolehlah berterima kasih kepada aku.

dengan menghantar stok makanan* ke hostel aku melalui pos laju.

ataupun menghantar satu mesej ringkas yang berbunyi:

"terima kasih, nadhir yang paling hebat, atas bytrunsdozopar! saya taktau nak buat apa kalau takda istilah ini" ke tambah tujuh sembilan dua enam lapan tujuh satu tiga lapan lima tujuh.

*tolong minta list dahulu, takut tersalah hantar. nanti sapa nak makan. aku takda haiwan peliharaan kat sini. kalau dust bunny kira tak?

[..]

tolong jangan merungut tentang nama ni. penat aku memerah keringat kortex serebral aku untuk memastikan namanya tak begitu saintifik/lame/kampung dll.

[3]

jauh di tanah Malaya, di suatu sudut yang kecil, kelihatan, mak bapak aku menangis terharu di atas penemuan aku ini.

perlukan potongan rambut?

[1]

ini tiada kena mengena dengan potongan rambut aku yang terbaru. yang membuatkan aku nampak macam Dima Bilan, penyanyi terkenal Tanah Air.


eh, maksud aku, Rusia.

ok, kalau kat malaysia, mesti orang label rempit.

yang penting, aku bukan di tanah Malaya.

[..]

nah. ini tujuan sebenar pos. rekording binaural.

pastikan pasang headphone kuat-kuat ok.

jangan risau, takda orang/hantu/binatang pelik menjerit di hujung video. sumpah.

ada berani sahut cabaran aku?



kagum habis.

untuk manusia seperti aku, yang hipersensitif terhadap sentuhan orang lain ke atas badan aku, memang terasa geli-gelaman yang amat sangat.

Subahanallah.

[2]

tapi aku lagi kagum dengan orang yang buat tarian ayam, lantas memenangi tiket free untuk apa-apa movie sehingga 28 Feb tahun depan.

malaysia boleh!

orang subang lagi-lah boleh!

Friday, December 12, 2008

balik kampung

mengenangkan tragedi bukit antarabangsa, aku tak boleh lari dari memikirkan bahawa tahun ini mungkin tahun pertama setelah sekian lama dato'-dato' dan datin-datin yang merupakan penghuni banglo ranap beraya di kampung halaman masing-masing.

minta maaf. al-Fatihah bagi yang telah kembali ke rahmatullah. sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.

[...]

takda keluar ke lagu artis bersatu? macam waktu tsunami memporak-perandakan dunia.

aku suka yang dulu tu.

tapi kali ni kalau boleh tambahkan elemen rock sedikit.

tak! aku tidak mahu faizal tahir! jemput saleem pun sudah ok.

Thursday, December 11, 2008

habit orang moscow (bukan pelajar malaysia) 1

amaran: ini bukannya umpatan, tapi ambil sebagai pengajaran.

orang Rusia suka sangat meludah. kadang-kadang boleh disalahanggap sebagai hujan. sebab kuantiti yang jatuh ke bumi, jika diakumulatifkan, sudah pasti akan mencecah 2500 ml/hari. lebih kurang, macam hujan yang turun di Bukit Larut.

hentak kaki, mungil bibir. jangan terpijak ludah sudah. bila dah padah, baru nak terngadah dan mulalah adegan menyumpah. wah, beritma.

tak, kejadian ini tak berlaku ke atas aku. transmisi neuron otak aku cukup lincah untuk memastikan impuls spontan aku mengangkat kaki tatkala ternampak bendalir putih berserta kontaminasi berwarna kekuning-kuningan mengalir di atas jalanan berwarna hitam.

[..]

seperti kau nampak seterika. mesti rasa panas, bukan?

nampak telefon bimbit, mesti nak bermesej-mesejan.

aku nampak ludah, aku lompat-lah. yang kau pijak kenapa? (walaupun berkasut)

[...]

kalau meludah ke langit, aku rasa sempat jer nak lari sebelum tarikan graviti membasahi muka.

probabiliti tinggi. siapa nak cuba?

kalau sukses, tolong beritahu aku.

kalau gagal, pergi basuh muka dulu. tampar pipi yang ada jerawat menggunakan tangan dominan dan tanya diri sendiri, kenapa bodoh sangat ikut cakap orang?

Wednesday, December 10, 2008

bohemi

[1]

kau, hang tuah!
pernah meniti epilog hang jebat?
tatkala kau mengagung,
sultanism,
dari azali hingga,
kiamah.

[2]

dan kau, hang jebat!
pernah meniti epilog hang tuah?
tatkala kau mengasuh,
anarki,
dari ufuk timur ke,
barat.

[3]

hei sultan!

bangun dan menyinar!

[...]

semuanya propaganda. mungkin penglibatan parti ketiga patut dianalisa.

kepimpinan melalui teladan.

logikasian (atau mungkin sumpah seranah) yang tidak perlu dihadami jika tak mampu.

p/s: dedikasi untuk batch RP 12, Moscow.

Monday, December 8, 2008

kullu am wa antum bikhair

blog ini sudah mati.

mati mati mati.

telah aku MANDIKAN,

dan KAFANKAN,

dan KEBUMIKAN.

[..]

[...]

tiupan sangkakala.

pertama. binasa-lah semua organisma kecuali yang dikehendaki-Nya.

sekali lagi. dan hiduplah segala benda.

" Kemudian ditiup sangkakala itu ditiupkan sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu [ Az Zumar (39) ayat 68] "

[...]

maka,

blog ini juga akan diHIDUPkan semula.

oleh seorang gerangan hamba.

yang sudah lama meninggalkan nusantara.

[...]

terus ke padang mahsyar.

dalam keadaaan bogel dan gusar,

warna, bangsa, dan negara menjadi sesar,

menghadap Ya Rabb.

[...]

oh, dan salam aidiladha semua. hayatilah erti sebenar pengorbanan.

Tuesday, August 12, 2008

eceran ujian

sudah.

percaturan Allah untuk hidup aku bulan ini sudah berjaya membawa aku berasa sehina-hina manusia. namun tak semuanya menjurus kepada momen kejayaan aku. Alhamdulillah. aku percaya, aku telah mengalami saat paling gentar dalam hidup aku.

terima kasih kepada yang tak putus asa menyokong aku dari belakang, depan, tepi, dan atas. yang berada di KMS, mahupun bilik depan aku, semoga Allah memberkati kamu juga. minta maaf, kepada yang terasa pedasnya dalam adventur hidup aku, yang terlalu penuh dengan impuls darah muda.

maka,

blog ini akan aku kebumikan.

oh, dan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Merdeka.

Friday, July 25, 2008

tut-tut

dalam dunia kita yang fana ni, antara orang yang aku paling hormat, adalah pakcik-pakcik teksi.
memandangkan aku masih bawah umur, dan tidak berupaya untuk mengambil lesen kereta, maka teksi seringkali menjadi pengangkutan utama aku (selain dari abang aku dan lrt, of course). aku tak pasti jika kau senasib dengan aku, tapi itu tidak signifikan.

bagi yang tak pernah-lah nak menaiki teksi, disebabkan geli atau memikirkan teksi itu kotor (terutamanya budak subang), then kau memang telah rugi dalam hidup dari segi pengalaman. you see, kebanyakan pakcik teksi (PT) sudahpun berumur dalam lingkungan 50 ke atas. kalau adapun yang muda sikit, itu mesti termasuk dalam golongan graduan yang menganggur. apa-apa hal pun, disebabkan umur mereka yang boleh dikatakan sudah melangkaui setengah abad, maka sudah tentunya otak/hati/perut mereka sudah dipenuhi dengan pelbagai ilmu hidup.

mereka antara insan bertuah, sebab hampir setiap hari mereka dapat berjumpa dengan orang baru, dan melihat kerenah orang-orang ni. itulah yang menjadi pekerjaan mereka selama 20 tahun mereka berkerja. dan berdasarkan pengalaman aku, PT tak akan segan-silu untuk menceritakan pengalaman-pengalaman beliau. dari cerita perempuan seksi skirt pendek menahan teksi di tepi PKNS sehinggalah cerita perempuan seksi baju putih tiada kaki menahan di tepi Jalan Bukit Nanas, Klang.

