Monday, December 31, 2007

namaste! eh, silap.

alhamdulillah. aku dapat tawaran SPC ke Russia utk medic :)

mintak maaf bun, kita jumpa lain kali yah.
mintak maaf juga pija dan syasya, tak dapat join korang di MSU dan India.
dan nampaknya, rani mukherjee, kita terpaksa tangguhkan pertemuan kita.

ayuh! ke negara Vladimir Putin, kononnya Time person of the year :)

Friday, December 28, 2007

Wednesday, December 26, 2007

interview

hari ni aku pergi temuduga MSU, untuk scholarship medic. interview dia best jugak lah, habis around pukul 2. kat sana adalah budak budak taiping yang lain. aku terkejut nampak bun masa tu. kalau dia dapat sekali dengan aku, jawabnya aku jadi tabligh la nanti haha. sorry bun kalau kau baca ni, aku memang ada niat nak kacau kau. sinikal?rasanya tidak.

hari ni jugak, aku jumpa debater KISAS, yg kalahkan team aku waktu octofinals dekat UIA. aku ingat nak tegur, tapi tetiba aku teringat dia bawak new matter waktu reply speech, dan chief judge Arik, buat bodoh je. so aku tak jadi tegur dia. bukan bengang, tapi menyampah.

dan hari ni pun aku sempat jumpa halimi :)

pastu terserempak dengan atiq SS19 dekat food junction.

korang pulak, bila nak jumpa aku :) ?

Monday, December 24, 2007

dalam erti kata muhibbah

semalam aku ke sebuah kedai makanan, kedai J (bukan nama sebenar) bersama keluarga aku. kedai tu aku cakap memang popular habis lah. kalau beratur aku rasa sempat la habis tengok satu movie. jadi, lepas beberapa minit, aku pun sampai la kat depan kaunter sambil order makanan pilihan. lepas tu tiba-tiba ada seorang uncle Cina ni, uncle K (bukan nama sebenar juga), sapa aku. dia tanya aku (sambil menuding jari ke arah emak aku), "that one your mother ah?" mula mula aku tak dengar sangat. pastu dia mula buat hal. dia cakap pulak "ashd08213-,jasd8-9123kp[!!jaskdpjasld!^(&)*)_?". untuk pengetahuan semua, dia bukanlah mencarut, namun sekadar bertutur dalam bahasa Cina, Kantonis tak silap aku.

aku pun sebenarnya dah biasa dah dengan situasi ni, sebab mak aku memang rupa macam auntie Cina dari SS19, Subang Jaya. faktor rupa ni bukan lah buatan manusia kerana nenek moyang aku memang Cina mualaf. aku pun jawab lah "Wo bu hui chang hwa yee. Wo bu tse hua ren" yang bermaksud "i am not Chinese and i don't speak Chinese". pastu dia pun buat muka terkejut dan terus blah dari tempat kejadian. haha. tak sia-sia aku belajar dekat SMKSU yang didominasi oleh kaum Cina :)

p/s: rupa Melayu aku mungkin disebabkan oleh nenek sebelah ayah aku yang pula berasal dari Indonesia. terima kasih.

Tuesday, December 18, 2007

dia datang!

selamat pengantin baru, ustaz naza! :)
semoga berbahagia selalu!

Monday, December 17, 2007

tinta terakhir

selamat tinggal ji ding.
semoga berjaya di bumi singapura.
kita jumpa lain kali, yah!


Wednesday, December 12, 2007

KB Mall dinobat kompleks beli belah terunggul di Malaysia.