kalau dulu aku duduk dekat Taiping, kebanyakannya merupakan pesara-pesara ATM. bukan mesin nak keluar duit tu, tapi Angkatan Tentera Malaysia ya. dan disebabkan hampir setiap minggu aku outing (kad outing x3), maka aku pun selalu sangat-lah dengar kisah-kisah hidup mereka. bagaimana sejak penjajahan Jepun dulu, sudah ada korupsi dalam kepimpinan masyarakat Melayu. PT tu pulak mengaku dia komunis, lagi membakar ah semangat aku nak dengar. dan dia dengan lantangnya cakap bahawa sejarah Melayu sebenarnya banyak dah terpesong. tokoh-tokoh yang sepatutnya dijadikan tugu, dicampak sebegitu sahaja. tak lupa jugak, kisah-kisah banduan dalam penjara Taiping, penjara tertua di Malaysia tu. tetapi itu nantilah.

ok, perkara yang membuatkan aku tiba-tiba sahaja nak menukil entri berkisar tentang PT adalah kisah aku dan sek2 aku terkandas di tepi stesen bas Jusco Bukit Raja setelah selesai menonton wayang pada waktu malam. lebih spesifik, 11.00 p.m. setelah berlaku beberapa konflik dengan operator-operator teksi, akhirnya kami berjaya mendapat 3 buah teksi untuk mengambil kami dengan harga yang agak murah. aku naik teksi tu dengan Ijo, Pejam, ngan Nuar (semua bukan nama sebenar). jadi pada awalnya, Ijo memang nak kongsi dengan kami tentang tafsir surah al-Falaq. yang kemudiannya kami masuk pulak tentang tafsir surah an-Nas. sedang kami khusyuk berdiskusi, apabila tibanya bahagian tentang bagaimana dalam dunia ni manusia pun boleh jadi syaitan, tiba-tiba jer PT ni menyampuk. ok PT ni berkulit gelap, dan sekali kau tengok memang macam orang India (memang India pun). dan dia pulak sambung untuk kami, "memang dalam dunia sebaik-baik manusia pun boleh jadi syaitan. semuanya pasal nafsu. nafsu nafsu dan nafsu. manusia ni, cepat sangat tunduk kepada nafsu mereka. iman mereka tak kuat. mereka fikir, kalau hidup kaya, banyak awek, boleh kita berjaya dalam hidup? akhirat tak tentu lagi. buat jahat dekat dunia, ingat Tuhan tak balas waktu akhirat?"

aku terkedu. aku mula fikir, dia ni Islam ke? aku jenguk-jenguklah kat dashboard dia tu kan, sekali ada patung Tuhan Hindu ke apa. dan aku betul. dia bukan Islam. tapi kenapa dia tau banyak sangat pasal Islam? (dialog tadi merupakan rumusan sahaja, banyak lagi hujah yang dia keluarkan yang seakan Islam) itulah aku cakap, PT ni banyak pengalaman. tak kisah-lah Melayu ke, Cina ke, India ke, mereka semua berkongsi pengalaman hidup yang sangat menarik. nak tau tak? PT yang berhujah tadi tu, rupa-rupanya dah tinggal terengganu selama 15 tahun! terkejut kami. apa lagi, Pejam yang sememangnya berasal dari Ganu tu pun mengeluarkan loghat-loghat dia. Ijo, Nuar dan aku tak terkecuali.

pendek kata, lepas ni kalau kau naik teksi, sembang-sembanglah dengan pakcik tu. apa salahnya, bertegur sapa. janganlah sombong sangat. dah kata kita orang Malaysia, yang cukup bangga dengan sikap yang beramah mesra etc.

p/s: walaupun ada jugak kes, pakcik-pakcik teksi "ketuk" penumpang mereka, ataupun membuat ganggan seksual, tapi itu kisah lain. kita tidak boleh generalize mereka begitu. stigma masyarakat tentang perkara ni perlu berubah.

Sunday, July 20, 2008

keamane, kebersihe, keselamate!

wah budak rusia menang persembahan terbaik untuk pertandingan peringkat kolej kediaman.

perform dikir barat tu beb.

dahlah baru praktis sejam.

roket habis weh.

yang bestnya, kitorg baru habis exam, jadi malam tu memang all out.

walaupun bermandikan peluh atas stage, tapi memang mantap-lah.

yang tak tahannya, ada ke kitorg boleh dapat blok terbersih. ya, blok 7 cemara, yang dihuni oleh budak lelaki rusia jer.

budak perempuan pun kalah dengan kebersihan blok kami. tak percaya?

Tuesday, July 15, 2008

boleh sahaja!

berita sedih, yang mungkin agak lawak. tengok-lah macammana persepsi kau.

junior aku kalah dalam semua kategori minggu bahasa peringkat kebangsaan.

menang satu jer, itupun naib johan. pidato perempuan. Mashitah-lah. sapa lagi.

sampai ada cikgu menangis dan ada pulak yang menghilangkan diri.

takpa-lah. boleh berbangga menjadi johan peringkat zon. apa salahnya.

cuma sedih tak dapat tengok piala ketua pengarah MARA dah untuk debate.

nasib baik sempat engrave nama atas piala. wahaha.

on the bright side,

nasi lemak pak cu dah kembali di intec! apa lagi, serbu-lah!

Saturday, July 12, 2008

oligo ko ko!

[1]

musim hujan melanda shah alam untuk minggu ni.

memang sedap tido, aku tak dapat nafikan.

hari tu, aku bangun lambat, 7.40. mandi cepat2. kelas start pukul 8.

sampai kelas lebih kurang 8.10. aku fikir, awal lagi ni.

tepat jangkaan aku. tapi Olga dah sampai.

tiba-tiba sahabat aku datang.

dengan konfiden mengucap:

"Dasvidaniya Olga Nikolaevna!!"

[2]

hari tu, seperti biasa, ada ceramah Ustaz Ridha.

first-class men v second-class women.

mula-mula, rasa taknak pegi. sebab nafsu membuak-buak nak makan icecream free dekat compound kolej cemara. (hasil pengaruh kawan baik aku)

kira macam "kalau penuh dewan seminar tu, maksudnya kita takda rezeki nak dengar ceramah"

dahlah tak usaha, jadi rasa bersalah pulak. sebab tu tetiba nekad nak masuk. jadi mencapaplah ikut pintu depan waktu semuaorang tgh duduk dah.

isu yang dikupas memang menarik dan kadangkala agak memeningkan. contohnya:

1. Isu Faraid

Ada sesetengah golongon kaum Hawa ni tak puas hati sebenarnya mengapa lelaki dapat lebih bahagian daripada perempuan. betul kata Ustaz, si perempuan ni suka betul pada harta. tengok sajalah, mereka sanggup kahwin dengan lelaki yang tua asalkan berwang demi kebahagiaan hidup. ini realiti.

Firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa’ ayat 11 yang bermaksud;
“Bahagian seorang anak lelaki seperti dua bahagian perempuan"

maksudnya, faraid suami bersama anak si mati sebanyak 1/4, manakala faraid isteri dalam keadaan yang sama sebanyak 1/8 dan lain-lain. tapi ini hanya dasar dia. ada situasi yang boleh menyebabkan perkara ni berubah. tak faham? sudah.

sebab tu Ustaz cakap, isu faraid ni sangat memeningkan. dan kalau ada orang yang betul-betul pakar dalam bidang ni, dia kira sudah menghampiri kematian. tambahan lagi, ijtihad dalam perkara ni betul-betul disempitkan. supaya takda kekeliruan yang timbul.

2. Isu Saksi

Yang ni pulak, pasal isu saksi. Sisters In Islam mempertikaikan hak kenapa perempuan tak boleh jadi saksi. dan ayat Al-Quran yang berkenaan dengan hutang ditimbulkan. tapi itu aku malas nak cerita. aku nak ungkap sikit logik akal Ustaz pasal isu ni.

perempuan tak boleh jadi saksi kerana ada sesetengah benda yang perempuan tak berani cakap. ada perasaan malu, atau memang fitrah perempuan untuk tidak mampu memberitahu semua perkara. fakta kes:

kes ni berlaku di Selayang, Selangor. ada seorang perempuan ni mendakwa telah diganggu secara seksual apabila ada seorang lelaki ini menunjukkan organ genitalnya kepada perempuan tersebut. jadi kes ni dibawa ke mahkamah. lelaki tu pun mengupah Karpal Singh menjadi peguamnya.

dan seperti yang kita boleh sangka, perempuan tu kalah teruk dalam kes tersebut. Karpal Singh dengan mudahnya mengajukan 2 soalan. yang pertama, jika benar kau ada tengok lelaki itu punya barang, apa saiz dia? yang kedua, jika benar kau ada tengok lelaki itu punya barang, apa bentuk dia? dan jika kau tak boleh nak jawab kedua-dua perkara tersebut, terbuktilah yang kau memang tak nampak pun lelaki tu punya barang. perempuan tu pun tersipu-sipu malu, dan sebab tu dia kalah.

terbukti bukan? kenapa perempuan tak boleh nak jadi saksi. kalau lelaki, suruh diupah menipu sebagai saksi dalam mahkamah pun tak menjadi masalah.

3. Isu Imam

Yang ni, aku pelik kenapa pengikut-pengikut Aminah Wadud ni begitu obses nak bangkang apa yang sudah sedia maklum dalam Al-Quran. jelas, terang dan nyata, bahawa wanita tidak boleh menjadi imam. awat dok keruan sangat nak kasi orang lain dengaq ampa tarannum ka?

4. Isu Kepimpinan

Boleh ke wanita jadi pemimpin? jadi class rep? ataupun ketua keceriaan? haa mesti dah risau kan? tapi aku sendiri pun taktau jawapan dia. sebab aku tertido bahagian last-last ni. minta maaf ya. ada sebarang kemusykilan terus menghadap imam masjid rumah kau.

aih, jadi ustaz pulak aku hari ni.

Saturday, July 5, 2008

isu bumper

[1]

wahhh. aku jarang-jarang sekali buat movie review ni. tapi hands down untuk filem Wanted.

so far, movie paling best tahun ni. bukan disebabkan angelina jolie ehh. walaupun aku tak nafikan dia sangat mantap dalam movie tu. buat aku berahi jer sepanjang movie.

tapi aku rasa cerita tu sangat menarik lah. dahlah hebat gila boleh pulak tembak curve! mmg defying the laws of physics aku rasa.

fuh, terasa nak bunuh orang pulak sekarang ni.

[...]

dan ini mengingatkan aku kepada 2 orang yang paling aku benci dkt maktab dulu.

yang sekarang ni turut berada di intec.

biasanya aku ni bukan jenis yang suka dendam-mendendam ni, tapi aku dengan diorang sudah jadi kes berat lah.

dah tahap meluat.

mungkin hari Isnin nanti aku akan melakukan assassination dengan skill menembak secara curve aku.

p/s: pengaruh buruk Wanted ni. tolong jangan ikut untuk yang bawah umur.

[2]

ok untuk pengetahuan semua, aku dipilih untuk berlakon sebagai salah satu watak utama dalam sketsa Rusia yang bakal dipersembahkan di Russian Centre kelak.

aku bakal menjadi Tsar! wahaha. tolong pronounce dengan betul. saja nak tambah skit, huruf "Ц" /t͡s/ menjadi huruf kegemaran kami dalam kalangan huruf-huruf Rusia. mengalahkan huruf lain yang bersifat biasa seperti Б /b/ dan Ф /f/. semuanya berpunca daripada kesukaran lidah-lidah orang Malaysia untuk menyebut huruf tu.

walaupun ni tak menjadi kejutan buat aku, tapi kadang-kadang aku mengimpikan kehidupan yang normal jugak. aku takdalah hebat mana berlakon.

dahlah aku tak mintak pun semua ni, sungguh.

koya betul aku.

[3]

ok pasal intec pulak. karnival sukan Rusia dah berakhir. yang akhirnya didominasi oleh pasukan program Korea. jangan tanya aku kenapa.

tapi yang aku tau futsal no 1 sudah. saja kasi peluang untuk orang lain menang acara lain.

apahal aku koya betul hari ni.

p/s: aku tak sabar nak iftar dengan khai dan lain-lain. ada saja tragedi/peristiwa yang bakal berlaku yang akan membuatkan aku ketawa bagai nak rak dengan perut aku yang melantakkan nafsu buka puasa. yang juga akan menyebabkan aku tak dapat rukuk 90 darjah.

[4]

ok sekarang aku akan buat kronologi peristiwa prank birthday Sir Iz! semuanya berlaku dalam compound Kolej Cemara.

malam kejadian:

11.30: budak-budak lelaki rusia dengan berpakaian serba hitam mula menjalankan operasi menceroboh rumah sir iz. sambil membawa bantal masing-masing untuk tujuan penempekan.
11.31: hairi membaling terlalu banyak bantal dari tingkat empat. yang sekarang ni masih terbiar di depan blok kami. tak penting. abaikan.
11.35: sampai di rumah sir iz. ahli-ahli misi diingatkan untuk tidak meninggalkan selipar di luar rumah. takut kantoi.
11.40: baru nak devise plan. semua mengambil posisi masing-masing. yang berbadan besar ditugaskan untuk menculik sir iz sebaik sahaja dia masuk. yang tangkas pula ditugaskan untuk menutup lampu. yang lain-lain, bersedia dengan bantal dan spray untuk kejutan.
11.42: raptai dijalankan dengan jayanya.

dalam masa yang sama (telah berpakat dengan Mr. Kesh):

11.40: Mr. Kesh kata dia tak sihat. jadi Sir Iz kena handle post-mortem Minggu Mesra Siswa-Siswa (MMS).
11.43: Mr. Kesh dalam perjalanan pulang ke rumah. (tinggal bersama dengan Sir Iz)
11.45: Mr. Kesh mendapati laptop Sir Iz dah hilang. dengan pantasnya, menelefon Sir Iz.
11.47: Sir Iz terkejut. bergegas pulang ke rumah.
11.50: waktu tgh lari balik rumah, tiba-tiba jer mendapati keretanya sedang dipandu oleh orang lain. dalam erti kata lain, sedang dicuri-lah.
11.53: kereta tu memandu dengan laju keluar daripada kawasan kolej.
11.54: dah berpakat dengan Pak Guard, untuk membuka gate seluas yang mungkin haha.
11.55: peristiwa lucu berlaku, Sir Iz menjerit "GUARD! TUTUP PINTU TU!" dalam gaya desperate.
11.58: pencuri kereta tinggalkan kereta diluar. pastu cepat-cepat lari.
11.59: Sir Iz bergegas ke tempat kejadian. bila bukak kereta, nampak ada kek hari jadi :)
12.00: kedengaran nyanyian happy birthday bergema dalam suasana sepi malam tu untuk Sir Iz.
12.05: Sir Iz dan budak-budak MMS pun menikmati kek hari jadi tersebut.

sementara itu:

12.10: ahli-ahli operasi penculikan Sir Iz dah mandi peluh menunggu beliau dekat rumah. dan dah penat mengambil gambar masing-masing.
12.20: khai (ketua operasi), menerima panggilan daripada pengintip kami dalam kalangan budak MMS, fareez, dan mendapat tahu bahawa jamuan sudah selesai dan Sir Iz dalam perjalanan balik.
12.21: semua masuk dalam posisi masing-masing.
12.24: kedengaran tapak kaki menuju ke rumah.
12.25: pintu dibuka. lampu dibuka. Sir Iz masih tak menyedari tentang kewujudan kami.
12.27: nabil dengan lajunya menutup lampu.
12.27.30: amir dan jime memegang tubuh badan Sir Iz dan mencampakkannya ke atas katil bilik tetamu.
12.28: semua orang menyerbu dengan bantal busuk masing-masing dan memukul Sir Iz.
12.30: pastu burger Sir Iz. tapi tak berapa berjaya.
12.31: sekali lagi, nyanyian hari jadi untuk Sir Iz kedengaran.
12.34: Sir Iz terharu, menyebabkan kami menempek beliau sekali lagi.
12.40: setelah selesai berdamai, kami mempersembahkan hadiah kami. yang telah diwrap waktu tu jugak oleh kepakaran aku dan jijan.
12.42: Sir Iz sekali lagi terharu, walaupun muka penat, dan membuka hadiah tersebut.
12.44: mendapati hadiah tersebut berunsur, er, lucah sedikit. haha. lampu meja yang berpunatkan genitalia seorang lelaki.
12.45: Mr. Kesh, "hish budak rusia ni lucah betul weh!"
12.46: mengambil gambar bersama-sama hadiah. serta sesi bersalam-salaman agar markah medical law tak ditolak.
12.50: kami dihalau balik bilik.

selesai operasi prank Sir Iz.