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh)- KB Mall terpilih sebagai kompleks membeli belah terunggul di Malaysia mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di seluruh negara dalam majlis anugerah "Retail Development"(kategori kompleks membei belah) yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam pada 27 Oktober lalu.Kejayaan tersebut juga melayakkan kompleks membeli belah yang berpusat di Kota Bharu itu mewakili Malaysia untuk pertandingan kompleks membeli belah terunggul yang akan diadakan di Belanda pada Disember ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan PerpaduanMasyarakat, Dato' Anuar Tan mengumumkan kejayaan tersebut dalam sesipenggulungan Perbahasan Menyokong Titah Ucapan Sultan Kelantan dalamPersidangan Kali ke 3 (Belanjawan) bagi tempoh penggal ke 4 DunKelantan.Beliau menyifatkan pencapaian ini adalah pencapaian luar biasa kerana KB Mall dapat mengatasi kompleks membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti Sogo, Suria KLCC, Lot 10."Sewaktu urusetia majlis tersebut menalefon saya bagi pengesahankehadiran, saya tidak sangka kita akan menerima anugerah seumpama itukerena pengumuman anugerah hanya diumumkan pada malam tersebut,"katanya.Jelasnya, antara kriteria KB Mall dipilih sebagai pusat membeli belah terunggul kerana jumlah pengunjung teramai pada 2005, jumlah nilai perniagaan yang tertinggi serta sumbangannya kepada sektor pelancongan di Malaysia.Anuar turut menyebut juri yang terlibat dalam penilaian bagi anugerah tersebut. Antara juri yang terlibat daripada tujuh orang juri tersebut ialah Tan Sri Kamarul Ariffin Mohd Yasin, Dato' Seri Megat Tajuddin dan Dato' Nafsiah Omar. Anugerah tersebut disampaikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris ShahJelasnya lagi, walaupun majlis tersebut turut dihadiri ramai wartawan, mungkin disebabkan Kelantan menerima anugerah kompleks membeli belah terunggul, berita mengenainya tidak diketengahkan oleh media.Katanya lagi, pada majlis yang dihadiri kira-kira 3000 tetamu itu hanya Kelantan dihadiri oleh wakil exco kerajaan negeri."Sewaktu Kelantan diumumkan sebagai pemenang, semua hadirin bertepuk tangan, kira-kira lima minit. Saya pun hairan kenapa kita mendapat tepukan yang begitu gemuruh."Saya berpendapat ini merupakan pencapaian yang amat baik. Dan pada bulan hadapan 'wau bulan'(simbol KB Mall) akan terbang ke Belanda dan Kelantan akan dikenali dalam peta pelancongan di Malaysia."Kita berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu berangan-angan. Biarlah apa yang kita lakukan itu untuk rakyat seluruhnya"katanya.Sementara itu, sewaktu ditanya oleh Speaker sama ada pihak KB Mall akan mengadakan majlis bagi meraikan kejayaan tersebut, jelas Anuar, majlis tersebut akan diadakan dalam suasana meriah."Pihak pengurusan KB Mall telah menyampaikan kepada saya, majlis tersebut akan menjadi satu majlis yang 'grand' dan dijemput semua rakyat Kelantan untuk meraikannya," katanya yang disambut tepukan gemuruh ahli Dun yang lain. -

...

midvalley megamall pun kalah haha. apatah lagi sunway pyramid yang hanya boleh berbangga dengan arena luncur ais tu (walaupun dah bukak new wing)

p/s: kedai donut baru di sunway pyramid iaitu JCO memang sedap lah. mengatasi dunkin donuts buat selama-lamanya bagi aku.

Thursday, December 6, 2007

KelajuanTahapMinimum

kadang-kadang (selalunya), KTM buat aku rasa malu dengan Malaysia. siput babi pun lagi laju. wahai pengguna bijak sekalian, anda jangan seringkali ditipu dengan skrin elektronik yang lidahnya (wayar?) bercabang. 15 minit bagi menunggu keretapi yang seterusnya seperti yang diuar-uarkan hanyalah menjadi janji-janji manis mereka. Dr Samy Vellu, tolong lah. jangan asik nak menggondolkan bukit yang sudah botak licin tu.

Malaysia, bila nak maju nih?penat aku menunggu.