[...]

happy birthday, Sir Izuan Izzaidi Azmi.

may Allah bless you always with infinite health and wealth.

thank you for being such a wonderful advisor for the Russian Programme, an amazing lecturer for Medical Law, and a remarkable friend who was always there for us everytime we needed help.

semoga dapat menghabiskan pengajian PhD dengan jayanya.

p/s: hold on to your promise eh, that is, to visit us in Russia when during our 5th or 6th year :)

Saturday, June 21, 2008

eto lyubov

[1]

semalam aku rasa diri aku sangat cool.

sebab semalam aku pegi timesquare, bersama olga-olga aku.

dan dengan bangganya telah bersembang dalam bahasa rusia (dengan kuat juga) di tempat awam.

al-maklumlah, orang malaysia ni pantang nampak mat salleh. terus nak pandang pelik.

aku tumpang publisiti jer.

...

olga vik: oihh nadhir! ochin umnie, krasivie e smeshnoi student! eto "compliment"!

aku: tak guna betui hang ni. dok mengutuk aku kat belakang jer. kuang ajaq betui.

[2]

usul minggu bahasa peringkat kebangsaan dah keluar.

semifinal: school leaving age should be increased to 18
final: the government should take control over media technology

first up against mrsm pengkalan chepa.

koya betul.

[3]

siapa pernah baca novel ayat-ayat cinta? karya habiburahman el-syirazy?

kalau tak pernah nampak sangat kau ni tak suka membaca.

saja nak khabar kat semuaorang yang movie dia dah keluar kat pawagam malaysia.

novel ni berkisar tentang kasih sayang/cinta demi Allah s.w.t dan aku rasa memang telah berjaya membuka mata ramai orang tentang erti cinta sebenar.

cerita ni taklah sejiwang mana disebabkan banyak unsur Islam telah diselitkan.

ahhh. kalaulah orang seperti Aisha tu memang wujud dalam dunia ni!

cair beb.

p/s: fahri tu hero aku. 4 orang jatuh cinta dengan dia dalam satu masa. bukti keimanan dan ketaqwaan seseorang itu jauh mengatasi paras rupanya.

Tuesday, June 3, 2008

pencapaian memuaskan

aku rasa tak terlalu lewat untuk aku mendedahkan resolusi aku sewaktu cuti 2 minggu ni.

1. type assignment physics (nuclear physics, radionuclides),
2. type assignment medical innovation (cosmetics surgery: breast implant and botox), >3000 words
3. type assignment russian history (alexander pushkin), >3000 words
4. type sinopsis movie Ruslan and Lyudmila
5. complete handout chemistry (redox)
6. study chemistry (test on monday, sejurus selepas cuti)
7. study physics (test on friday, juga sejurus selepas cuti)
8. type report aktiviti batch RUSSA
9. update my russian vocab book
10. update buku glagol (verbs)
11. buat biodata untuk RUSSA

nampak hebat bukan?

kita tengok pulak mana satu yang aku berjaya buat sewaktu cuti ni:

1. habiskan game ratchet and clank: size matters (aku bersengkang mata depan ps2 selama 14 jam)
2. habiskan game silent hill: origins (sama seperti di atas, tapi mungkin lama sedikit)
3. hafal steps "crank that soulja boy". sila refer youtube.
4. habiskan duit rakyat sebanyak RM200++ (jumlah minimum)
5. jumpa junior debater aku (eimal, hana, anisa) dan dengar mereka gosip pasal maktab.
6. pergi 3K, dan main badminton dengan aidid dan khai untuk beberapa hari berturut-turut.
7. main boling, dan mencecah skor 140+. (kira hebat untuk aku-lah)
8. habiskan game dance, dance revolution di PS2. (aku dah burn berjuta kalori atas dance mat)
9. beratur dalam queue yang panjang, selama 30 minit, pada 31 mei, untuk membeli 2 tub aiskrim baskin robbins. dan menghabiskannya dalam masa 1 jam.
10. jumpa ultraman max! (kawan baik aku)
11. makan di Rasa Thai, dan Korean BBQ. (tempat favourite aku. hint: birthday aku nak dekat)
12. tengok semua wayang yang berada di pawagam (termasuk anak kubur dan long khong 2)
13. tonton P. Ramlee The Musical.

orang panggil aku overachiever. dan mungkin korang dapat lihat kenapa sekarang ni.

Monday, June 2, 2008

tora datang lagi!

[1]

wtf. tadi ultraman max datang subang parade!

muahaha! aku gembira nak mati.

untuk pengetahuan semua, aku ni peminat setia ultraman.

bukan nak bangga, tapi aku boleh namakan semua ultraman dengan senangnya. macam jawab mod maths.

[2]

dengan perasaan yang sedih, hiba, pilu, aku terpaksa mengumumkan yang maria sharapova telah kecundang dalam french open baru-baru ni. (5 minit yang lepas)

dia kalah dengan teman seperjuangan dia, dinara safina.

tapi it was a good fight lah. first set 7-6, second set 6-7, and aku rasa maria sharapova memang dah stress waktu last set so kalah 6-2.

tolong beri masa untuk aku berkabung. jangan hiraukan aku buat sementara waktu.

aku nak pergi console awek aku.

Sunday, June 1, 2008

asyik-asyik debat

aku baru jer beli e-siswa yang baru. (edisi Jun 2008)

usually, mmg majalah-majalah macam ni aku beli.

jadi jangan nak komen banyak.

sebenarnya, aku beli yang bulan ni pun atas desakan junior aku.

yerlah, keluar pasal IIUM debate.

disebabkan aku ni seorang pendebat yang hebat, aku pun beli-lah tanpa segan silu.

terpampang besar-besar depan tu gambar budak SMAP Kajang. depa form 4 lagi, jadi ada high probability untuk menang sekali lagi tahun depan. lagi-lagi fendi mckk tu dah takda. memang-lah smap kajang conquer tahun depan.

pastu kat belakang gambar budak STAR lak. zuhri lah dapat best speaker overall. sapa lagi. tapi tahun depan habislah STAR, senior korang takda dah haha.

junior aku ni suruh beli pun sebab keluar gambar depa.

siap pakai vest EMC lagi tu sambil pegang cek semi-finalist. bangga jugak ah aku sebenarnya.

tengok tengok kat tepi tu pulak ada gambar Maahad Hamidiah Kajang yang tak guna tu.

dan perempuan pakai beg kat belakang waktu debat tu masih ada. tapi dia tak dpt anugerah top 10 best speaker kali ni. kemungkinan besar sumpahan aku berjaya.

tak tambah lagi dengan sumpahan ikmal dan fert yang mungkin mereka buat dibelakang tabir.

p/s: kepada junior aku, memandangkan aku dah beli e-siswa ni, korang kenalah belanja aku. aku taknaklah bazirkan RM 2.80 aku macam tu jer. duit tu aku boleh guna nak beli nasi goreng pattaya kat kafe ok. (tak ikhlas gila)

p/p/s: oh dan debater KISAS yang aku cerita bawak new matter waktu reply speech tu, aku jumpa dia balik dekat intec. rupa-rupanya dia masuk MEP (middle-east programme) untuk medic. nama dia Muhammad, dan sekarang ni aku berkawan baik dengan dia. (cewah, dalam hati tak pun. pikir nak rematch debate jer.) at least sekarang, aku boleh-lah sembang debate dengan orang yang sehati dan sejiwa dengan aku. disamping menyebarkan dakwah Islamiyyah. (aku pantang sikit dengan budak MEP ni haha)

sukma sokmo!

[1]

menurut suratkhabar The Star, hari ni merupakan Hari Susu Sedunia! (1 Jun)

well, lebih kepada Hari Susu Se-Malaysia.

pandai-pandai jer company Dutch Lady declare.

tapi tak kisah-lah.

yang penting, Dutch Lady akan kasi 50,000 (jer) susu percuma di seluruh Malaysia!

aku pelik jugak kenapa sikit sangat sebab mengikut laporan Jabatan Pendaftaran Negara terakhir yang aku baca, jumlah penduduk Malaysia bukannya 100,000 jer. cukup ke 50,000 tu?

aku dengar cita plak orang Malaysia ni rakus giler bab susu. tu belum susu ibu lagi.

oleh sebab tu, aku ingat ramai orang dah keluar pagi-pagi dalam usaha mencari lori Dutch Lady ni! (sepertimana orang Thai dan Singapura sebok nak isi minyak kat Malaysia)

tapi disebabkan kita orang Malaysia, tambahan pula hari Ahad, aku pun terlanjur tido sampai pukul 1 tghhari.

lepas solat zohor, aku pun nekad.

malas aku nak pergi The Curve cari lori Dutch Lady tu.

setakat susu jer pun.

rumah aku pun ada. (alasan sebenar: malas malas malas)

[2]

untuk pengetahuan orang yang tak berminat dengan dunia sukan,

ataupun tak pernah baca suratkhabar (aku simpati),

sekarang ni boleh dikira sebagai musim sukan jugak-lah.

ada French Open, SUKMA, dan bakal berlangsung Euro 2008.

untuk mengelakkan rusuhan beramai-ramai, aku akan awal-awal declare sapa yang aku suka dalam acara sukan tersebut ok?

untuk French Open, sudah tentu aku sokong Novak Djokovic! atau nama manjanya Nole (hanya untuk kawan karib beliau sahaja, contoh: aku).

kalau bahagian perempuan pulak, 136% aku sokong Maria Sharapova. sorry Ana Ivanovic, tapi pakaian kau kali ni tak mengancam macam Maria-lah. lagipun Maria kan orang Rusia, takkan korang nak aku khianat negara sendiri?

untuk SUKMA pula, aku semestinya sokong Perak-lah.

Perak bukannya kampung kau pun! yang kau sebok apahal? (dialog Rakan YM 1)

jujur aku cakap, perak tu aku dapat rasa mcm kampung aku dah. semenjak-menjak aku hidup kat taiping ni. ewah.

ala, aku bukannya anak jati selangor pun. aku campuran johor, melaka, dan selangor.

jadi apa salahnya nak sokong negeri lain?

mungkin aku sokong terengganu jugak-lah. sebab diorang tuan rumah. kesian plak nanti.

eh tapi tadi aku tengok sepak takraw aku dah rasa kesian teramat dah. orang sekarang ni kan dah pakai digital scoreboard, tapi diorang masih guna kadbod tu. aku bukan nak kutuk, tapi er, takkan kerajaan tak peruntukkan untuk pemodenan sistem pengskoran? (ok ni agak sensitif ni memandangkan kawan aku majoriti pantai timur. so aku minta maap awal-awal ok. terutama roommate aku kalau dia baca haha.)

ok melalut dah. untuk Euro 2008 pulak, aku tak dapat tentukan aku nak sokong germany atau portugal. kita tengok-lah nanti.

Saturday, May 31, 2008

RMC

aku tau la waktu aku jadi EMC (english motivational committee)* dulu kat taiping, aku kasi impak yang besar kat korang.

tapi janganlah sampai tahap jadikan aku macam ni. terbawa-bawa sampai ke IPT pulak. ish.

saiful azrie says:
nadhir.. kau jd pe.. RMC? russian motivational comittee
saiful azrie says:
hehe
I say:
hahahaha

tapi kalau ada best jugak. nanti boleh aku buat S.R.E.D.S (ganti SEEDS).

pastu eureka.

kopitiam.

RMC Edits.

r-camp. (ganti e-camp)

surge programme.

dan paling ultimate sekali buat R-nite. ganti e-nite. yang confirm akan menimbulkan kontroversi disamping 2 kes histeria. (aku masih berpegang teguh dengan prinsip aku, e-nite la peristiwa yang mendedahkan perangai budak mrsm taiping sebenar)

kalau aktiviti-aktiviti ni boleh berjaya kat taiping dulu, kenapa tak dekat INTEC?

tapi mana nak cari advisor gempak cam Ms. Azida? takkan nak ganti dengan Olga Viktoravna?

* notakaki: EMC adalah badan kepimpinan pelajar di mrsm taiping yang memegang rekod paling banyak meeting diadakan dalam satu semester.

dan kami berkawan baik dengan PRS. ok aku tipu.

pergi takkan kembali

shit. shit. shit.

aku tak sangka perkara ni akan berlaku dalam hidup aku.

serious, aku memang tak expect.

benda ni antara kejutan yang besar dalam minggu ni.

aku tau, mungkin tak penting bagi kau.

jadi kau akan bazir masa jer baca entri ni.

tapi tragedi ni sangat signifikan bagi aku. (dan mungkin abang aku)

[...]

kedai game ps2 dekat rumah aku dah tutup!

uncle tu tipu aku. sial betul. minggu lepas baru aku beli game dari dia.

ok tak baik aku kutuk dia. aku beli game rm4 dari dia. orang lain rm5.

sebab aku pelanggan tetap. sejak darjah 6.

tapi dia tinggalkan aku camtu jer? dia tak pikir perasaan aku ke?

orang tu kata dah pindah pusat operasi. tp bukannya nak bagitau aku kat mana.

macam haram.

sekarang ni, macammana aku nak beli euro 2008! (dengan harga yang murah)

Thursday, May 29, 2008

siri nostalgia taiping #1

sori aku terlampau lama tak update. aku tau ramai yang marah ni, terutama pembaca setia aku, safwan. jadi entri ni khas buat kau.

ini mungkin jadi siri nostalgia taiping #1. sbb aku tak suka sangat cerita kenangan-kenangan lama ni. tak macho-lah.

ok, al-kisah.

waktu zaman muda-muda dulu kat taiping (aku umur 14, tak percaya?), wujudlah satu kisah lagenda yang bermula pada setiap pagi pukul 10 dan ke atas (belum masuk waktu rehat) pada hari persekolahan.

siapa yang tak ingat? nasi lemak ko-op yang menjadi rebutan orang ramai. nasi lemak berharga 8 kupang tu-lah yang telah berjaya mengbankrapkan cafe pada waktu rehat. untuk pengetahuan pelajar bukan mrsm taiping, kuantiti nasi lemak ni sangat-lah terhad. dianggarkan macam 40 bungkus jer dihasilkan dalam sehari. sebab tu, orang sanggup bunuh utk mendapatkan nasi lemak ni.

ok mungkin tak bunuh. tapi tolak sesama sendiri sehingga jatuh bergolek kat lereng bukit tepi ko-op lantas terdampar depan rumah Wak Dol, ketua warden tersayang.

lagi satu, dahlah ko-op kat taiping ni kecik nak mati. tempat beli nasi lemak tu pulak kat satu sudut yang sangat sempit. kalau sek2 tino ni dapat conquer area tu dulu, alamatnya habislah budak laki. sbb takkan nak redah lautan perempuan tu, gesek-gesek, tolak-tolak, cucuk-cucuk dan raba-raba? kami masih menjaga batasan kami jangan risau. takkan-lah untuk sebungkus nasi lemak nak campak agama kami? (amaran untuk junior aku yang tak sedar diri)

aku taktau-lah samaada kak ina tabur sekilogram ajinomoto atau dadah, tapi yang aku tau nasi lemak tu sedap nak mati. selalunya, aku beli 2 bungkus. kasi orang lain dengki skit. kau akan dikira macam hebat-lah bila masuk DS membawa bungkusan plastik warna merah/hijau berisikan nasi lemak ko-op tu. orang akan pandang slack jer kat kau, sebab mereka terpaksa makan kuih kering DS yang tak sedap waktu pagi tu.

kalau bertuah, dapat makan mee goreng/kueh tiaw goreng DS, dan kau, selaku pembawa bungkusan plastik warna merah berisikan nasi lemak ko-op pula akan dipandang hina. sebab orang lain pun makan sedap sama macam kau.

nasib baik bagi aku, waktu form 5, kelas aku strategik skit. pendek kata, kelas aku paling dekat dengan ko-op lah. sebab tu, selalunya muka-muka budak kelas kitorg jer yang dpt beli nasi lemak tu. sebab kitorg pantang, kalau nampak orang keluar jer dari kelas nak jalan pergi DS, kitorg akan mintak cikgu kasi kitorg keluar awal. biasanya, cikgu akan kasi. sbb dah lali dengan perangai kami. bukan nak berlagak, tapi aku-lah selalunya mastermind nak hasut cikgu ni. sebab aku presiden kelas yang mengamalkan pemerintahan komunis, orang tak berani ingkar arahan aku. mereka lagi suka! (tak ikhlas)

bak kata miss Chan Kum Leen, guru Bahasa Inggeris aku, "anything for nasi lemak, eh?"

yer, sudah tentu.

ada satu hari tu, atas dasar dengki aku, satu kelas aku telah pakat untuk membeli semua nasi lemak dekat ko-op! kak ina ko-op, yang dah masak sangat dengan perangai kami, terpaksa beralah. kami pun dengan bangganya membawa lebih kurang 6 bungkusan plastik merah/hijau berisikan nasi lemak pulang ke kelas. memang aku cakap orang tengok semua berahi jer.

risau jugak aku, in case, anak-anak buah aku tetiba kena ambush oleh 40 Penyamun Nasi Lemak Ko-op yang majoritinya dianggotai oleh ahli kelas 5RC. tapi semuanya pulang dengan selamat. lega aku time tu.

disebabkan orang ramai sering nampak aku lari pecut ala Watson Nyambek disamping menggunakan shortcut-shortcut tertentu (dewan besar), ramai daripada rakan karib aku telah menggelarkan aku hantu nasi lemak ko-op. atau lebih mesra, tauke ko-op lah.

sebab aku bukan jer suka beli nasi lemak tu, tapi boleh tahan obses dengan jambu rm 1.20 kat ko-op. tapi itu cerita lain.

ok aku sertakan gambar nasi lemak yang menjadi idaman ramai tu. walaupun nampak tak seberapa, tapi belum cuba belum tau ok?



p/s: tolong jangan fokus dekat tulisan aku yang lawa. ataupun jari aku yang macam model tu.

Tuesday, May 20, 2008

parti Wesak

[1]

cucuk-cucuk langit.

sambil buat muka feel.

yeah! parti malam Wesak!

esok hari, hang over. (minum tuak)

[2]

Abg 1: Eh, kau Taiping eh?
Aku: Haah.
Abg 1: *muka kecewa*
Aku: Tak guna betul. Kau igt produk taiping semua mcm abg Naufal, Ammar, Muhajid ke? (dalam hati)

[3]

ahh. Dr M keluar dari UMNO. baru lepas 9 hari UMNO menyambut hari jadi yang ke-62.

lagi 1 tahun boleh bubarkan.

kalau lebih dari tu, kira bonus.

happy belated birthday UMNO!

[4]

mungkin aku tak terlambat lagi.

ini sekadar peringatan. (sbb ada ceramah hari tu)

peristiwa Al-NAKBA PALESTIN.

sudah 60 tahun negara Palestin dijajah oleh anjing-anjing zionis.

macam haram saja.

bila lagi kita nak mainkan peranan kita?

untuk menolong mereka yang ditindas?

tolonglah bangun.

jangan sekadar duduk dibawah tempurung sekularisme saja.

Friday, May 9, 2008

di sebalik baju melayu warna merah

[1]

hari ni adalah Victory Day di Russia.

hari yang disambut dengan meriah (mengalahkan hari kemerdekaan Malaysia) kerana kekalahan Nazi Germany dan tamatnya perang dunia ke-2.

the patriotic war, seperti yang orang rusia menggelarkannya. hampir 20 juta orang terkorban.

hampir setiap keluarga mesti ada wakil daripada geng yang mati tu.

sebab tu, satu Rusia cuti.

termasuk program Rusia di intec.

ok tak, aku main-main jer.

[2]

tahniah kepada limi, fizah, safwan dll kerana dapat tajaan MARA.

kms ke kmb ke, aku doakan selamat berjaya-lah mengharungi kehidupan seperti di MRSM semula haha.

jangan lupa, DS tetap maintain. ikan jacket, nasi berstapler, keropok lekor liat nak mampus, nasi kawah. ahh, jangan ingat boleh lari.

prep?

mesti-lah ada.

...

tapi ada yang dapat 10A, interview pun best, still gagal dapat tawaran MARA.

dahlah terpaksa dihumban masuk matrix! (tak, aku tak hina matrix)

aku mula ragu-ragu dengan cara pemilihan pelajar.

tapi takpalah, mungkin rezeki di tempat lain.

...

lagi satu kes.

kawan aku ni dapat bank negara. result spm sama jer macam aku. standard cakap bahasa inggeris pun sama mcm aku. mungkin aku lebih sedikit.

tapi kalau nak banding pencapaian ko-kurikulum, mmg jauh berbeza. langit dan bumi aku katakan.

yang aku pelik, bank negara dengan bangganya kasi dia scholarship.

aku bukan nak tuduh, tapi aku tau mesti dia ada pakai cable, sbb ada ahli keluarga dia orang besar dkt bank negara.

sbb kes-kes mcm ni lah aku rasa kadang-kadang sistem pemilihan pelajar untuk dapat scholarship sangat tak adil.

orang lain berpulun-pulun masuk persatuan ni lah, bersengkang mata nak menang pertandingan ni lah, sampai sijil testimonial taktau nak letak mana satu. tapi last-last, masih tak dapat.

semuanya sebab majoriti orang, suka sangat nak pakai cable.

[3]

aku?

bengang gak tengok orang lain dapat pegi NZ, Australia dan Ireland nanti.

aku pulak terkandas di rusia.

rasa nak bunuh jer korang.

haha. tipu jer.

tak dengki langsung.

hidup kat rusia la best.

apa kelas pegi negara orang cakap bahasa inggeris.

tak mencabar-lah.

Friday, May 2, 2008

gadis genting

[1]

aku pelik.

baru pukul 11.00 pagi.

tapi rata-rata semua pekerja genting highlands mempamerkan tahap stress yang teramat-lah tinggi.

pekerja wanita, terutamanya, garang nak mati. tak senyum langsung. nasib baik comel (bak kata Amir).

apa masalah depa? sejuk sangat ka?

p/s: aku berjaya naik semua ride di genting highlands. tapi aku tobat dah. takmo pegi lagi. gugur jantung aku.

[2]

aku rasa ironman macho gila.

Saturday, April 26, 2008

rona bandar warisan





dari tubir taiping;
Subhanallah.

Friday, April 25, 2008

naratif keinsafan

pagi tadi aku pegi kelas, macam biasa, awal (pukul 7.20).

tapi aku takda semangat langsung nak belajar.

aku tak faham cikgu fizik membebel apa pasal motion dan aku tido waktu cikgu bio aku mengajar protein synthesis.

macam dah ada intuisi hati, yang hari ni tak akan bergerak dengan lancar.

tekaan aku betul.

aku tido sepanjang khutbah jumaat.

waktu petang main bowling dengan satu batch. dan solat asar lambat.

lepas tu layan karaoke sampai suara hilang.

dan sekarang ni aku sangat penat.

dahlah,

cakap kat mak; tak balik rumah hujung minggu ni sebab nak siapkan assignment.

tapi sebenarnya, nak pergi midvalley/klcc bawak member jalan-jalan.

duit rakyat sebanyak rm 100 sudah habis digunakan.

dalam masa beberapa hari ni saja.

aduh.

aku nak berubah-lah.

assignment masih banyak lagi tak siap.

ah, mengarut jer semua ni.

Thursday, April 24, 2008

nota-nota syukur

[1]

Kak Vik (Olga Viktaravna): Kak pa angliski pisat?
Hidayah A.: To write.
Kak Vik: Kakoye sprizheniye? Pyervaye ili ftaroye?
Hidayah A.: Pyervaye!
Kak Vik: Farma ani?
Hidayah A.: Pyervayut!

hahahahha. minta maaf, lawak satirikal ini hanya boleh difahami oleh orang yang berbahasa rusia.

[2]

aku penat. ibarat kecoak yang berlari di seantero bucu. sudah 4 hari berlalu. kepenatan perjalanan ke TRAP (Taman Rekreasi Air Panas) di Sungkai masih dirasai. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. takda yang:

i) mati lemas di gelongsor sotong gergasi,
ii) mandul akibat suhu melampau yang mampu membunuh sperma testis lelaki,
iii) sesak nafas akibat wap air berlebihan,

ataupun keracunan makanan akibat terminum air kolam yang sudah digaul, dikocak, dan ditambah perisa dengan air kencing manusia.

disebabkan olga-olga kami turut serta, lagu Zazhigai (Russian Idol) menjadi tema kami pada hari tu. sampai ada satu tahap tu kami dipaksa menyanyi di depan orang ramai ya. nasib baik ada aku dan beberapa rakan lain yang mempunyai suara lunak yang telah berjaya menenggelamkan suara-suara sumbang yang menyumbang kepada kesumbangan nyanyian tu (hiperbola, bukan riak).

tapi saat yang paling menggembirakan bagi aku-lah aku kira, adalah apabila natalia tanpa segan silunya mandi bersama kami! (tak, dia tak pakai bikini, tolong jangan fikir bukan-bukan)

p/s: semuaorang tak terlepas dari sindrom kulit terbakar (terutamanya nick dan orang yang sekulit dengan dia)

Tuesday, April 15, 2008

ucapan kemenangan

[1]

Sir Iz: Saya dengar cita, tahun ni, tak panggil persatuan RusSA dah.

Sahabat 1: Eh, mana ada sir! habis tu panggil apa?

Sir Iz: Persatuan Agama Islam. Sebab korang alim sangat. Pegi surau 5x sehari, baju melayu lengkap pulak tu. Lepas tu, setiap hari isnin dan khamis semua puasa.

...

Ko puasa tak hari ni?

Sahabat 1: Tak.

[2]

alhamdulillah. junior debate aku masuk ke semifinal uia. alihbahasa sekejap.

we (ikmal, fert and i) are so proud of you guys! at last, we get to enjoy the fruits of our labor. this is a great deal for us and i'm sure for you guys also. for 3 consecutive years we lost during the octo-finals, and you guys turned the tide. when kak farah's team lost to SASER, we avenged it for them. but sadly, after that we lost to KISAS. ironically, this year, you guys went against KISAS and beat them for us! ah, sweet revenge.

you guys won't probably understand this feeling. debate has always been a part of our lives. it is our destiny. when i called fert to tell him that you guys made it through the semi-finals, he was ecstatic. eventhough you guys are the ones who are debating, but the joyous occasion definitely brightened up our days. ah, how we missed those debating years.

sorry, if at times, we've been too harsh on you guys. criticizing every mistake you guys made, finding all those loopholes that you guys can't simply understand. it is all part of the process. i know, that you guys were so close to making it to the finals. i know, that it was a very bitter pill to swallow. simple because you guys really had the opportunity to win! almost all the MRSM that were present were there to watch you guys, and we know that feeling too.

the pressure put on your shoulders was inevitable. the fact that you guys knew, during the semi, you guys were up against the school that we successfully beat last year during the double-octo was even more harsh. maahad hamidiah kajang was a formidable team (led by the tudung-labuh clad girl with a bag hidden behind her back) and you guys knew how they operated because you guys have watched the match last year. losing was not an option, and you guys have really put your hopes up high.

but in debate, things dont usually go our way. murphy's law comes into the picture. the judges arrived 20 minutes late, allowing the government to have more preparation time and think of ways to kill the case. and you guys are left as the opposition, wondering, what sort of case might the government set up. yes, i know. it is very unfair. but that is how life works.

you guys might be devastated that this would be your last time entering the iium interschool debate championship, and you guys were a match away to the finals. but may i remind you that you guys did made mrsm history by being the first team ever from mrsm to make it to the semifinals in the championship. that is something to be proud of, as the debate team has always been belittled by our giant counterpart, debat bm, in taiping. at least, now, mrsm taiping has not only emerge as the winner of debat bm, but also a proud semi-finalist for the debate category.

crying and grieving over your loss is useless. focus on the upcoming event; the national language week. you guys still need to retain the Piala Ketua Pengarah MARA for us. and i'm sure it would be no problem for you guys :) this time, i promise ill drop by taiping to coach you guys. on the bright side, at least you guys still receive some cash (which i heard was RM1000) and, a guaranteed picture in the newspaper.

Saturday, April 12, 2008

dondang sayang

[1]

pagi sabtu.

aku dan budak2 lelaki russa telah menyerbu taman permainan sebelah kolej kami. setelah hampir 30 minit menunggu budak perempuan, kami pun mula jogging.

satu round.

dua round.

ok, melencong ke kiri.

terus ke hadapan.

belok kanan pulak.

sampai ke destinasi seterusnya! kedai mamak al-rafi bistro!

macha! roti kosong 12 keping! air suam semua.

[2]

pagi sabtu. ok, lewat sikit. mungkin nak masuk tengahari.

aku turun uia dengan kawan aku. nak tengok interschool debate.

mula-mula, naik rapidkl sampai ke stesen ktm seksyen 19, shah alam. banyak rempit dan orang berpakaian pelik. aku risau. cepat-cepat beli tiket sampai ke kl sentral. nak tunggu ktm, seperti biasa-lah, lambat. sampai dekat kl sentral, aku terus beli tiket lrt pegi terminal putra.

dalam lrt, terasa diri macam sardin. rupa-rupanya, aku baru teringat. sardin-sardin ni semua nak pergi pc fair dekat klcc. entah ada apa yang menarik minat mereka.

sampai di terminal putra, aku naik rapidkl, pegi terus masuk kampus uia. turun dekat kuliyyah of engineering. rupa-rupanya aku tersalah. itu tempat debat bm. debat bi dekat AIKOL. so, aku jalan dari hujung uia ke hujung lagi satu. di bawah sinaran mentari 12.00 p.m. semata-mata nak jumpa junior.

suasana debate agak hambar tahun ni. mungkin sebab orang-orang hebat seperti budak-budak mrsm taiping, MCKK dan RMC dah takda. yang tinggal hanyalah cebisan junior kami. as expected, junior aku kalah first round. aku marah diorang habis-habisan, lepas tu terus meninggalkan tempat kejadian dan beralih ke debat bm.

sebelum tu, aku singgah dekat masjid. dan terjumpa budak-budak STAR pulak! dah besar dah diorang. form 5. aku pun tegur diorang. nasib baik masih ingat aku. kalau tidak, agak terjejas imej aku.

tahun lepas, bila lawan dengan diorang, tak rasa pun macam budak form 4. aku yakin, STAR akan merangkul kejohanan debat tahun ni. dan zuhri, seperti biasa, akan muncul sebagai best speaker. aku masih ingat kata-kata penutup dia sewaktu silent round dengan kami.

"And that is why Mr Speaker, we say that we should play Dondang Sayang with electric guitar!"

untuk debat bm pulak, malas aku nak ulas. menang margin 7.33-0. boleh dikatakan team tahun ni, adalah team harapan cikgu dolah (cikgu bahas aku) bagi mengulang kejayaan mrsm taiping tahun 2004. insyaAllah boleh.

aku taktau kenapa, tapi aku seriously rasa gabungan acap, qis dan chyfica dalam first team adalah sangat mantap. aku betul-betul yakin korang boleh pergi jauh.

[3]

sahabat!

tolong sedekahkan al-Fatihah untuk ayah Hazeeq dan nenek Aidid yang baru sahaja kembali ke rahmatullah. sesungguhnya ajal itu di tangan Tuhan.

Sunday, April 6, 2008

sejarah berulang lagi

dulu.

darjah 5, aku dilantik menjadi setiausaha badan pengawas.

tingkatan 2, aku dilantik menjadi setiausaha rumah sukan.

tingkatan 4, aku dilantik menjadi setiausaha kelab tenis, kelab robotik, dan kadet laut.

sekarang.

aku dilantik menjadi setiausaha RusSa (Russian Students Association). menang dengan undian majoriti mudah.

masa depan.

mungkin aku patut tukar profesion, menjadi setiausaha profesional.

disamping dapat menikmati minggu setiausaha.

sebenarnya.

aku dah serik jadi setiausaha. Always the secretary, never the president.

Friday, April 4, 2008

tips-tips belako

tips-tips untuk pelajar lepasan spm yang bakal menghadiri interview MARA.
tapi tolong jangan ikut semua. aku bukannya sempurna. kalau rasa salah tu, tinggalkan. kalau rasa yang betul tu, perbaiki lagi.

1. dari segi pakaian; tolong jangan pakai pakaian formal yang terlalu boring (ini termasuk warna-warna yang sangat dull seperti biru tua, hitam, dan warna karpet rumah anda). sila selongkar kabinet/loker/laci rumah anda/jiran untuk mencari baju yang berwarna cerah. baru nampak fresh dan energetic.

2. bagi kaum Adam, tali leher mestilah sepadan dengan baju anda. tolong jangan pakai seperti badut sarkas Jalan Ampang ataupun budak emo Bukit Bintang. jika baju anda plain, maka pakailah tie yang bercorak. takkan taktau kot. mesti dah pernah menjalani mock interview kan? dan kalau boleh, tolong jangan pakai skinny tie (melainkan tema interview itu adalah urban casual)

3. oh, mungkin tidak adil jika aku bercakap tentang kaum Adam sahaja. oleh itu, kaum Hawa dinasihati untuk tidak memakai make-up yang terlalu tebal sehingga kelihatan seperti patung Cina ok? pakai simple simple cukup-lah. bukannya nak pergi menggoda orang. cadangan aku, Revlon Skinlights Face Illuminator. kalau hendak save budget, SilkyGirl.

4. selesai bab pakaian. terus kepada aturcara interview. pertama sekali, ketuk-lah pintu. jangan kuat sangat, nanti nampak kurangajar. cukup sekadar 3 kali pada kadar 5 desibel.

5. bila masuk, jangan bongkok seperti nenek kebayan. tegakkan badan, keluarkan dada (secara figuratif). dan jangan lupa untuk senyum. cara nak senyum boleh dipilih dalam kalangan senyuman selebriti-selebriti terkenal seperti Brad Pitt, Farid Kamil, Anuar Zain ataupun Ning Baizura.

6. kemudian, serahkan fail kepada panel. kandungan fail itu hendaklah disusun dengan rapi. kalau boleh, depan sekali diletakkan sijil testimonial maktab anda. tapi kalau tak membanggakan, sila letak di belakang sekali. ataupun tak payah letak pun. diikuti dengan kejayaan anda yang paling membanggakan bermulanya dari yang terbaru sehingga yang lama. tidak kisahlah jika anda presiden kelab guli ke, letak aja. jangan kasi fail itu caca merba sudah.

7. kemudian, duduk lah. apa lagi. tapi tunggu dia kasi signal. jangan main terjah jer.

8. bermulalah sesi soalan. obviously, mengikut norma masyarakat zaman kini, soalan pertama adalah tell me about yourself. soalan ini adalah SANGAT penting, kerana ia akan menentukan hala tuju interview anda. tips untuk berjaya; jangan membebel pasal berapa ribu adik-beradik kau and uncle kau kerja apa ke. straight to the point, and once again, keep it simple. Contoh jawapan aku:

"My name is Sipolan bin Sipolan. Im 16 years old. Yes thats right i skipped a grade due to my excellence in PTS. Thats why I dont think the period of studying medic which is 6 years will prove to be a burden for me because ive been saving one year all along. Anyway, I live in Subang Jaya, Selangor and I am the youngest out of 4 siblings. Medic has been my passion ever since i was a child. I love to help people in every single way that is possible. Eventhough many people said that medic is a tough path to follow because it has a tons of challenges, but then i love challenges. I will embrace them and convert it into some sort of motivation for me to study harder and achieve better results. Besides that, I have this obsession for books where I will read and devour almost everything that is readable. This, I believe, will help me later on when i study medicine in Russia because I know that medic is not an easy path to take as it requires you to read books as thick as an encyclopaedia. But then, it will not be a problem for me because reading is one of my main interests. Thats why I think I am destined to take medicine."

ok, aku tau. mungkin panjang sangat. tapi kalau boleh bercakap dengan kadar seperti aku, insyaAllah nampak pendek. INGAT, kaitkan segalanya dengan bidang yang kau nak.

9. lepas tu, biasanya, panel akan mula dengan soalan asas bidang yang kau nak kehendaki. contohnya, ahli panel tu tanya aku "What is the function of cochlea? Disebabkan oleh daya memori aku yang begitu tinggi (tak pun sebenarnya), aku pun terlupa apa fungsi sebenar dia. Jadi, dengan muka konfiden, aku pun jawablah "Cochlea contains fluid that will amplify the sound received by the pinna". aku tau, aku salah.

Tapi lepas tu panel cuba nak psycho aku, tapi minta maaf, aku takkan terpedaya melainkan renungan kau setajam Rafidah Aziz. Dia pun tanya "Are you sure?", so aku pun jawab "Yes, I'm very very sure. I could not have possibly got it wrong because it came out during the PMR exam." (unsur menipu). Maka dia pun lepaskan aku begitu sahaja. moralnya: muka yang konfiden akan berjaya memikat hati panel. walaupun jawapan salah.

10. selesai soalan sebentar tadi, panel meneruskan dengan beberapa soalan yang lagi kompleks aku kira. dia tanya kenapa aku nak amek neurologist? kenapa bukan cardiologist? yang itu, pikir-pikir la sendiri. ikut bidang kau. cakaplah yang kau memang tak minat bahagian jantung ke. atau berlakunya lambakan cardiologist dalam Malaysia. jadi kau nak cuba bidang yang baru.

11. antara soalan membunuh yang aku kena (tapi tak berjaya membunuh aku, mungkin orang lain) adalah "in what way, do you think, by studying medic in Russia, will help out the medical field in Malaysia?" so aku pun jawab "Basically, diseases will spread wherever we go. Its not something that stays dormant at one place. Therefore, I believe that once ive gain knowledge about diseases affecting Europe, combined with my knowlede of tropical diseases, I can help out the patients affected in Malaysia.

Perbualan ini diteruskan dengan ayat merapu aku, tolong jangan ikut: "As we all know, Malaysians love to travel. It could be Bali, Dubai, or even Russia. So the probability of them contracting the disease on the aeroplane is still there, and thus by bringing it back to their homeland, will then make it worse as it has been spread."

Lepas tu, aku kena hentam dengan panel. tapi ingat, buat muka konfiden. Aku teruskan, "Research can also be done as comparative study can be executed, and who knows, I might come out with a brilliant innovation in the medical field?". akhirnya, aku berjaya membuat ahli panel senyum.

12. waktu aku interview dulu, takda pun dia tanya pasal kenapa pilih MARA. tapi kalau boleh, lengkapkan diri dengan dasar-dasar MARA seperti misi dan visi dia, dan cuba kaitkan dengan bidang medic. Contohnya nak bukak klinik dekat pedalaman ke, atau e-Hospital.

13. aku rasa setakat itu sahaja. jangan lupa untuk sentiasa senyum, dan buat muka konfiden. tunjukkan yang kau betul-betul nak tawaran biasiswa ni sampai kau sanggup bunuh orang lain. ok? cool.

Assalamualaikum.

Yang Sentiasa Hebat,
Nadhir.

p/s: untuk esei pulak, pastikan isi dia interesting. jangan fikir macam orang lain fikir. baru nampak kelainan.